Sunday, November 15, 2009

macam-macam lah


image cr : me :)

momo.
sape momo? dulu mase blaja kt U, ade sekor kucing tu panggil momo. tak suke pon kucing, tapi sbb housemate suke kucing smpai volunteer her bed jadi tempat berak kencing momo. itu bukan suke. itu obsessed about cat. ok. enuff.

kebosanan gila.melepak, berguling atas katil. dengan tilam empuk. mmg best. kalau duduk kl, tido sepah-sepah. tilam dah berlekuk-lekuk. dusty yang maha dashyat. najis-najis kecil dr si-baby, bersepah. mcm mane nak tido. lagi-lagi nak solat. hows? bile balik rumah, mmg bahagia dan selesa. amboi, demand! demand kah aku?

ordinary girl.
ok.aku mcm pompuan biase mcm korang. aku tak demand. aku cuma nak selesa dan bersih. sape tak nak bersih kan? cuba ckp sape yang suka pengotor dan bersepah-sepah? angkat! "0_o. Tsk. life at home, mmg berprotokol. apa saje kne ikot prosedur. serius. plus, dgn sakit aku bertambah-tambah teruk, lagi la. bersih is priority. macam 24/7 dgn sanitizer. aku je yg mcm tu. sbb aku tgh sakit. sakit ape? entah. susah nk define. kalau related dgn dusty, kau rs ape? pk la sendiri. 

aku cuma perempuan biasa. aku geram kalau ade guy tanye " eh, mai. takpe ke makan gerai tepi jalan ni? kotor2 sket ". amboi, ingat aku tak suke ke? makan-makan or lepaking kt stall tepi jalan. up sgt ke aku? kalau tgk dressing, mmg out. selekeh. aku bukan pakai heels, cuma pakai baju scarlet jaya jusco 19 hingget tu pon dpt diskaun pakai member card, kasut uptown 15 ringgit. tak de view langsung yang i am very up class person. so, not me. haish. tensen. bila org ckp, aku kaya. kaya dgn lemak, yes! kaya dgn duet? nope. biase je life aku. 

entah.
nak jadi ordinary girl pun susah. aku kdg-kdg segan bila tgk kwn-kwn sume up class person. dressing shantek. kurus. make up. speaking london. kasut jimmy choo. make up MAC, takpun secret or stage. makan kt up class restaurant. haish. segan. mmg tak dapat nk follow life mereka. eh, eh. entahlah. lain org lain cara hidup. kan? biarkan mereka bahagia. 

malang.
minggu ni aku pegi keje 2 hari je dalam sminggu. eh, satu hari setengah. silap. sebab aku pegi buat kad bank baru pasal atm aritu pegi telan kad aku.bangang betul. tgh kering kontang mcm ni boleh telan. mmg suwey. pastu dengan red flagnye. timing mmg salah. sabar je la. sejak beberape hari ni, nasib agak malang. mungkin terlalu kerap tinggal solat asar, sbb kejar bas. sampai rumah, trus azan maghrib. kene qada' asar. Tshk. x sanggup dah mcm ni. tinggal solat. takot. takot dgn azab akhirat and takot dengan balasan Tuhan bagi di dunia ni. mungkin dugaan atau kejadian malang mcm ni lah salah satu balasan-Nya. Insaflah wahai mim-alif-ya. bila kita terlalu mengejar duniawi macm ni la jadinya. tinggal solat sana sini. harap je tudung litup. tapi, solat tunggang langgang. astaghfirullah. insaf. 
tak reti nak ceramah agama.aku bukan baik sgt. ada kekurangan. tak ada manusia yang PERFECT. kdg-kdg budak songkok tinggi dah selalu pesan mcm-mcm.ceramah agama free dr dia. -_- *insaf* huhu. 

rezeki.
3 in a row.one week aku full dgn interview. alhamdulilah. rezeki. tapi, itu bru interview. permulaan. harap-harap dpt buat yang terbaik. interview dgn agensi and seterusnye ke direct client. IRDA. Iskandar Malaysia dan dgn investor. entahlah. mmg kene study ni. cuak. kene speaking. Tsk. next, on friday ade exam for pegawai tadbir kt UKM. dah 5 bulan mohon, bru dpt panggilan. exam kali ni kene study isu semasa, law dan mcm-mcm lagi.buntu and pening. mampukah aku nk buat semua ni dgn cemerlang? mama pesan, "adik, kamu harapan mak ayah." harapan? besar maknanya utk aku. mendalam. kali ni, tebal muka lagi, mintak leave dgn bos utk 2 hari lagi. mungkin, tebal muke aku ni ade nilainya.mungkin worth it. Tuhan dan tentukan yang terbaik untuk aku. atau mungkin, sebanyak mana interview aku pegi, aku akan balik semula kt TTDI dgn kerja ini. managed network services. mane tahu? Itu semua ketentuan Tuhan. kan? kita cuma boleh berdoa je utk yang terbaik. 

(: secret recipe cake.chocolate banana.  from hana :)

(:  baju chantek- rakbaju . from wanie :)

THANK YOU VERY MUCH

alhamdulilah

.Semoga dimurahkan rezeki dunia akhirat.

Amin~


p/s: suke sgt.





No comments: