Thursday, September 30, 2010

10 - 1 = 9

entri terakhir di hari terakhir bulan september

mcm ni lah bila broadband bayar mahal tapi line mcm haram. masa 24 jam diberi, tapi entah.pengurusan tak betul, maka tak ada masa nk update blog. banyak sangat nak cerita. berkobar-kobar betul nk tulis, tapi sebab sibuk dan buat-buat sibuk. tak terbuka pon laptop tu. harap bukak, on9 muka buku aje. beginilah manusia duniawi. ok, mengaku. hidup asyik mencari kesenangan duniawi, smpai kadang-kadang perkara-perkara ibadah hampir dilupakan. insaf.ok, berbalik kepada bulan sepuluh tolak satu.

September event.

1. Hari Raya Aidilfitri jatuh hari Jumaat 10 sept 2010. raya yang menyedihkan. cuti x approve. hanya cuti ganti je dapat. ok la tu. nasib raya hari jumaat. so, ingatkan sabtu ahad boleh beraya sakan. tapi, meleset. ada kenduri kt kampung melaka. sepupu Yasira berangkat ke Mesir. sambung belaja. Alhamdulilah. Yasira, budak baik je. sopan. SPM 12A. Sekolah Sharifah Rodziah<-x pasti. tapi, sekolah yg bagus lah dekat Melaka. kejadian lagi masa raya, ayahanda terchenta kene sambar api. kesian ayah. habis bulu mata sebelah hangus. mata pedih. pastu kaki kene sengat lebah. cukup menyedihkan.raya kali ni mmg sadis. sudahlah kewangan tak stabil, gagahkan diri bagi duet raya pd anak spupu yg masing2 kaya raya dr makcik dia ni. tapi, xpe. duet gaji ni, bagi dgn ikhlas. mmg niat nak bagi rasa walaupun tak banyak tapi sikit pun jadilah duet gaji pekerjaan pertama. <- terharu x?

2. Sepupu keguguran.<- ini dikira event x? ok. tidak cuma nak mengucapkan Takziah kepada sepupu yang keguguran selepas 2 bulan. Mungkin ada hikmah. Tak apa, boleh cuba lagi. Yang kembar ni pun masih kecil lagi. Masih ada masa. Usaha tangga kejayaan. keh keh.

3. Majlis perkahwinan Maisarah & Affendi.( Kakak sulung ku) This is the biggest event on september. Terbaik wook! dari pelamin from Adli Bridal dan photographer Salludin Ismail. Mmg superb. Makanan tak yah cita la. MMg terbaik in Kota Tinggi.Semua pelik dgn aku, apsal wedding ni nk kecoh. ok, begini. Ini ialah my 1st brother in law ok? Sila paham. ni juga lelaki ke-2 di rumah selain ayah. hidup ku selama ni penuh dgn gadis n wanita. So, bila dapat abg ipar. Kemain la seronok. Wah Wah. jakun!

Item no 3 ni banyak nk storik. sebelum majlis, semasa majlis dan selepas majlis. sbbkan ini 1st time aku merasa majlis kahwin keluarga sendiri, maka boleh simpulkan ini semua sebagai satu petunjuk dan pengajaran utk perkahwinan yang seterusnya iaitu aku. HAHAH. dari segi kewangan mmg priority dan sangat-sangat penting.

OK.mula-mula ringkas pasal sebelum majlis. mcm biasa. bab pelamin n hal-hal pengantin semua Sarah uruskan. so, x masuk campur. cuma, beli-belah barang basah dan preparation pegi Kmpung TSC utk amik perkakas, periuk dan etc. uruskan tukang masak. dewan. dan mcm-mcm lah.this part, everyone tau kan nk prepare wedding cmne. so, ok la tu.

seterusnya. semasa majlis. ok. yang ni best. masa ini lah, we all notice.. which relatives/ cousins/aunts/uncle/nieces yang betul2 ikhlas menolong. thats why, pernah discuss dgn BF.. the truth about wedding is we know who the angel, who the devil and who the cockroach ( ni bahasa aku..) lipas tu maknenye, org yang kita harapkan x boleh harap. orang yg kita tak harap, itu lah yang bertungkus lumus menolong kita. ( actually part ni susah nk explain. sbbkan terlalu anger. maka, ayat tunggang langgang.. ) serius. kegeraman aku smpai melarat hampir 5 hari. masuk bekerja pun masih terngiang-ngiang perangai saudara mara yang buat pasal. entah. frust. bila org yg boleh harap, tapi tak boleh lgsung. biarlah. let by gone, be by gone.<--cakap je. tapi, hati masih tak senang. tak puas hati. semuanya TSC yang buat. serius.TSC mmg the best. kalau kerja, kerja. semuanya buat sbb daddy is their uncle. jasa, tolong, tenaga TSC mmg tak terbalas. their help, penat lelah that push to limit. dari yg basuh pinggan, angkat pinggan kotor, handle air, makanan, goreng roti canai. semua TSC dan KTC( kota Tinggi Crew)
KSB<-- entah. kalau nk komen, smpai hujung tahun ni tak habis.semuanya buat perangai VIP. macam tetamu. ada yang menolong, mmg terbaik. ada yang mengambil kesempatan<-itu pun malas nk komen. sbb mungkin pada fikiran aku je. yg terlalu -ve. ada yang seronok berkelah di Air Terjun SEMASA majlis pon ada juga. haih. entahlah. sebelah KSB ni. THANKS for coming KSB.
For TSC, THANKS FOR EVERYTHING/penat lelah/tenaga/masa. lepas ni open table. SENIBONG!

atas nasihat sarah/fendi/surya/daddy.. be +ve. bersyukur Majlis dah selesai dan semua berjalan lancar. Alhamdulilah.

4. Knee injuries. mcm dahsyat je. tak ada apa. cuma kepenatan. 2 kali jatuh. jatuh yang 1st mmg sadis, lutut mmg direct lantai. terus melalak. mcm budak kecik, tapi hakikat. sebab lutut ni ada history. lepas tu, solat pun duduk. mcm old-skool, tapi nk buat mcm mana. solat itu wajib. Islam itu memudahkan. walaupun sakit, dgn apa cara pun masih boleh solat. ( cerita agama kejap..) jatuh yg seterusnya, depan pintu toilet kt dewan sebelum majlis. terduduk. maka, sakitlah punggung ku. serius. rentetan jatuh sangat banyak. hampir-hampir jatuh tak yah cakaplah. nak dekat 10 kali. entah. kene sumpahan betul atau kaki ni dah x mampu nk menampung diri ni yg semakin sihat. mungkin-kah? ishk. kene diet ni.

untuk item no 3. kalau entri buat on the day, mmg ayat2 pedas dan kurang ajar akan kluar. nasiblah tak update masa tu. mmg buat dosa je la.terus je niat dan planning utk majlis kahwin aku buat kat hotel je. meja limited. guest pon limited. majlis makan malam je. senang. biar susah duet kluar buat kt hotel, asalkan tak cetus pergaduhan<-yakin je kan. asalkan majlis ni buat semua puas hati, xyah susah2 rewang dan dapat senang lenang. selesai kerja. keh keh. ok,mulai sekarang. kumpul duet. yeeeah!!! jgn bising kalau aku kedekut nk kluar jalan-jalan, holiday, shopping, belanja makan n etc. ini semua penangan nk kahwin. HAHAH. semangat betul.

hari ni khamis. 30 sept. BF ku di Pulau Pinang. lagi jauh lagi rindu. bila dekat asyik nk gaduh je. BF, cpat pulang.. ku mahu gaduh dgn mu. :)
p/s: i lo_ve u

Tuesday, September 7, 2010

rindu kamo!

i miss u too much!
harry :)

selamat hari raya aidilfitri
maaf zahir & batin
halalkan makan, minum, pakaian dan segala-galanya. ( gaya mcm dah kahwin.. haha :P )

take cre syg.
jgn drive laju-laju raya ni..
baik-baik tau.
love u always.


p/s: rindu betul ni..



Monday, September 6, 2010

melayan si kembar


weekends tak de keje jadi mcm ni la hasilnya. kolam kecil tu beli murah gila. boleh la bagi budak kecik kembar ni buat main-main air. pre-mandi-manda edisi swimming pool. budak ni bagi kolem kecil ni, suka la diorg.. kalau tak sibuk dlam toilet main air dalam kolah. rosak betul. mcm2 bahan die masukkan dlm kolah. huu. bila dapat main air, kemain seronok gila. abes kuyup aku, aunty mai n mak dia. kocak-kocak air dahsyat ok. baju yg sidai kt ampaian tepi tempat kejadian kene angkat. budak kecik dah di luar kawal. umi die ckp, nape x pakai baju? at least pants.. tapi, kitorg malas. hahaha. biarkan mereka bebas. xpe. diorg kecik lagi. sume bende kecik. kan dik? :)

jaja dan wawa

sudah di luar kawal.

ok. da behave.siap posing tu. yg wawa, x pasti buat ape. mesti melepas.

jaja posing lagi? wawa.. bru lepas kencing la kut. ciss



jaja. kau ni. buat malu je. :P


p/s: boredom.dah nak raya tapi xde feel.