Wednesday, March 25, 2009

penting dan sia-sia

ever been shushed by 3 year old girl?

ok.sila senyap.aku nk bebel.

macam dah malas nk update blog skang ni.keje bertimbun-timbun.tak terhingga. kerja penting dan sia-sia. sia-sia? entah la. mungkin satu hari di tahun 2015, apa yang aku buat ini akan jadi satu yang berharga, bukan kerja yang sia-sia. kerja penting aku iaitu report final year project seperti diabaikan. bukan aku nk abaikan atau lengah-lengahkan masa. sebenarnya, aku bukan jenis boleh buat semua bende dalam satu masa. macam multitasking person la. aku lebih suka, selesaikan satu kerja satu-satu. siap satu kerja, baru aku boleh fokus pd kerja yang lain. sebab aku fikir kalau aku buat semua bende kerja dalam satu masa, nanti tak ada kualiti. macam melepaskan batuk di tangga. (wtf bersimpulan bahasa..)

dalam kes ni, aku kene tumpu dan fokus pd sesuatu kerja. sekian lama lebih seminggu menghabiskan masa menghadap skrin komputer, bukan buat kerja penting, kerja report FYP. tap, menghabiskan edit video dan juga meng'edit' gamba. selaku ajk multimedia dan kerja seorang diri. aku kene buat video yang kemungkinan di-highlight kan pada malam 27 mac 2009. cuak. risau.semua perasaan ada. sampai aku hampir boring menghadap tayangan gamba yang berulang-ulang dan barangkali hampir juling. mata pun dah sakit-sakit. spek mata aku semakin hari semakin tinggi powernya dan bakal bertambah tebal. umur 23 power dah 600. kalau mase umur aku 53? berapa tah agaknya power spek aku ni.

tinggal lagi 2 hari utk prom nite '09. tema glitz and glamour. hati berdebar-debar. bukan nk mengharapkan diri ni jadi prom queen. gila. aku tak pnah terpikir langsung. kriteria pendek tak ada dalam senarai. mentah-mentah aku disqualified. haish. aku cuma layak di belakang tabir shj. kiranya low profile but actually give a huge contribution to the event.konon la. aku cuma fokus pada multimedia dan video yang aku kene settlekan. harap2 laptop aku ni tak merajuk mase hari kejadian. amin.

tekun membuat multimedia sejak seminggu ni. harap-harap apa yang dipaparkan nanti memuaskan hati semua pihak. aku harap lah. cuma aku nk ckp siap2, untung pada manusia yang rajin pegi aktiviti dari tahun 1 smpai skang dan suka bergambar. mmg worth it. kepada yang mengomen gmba tiada, paham2 sendiri bahawa diri anda tak suke join aktiviti kolej. haish. maaf ya!

ok, aku nk smbung menjulingkan mata dgn video. lepas ni kene prektis memekakkan telinga penghuni blok 10. it's singing time! adios.

p/s: tak sabar nak present the video.seriously :P

mye :)

2 comments:

LiezHoney said...

congrate mai..video ko smart gler...

Kapten Luffy said...

aku pun suka low profile time majlis ;p