Friday, July 24, 2009

the best thing


orange.biru.purple.hijau. kaler bangunan tempat aku training skang. rase mcm kindergarden. padehal tu warna rasmi IRDA. iskandar regional developement authorities. the real thing is now we are not kids. we are train to be CEO. wah wah.tinggi harapan betul. takde ape nk bising pon sebenarnye. waktu nk berblog pon da terhad. ptg2 begini sepatutnya lagi nikmat kalau tido. tap, sebab ade komitmen lain. kene la korbankan masa. waktu tido semakin hari, semakin kurang. kalau awal2 dulu, 8 jam. makin lama tinggal 3 jam je. masuk kelas pagi, sekor2 jadi zombie. hoho. sekarang, dah hampir sebulan tinggal di so-called apartment. dah 4 modul yang dah settle. best! GEMS Programme Batch 09 best!
professional grooming.problem solving.time management.project coordination. semua 4 modul settle dgn jayanya. hahahaha. ye la tu! padehal setiap kali kelas, the word 'GOSH.BOSAN!' selalu sgt dgr. entahlah. tap, dlm kemalasan pon semua tu kene concentrate and learn. sebab kalau kira-kira semua modul macam tu bukan free. mahal plak tu. so, kat sini ..bende free, kene guna semua dengan efektif! hahaha. makan free. air cond free. semua free.. makan tanggung, berak cangkung, best kan? rugi oo tak join!
kelas DUA. opps. tiada istilah kelas di sini atau kumpulan. semua kat sini panggil office, company. even ketua we called as CEO! hebat! rasa diri tu sgt2 besar. at least merasa gak la title CEO! aku ke CEO? tu semestinya tak!! mane layak. hidup dlm company, hanya sbg personal assistant yang sexy! ahah..ok, tu tak logik. tap, realiti. aku as PA saje. bukannye PA betul2. CEO aku pon dah ade bini.. tak kan nk kacau kot? please. sorry! aku setia pd yg satu ok? HAHAHAHAHA :D "oh, budak hensem company __ " hiiiiiii.opppss :P
kawan gila satu kepala. mereka gila, maka aku pon gila. hahaha. memang best bila join dgn member yang satu kepala. dulu kehidupan dengan manusia yang background engineering. skang, linguistik psikologi. finance. sains aktuari. risk management. aquaculture. macam2. economic finance. banyak sgt la course yg aku tak pernah dgr. tap, seriously. best gila! *ingat nk upload gambar, tap server sini slow tahap cipan.nanti la* kawan-kawan gila. bukan sengaja panggil gila. tapi, seriously. kawan-kawan yg ni je buat aku bersemangat kt sini. kenape ek? diorg best.best sgt2. actually ade kisah yg terjadi. nanti lah. life sgt complicated kalau dealing dgn manusia yg close minded dan stupid. buang mase ok, stop here. kang tak pasal2 aku EMO. hahaha. actually, banyak sgt bende nk cerita psl kt sini. but, overall best la eventhough baru je sebulan. tap, ade satu yang aku sgt2 happy with my own achievement.. HUHUHUH
the best achievement is aku dah tak EMO mcm dlu!! dah bleh control!! thats awesome! alhamdulilah~
notakaki: nk pegi dinner. mencari mcd yang momo belikan. :)

Sunday, July 19, 2009

2 tahun sudah


The 2nd anniversary of our love
It's the anniversary of the happiest day of my life.

Till death do us apart

Love you much

:)

Thursday, July 9, 2009

al-fatihah

al-fatihah tuju kepada arwah mak long ku yang telah kembali ke rahmatullah 7 julai 2009.



kadang-kadang apa yang berlaku di dunia ni semua tak terjangka. sekelip mata, nyawa kita hilang begitu shj. kita tak boleh nk predict bila kita nk pergi. hidup ni sementara. apa yang kita buat duniawi, ada batasnya. apa yang kita buat di dunia, ada balasannya. sama ada kita di atas, tinggi mana pangkatnya, banyak mana gajinya.. akhirnya, kita semua berada di tempat yang sama. tanah juga kita dikembalikan. kehilangan seorang lagi, adik beradik ayah selepas arwah pakcik meninggal beberapa tahun lepas. peritnya ayah melihat seorang demi seorang pergi meninggalkan dia. air mata ayah mmg susah nk dijangka. tap, bila menitis.. sehingga aku dan seluruh keluarga akan menangis melihat ayah.


berita kematian di pagi 7 julai, masa aku tgh buat english test. terdiam kejap dan aku mula menangis yang tentu pasal. seminggu sebelum tu, aku bru je melawat dia di hospital. walau perit, die tetap senyum melihat akak aku yg baru saje dirisik org a.k.a bakal pengantin la. sedih. memang sedih. mak long ku, mana saja majlis kenduri dia tetap ada. sebagai seorang kakak, die tetap penuhkan apa saja permintaan adik beradiknya. mak long ku. pernah diberi anugerah Tokoh Guru.. mak long ku dulu sebagai seorang guru besar sekolah agama. beliau pulang ke rahmatullah dengan wajah seorang ustazah..wajah yang penuh dengan cahaya yang menyejukkan hati dan keimanan.. entah. perasaan sedih tak dpt nk digambarkan. tap, yang pergi tetap direlakan. Tuhan lebih sayangkan dia.


hidup ni tak lama. dosa-dosa kecil yang kita rasa endah tak endah lama2 menjurus ke arah maksiat dan perbuatan dosa besar. sedangkan aku sebagai umat, banyak membuat kesalahan. aku tak sempurna. apa yang aku buat, aku cakap kadang-kadang tak mampu nk puaskan hati semua pihak. sebagai seorang manusia, umat islam.. aku sentiasa berfikir kembali apa yang dulu, sekarang dan akan datang. semuanya sebagai pengajaran dan petunjuk. kita hidup kena ada pegangan. jangan terlalu bongkak. walaupun, dengan harta yang bergunung-gunung.. semua tu tak di bawa ke liang lahad. hanya amalan dipersoalkan. sama-sama kita berfikir tentang hidup kita.


sempat berblog ni walaupun penat dengan kenduri tahlil.arwah selamat dikebumi lepas asar.menunggu adik bongsu dan anak-anak yang dtg dr jauh..hurrm..tiada apa yang dapat aku cakap lagi nak digambarkan kesedihan aku.serius.
al-fatihah
semoga rohmu dicucuri rahmat
Amin

Saturday, June 27, 2009

jangan salah sangke, ok?

i'm not single

mungkin entri yang sebelum ni banyak persoalan yg timbul di otak masing-masing. sebab. ade yang tanya aku "dah ada pengganti?" terkejut.terkedu. sejak bila clash? memang entri tu macam kecewa. tapi, at the end. we solve it. perfectly. memang aku seorang yg pemarah dan si dia seorang yg sgt cool dan relax. maka, hal-hal remeh macam tu senang nk settle. mula-mula, asyik fikir negatif. but, at the end. the honesty is something that very sincere. pastu, i take it as positive. hal-hal remeh yg berlaku at mostly couples also happen to us eventhough we live separately and long-distance relationship. like what most of the love quotes, trustworthy is important. kan? that's the biggest we need to be set in mind between us. yes. ok. berbalik kepada bahasa ibunda. harap-harap sgt fikiran manusia sekalian berubah. hati ni masih lagi dengan si dia dalam gambar di atas. perkataan 'pengganti' tu, sgt2 tak masuk akal dan tak logik. maaf ya!
i'm in relationship..still harry :)

tribute to MJ

Michael Jackson
King of pop
1958-2009
23rd June 2009



Another day has gone
i'm still all alone
how could this be
you're not here with me
you never said goodbye
someone tell me why
did you have to go
and leave my world so cold
Everyday i sit and ask myself
how did love slip away
something whispers in my ears and says
that you are not alone
for i am here with you
though you're far away
i am here to stay
But, you are not alone
for i am here with you
thoughgwe're far apart
you're always in my heart
but, you are not alone
Just the other night
i thought i heard you cry
asking me to come
and hold you in my arms
i can hear your prayers
your burdens i will bear
but first i need your hand
then forever can begin
Whispers three workds and i'll come runnin'
and you know that i'll be there
i'll be there

For you are not alone...

p/s: RIP MJ. just three words. "we'll miss you"

Sunday, June 21, 2009

farewell

credit to Erfanix~deviantart~

The world is round and the place which may seem like the end may also be the beginning

goodbye.farewell.sayounara.selamat tinggal. mcm nak pergi jauh je rasenye. padehal bukan pegi mane pon. still at southern gak. mase nk berblog dah terhad. masa 2 bulan lebih ni dihabiskan di sana. lepas tu ke alam pekerjaan pulak. rasa berdebar sgt. mula-mula masa takde keje kt rumah, asyik pk nk keje je. skang bila da ade peluang, rs mls plak. mcm2 ragam btol la. entah la. lame gak pk psl problem ni. aku rs mungkin ni destiny. alam kerja ku asyik dengan manusia warganegara antarabangsa. dr dulu lagi. bangla. myammar.vietnam. mcm2 la jumpe. entahla. risau pulak rsnye. mereka ni unpredictable behaviour. tapi, nk buat cmne. tak kan nk demand lebih2 xnak workers so-called oversea. HAHA xkesah la. yg penting aku kne concentrate dgn life yg baru. so, farewell kpd life yg dulu. hidup kne ada pegangan. misi yang pertama ialah kuruskan bdn. yezza. mungkin lame x berblog, 2 bulan lebih training dan next step is career. harap2 apa yg aku tempuhi nnti, aku mmpu hadapi. yang penting, tiada lagi EMO! itu yg penting. nasihat org tua "jaga diri elok2.jgn nakal2".baiklah ibu ayah!!

notakaki:
to 'someone out there' = songkok-tinggi boy :
"Love is missing someone whenever you're apart, but somehow feeling warm inside because you're close in heart."

Wednesday, June 17, 2009

kenapa mesti ade org lain?



kadang-kadang perasaan sedih yang melampau-lampau buat aku sampai tak terkeluar langsung air mata ni. yang termampu, mengeluh je la. sungguh tak tersangka langsung dengan perangai dia yang agak lain sejak dua menjak ni. entahlah. kenapa mesti ade org lain? sehingga begitu sekali buat aku mcm ni. astaga. aku sampai terkelu dan terkedu. kemusykilan yang melampau-lampau dan makin bertambah lagi sebab kau jauh dr aku. aku tak mmpu nk tgk depan mata. mungkin ini hakikat bila bercinta jarak jauh. AH. aku tak kesah semua tu. aku tak mmpu nk susun ayat yang sesuai. saban hari, kau asyik mengatakan untuk percaya kpd kau. tapi, kenapa tiba-tiba ada org lain. kenapa tiba-tiba? kenapa kepercayaan aku kau mainkan? mulanya, aku fikir. kau jujur dgnku. jujurnya perasaan dia. walaupun, aku tahu denganku kau tak pernah berselindung. tapi, kejujuran kau buat aku jadi hampa. tiap hari aku hampa. aku sedih. aku masih lagi dgn perasaan dulu cuma aku harap perasaan ni tidak akan pudar. perasaan yang aku masih syg lagi pd kau. setiap hari aku doa dengan hubungan agar kekal smpai ke akhir hayat. macam-macam dugaan yg aku dpt. cuma aku yg setiap hari makan hati. hati ni masih mcm dulu. tak berubah sedikit pun. perasaan aku masih mcm dulu walaupun apa yang berlaku.



Ku telah miliki
Rasa indahnya perihku
Rasa hancurnya harapku
Kau lepas cintaku
Rasakan abadi
Sekalipun kau mengerti
Sekalipun kau pahami
Ku pikir ku salah mengertimu
Aku hanya ingin kau tahu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu
Tuk lalui waktu yang tersisa kini
Di setiap hariku
Di sisa akhir nafas hidupku
Walaupun semua hanya ada dalam mimpiku
Hanya ada dalam anganku
Melewati hidup

notakaki: aku hanya manusia biasa.ada kekurangan. maafkan aku.

aku syg kt kau. sgt.



love can be so hurt, aite?



Love hurts...

But sometimes it's a good hurt

And it feels like I'm alive.

Love sings,

When it transcends the bad things.

Have a heart and try me,

'cause without love I won't survive.

Now,

I'm fettered and abused,

I stand naked and accused

(Should I surface this one man submarine?)

I only want the truth

So tonight we drink to youth!

(I'll never lose what I had before.)

Sometimes when I'm alone

I wonder

Is there a spell that I am under

Keeping me from seeing the real thing?

Dear,

Love can be so hurt...

But sometimes it's a good hurt

And it feels like I'm alive.

Love sings,

When it transcends the bad things.

Have a heart and try me,'

cause without love I won't survive.


Falling in love with someone isn't always going to be easy..

Anger..Tears. Laughter..

Its when you want to be together despite it all.

Thats when you truly love another..

Thats for sure.


footnote: i really miss you songkok-tinggi.it hurts so much when we too far from each other.

Thursday, June 11, 2009

cuti-cuti malaysia part : 'pegi mane oi!'


salam

cuti-cuti malaysia part 'oi oi pegi mane?'.


bukan plan sangat nk holiday ni. sebabkan cuti sekolah, dptlah aku keluar rumah dr terperuk mengadap laptop dan tv dan membuat kerja-kerja rumah yg sgt boring. haish. boring oo. minggu pertama cuti sekolah tabah lagi duduk rumah membuat rutin harian. serius aku boring. mcm mane la kalau yang fully surirumah tu. haish. macam mane la ek? mati kutu aku oo. lemak konpem bertambah-tambah. aku tak tipu. duduk kt rumah bru je brape minggu aku rs mcm dah bertambah berat.. takut oo berat naik.
disebabkan tidak bekerja. makan ditanggung berak cangkung. aku ikut je ape yg disuruh. buat tu, aku buat. buat ni, aku buat. yelah, bukan ade keje pun. cuma sibuk mencari kerja online. berharap sgt ada yg sangkut. ok. amin~ pegi kl kejap. bukan lame sgt pun. tiket dah la mahal. dulu 25 je. skang 33. jiwa betol la. duduk kl menghabiskan masa dgn si kembar yang sudah 8 bulan, kut. dah besar oo. cute siot! muke da semakin sama. konpius oo! lepas tu tengah malam sabtu, balik melaka. balik kampung. ohoo, rindu ooo kampung. melaka bandaraya bersejarah.


melaka bandaraya bersejarah. ceh.



kapal ape tah. aku mcm baru perasan kapal ni boleh naik. dulu terbiar je cmtu. yelah, cuti skolah.


bot-bot. ade tu ha. tak boleh nk captured gmba sgt mase ni. panas nk mmpus. sape la nk naik bot2 ni time panas ni. haishh..



depan bangunan stadhuys. nk amik gmba ni pun susah. puas halau org kat tepi.


beca-beca yang mengaut untung dasat menggila . ade ke patut satu jam rm40? mak aih.. kalau yg foreigner, lagi la mahal.




kapal samudera, kut. ingat nk naik. tapi, line up ticket berharga rm3 ramai nk mmpus. so, tgk dr luar je la.



kincir angin depan stadhuys.



kincir air.


*sila perhatikan awek di sebelah kiri. nak panjat2 plak. dah la kecoh. pening siot.*




satu beca sesat. mane tah pakcik die. sebenarnye, aku tgk pakcik asi-krim tu. haus doh sbb panas gila.



barang-barang yang sgt laku. feveret aku yg kaler ijau, pink n kuning tu. pebende tah name dia. tau makan je. :D





kat mitc, melaka. singgah mydin. ade performance. boring, ok. tapi, layan je.



entri ni cuma gamba tempat mane yg aku pegi. org-org yg terlibat, di entri akan datang. chiow~ assalammualaikum.




notakaki: tak sabar nk tunjuk gmba bibik.HAHAHA

Tuesday, June 2, 2009

bunga

thank you dearie :)


harry: "wut means of just 3 buds of roses?"
me: "dunno.. lalala " (pretending)
1 4 3 too la. . (smiling)
footnote: gosh.miss u badly :'(