Thursday, July 9, 2009

al-fatihah

al-fatihah tuju kepada arwah mak long ku yang telah kembali ke rahmatullah 7 julai 2009.



kadang-kadang apa yang berlaku di dunia ni semua tak terjangka. sekelip mata, nyawa kita hilang begitu shj. kita tak boleh nk predict bila kita nk pergi. hidup ni sementara. apa yang kita buat duniawi, ada batasnya. apa yang kita buat di dunia, ada balasannya. sama ada kita di atas, tinggi mana pangkatnya, banyak mana gajinya.. akhirnya, kita semua berada di tempat yang sama. tanah juga kita dikembalikan. kehilangan seorang lagi, adik beradik ayah selepas arwah pakcik meninggal beberapa tahun lepas. peritnya ayah melihat seorang demi seorang pergi meninggalkan dia. air mata ayah mmg susah nk dijangka. tap, bila menitis.. sehingga aku dan seluruh keluarga akan menangis melihat ayah.


berita kematian di pagi 7 julai, masa aku tgh buat english test. terdiam kejap dan aku mula menangis yang tentu pasal. seminggu sebelum tu, aku bru je melawat dia di hospital. walau perit, die tetap senyum melihat akak aku yg baru saje dirisik org a.k.a bakal pengantin la. sedih. memang sedih. mak long ku, mana saja majlis kenduri dia tetap ada. sebagai seorang kakak, die tetap penuhkan apa saja permintaan adik beradiknya. mak long ku. pernah diberi anugerah Tokoh Guru.. mak long ku dulu sebagai seorang guru besar sekolah agama. beliau pulang ke rahmatullah dengan wajah seorang ustazah..wajah yang penuh dengan cahaya yang menyejukkan hati dan keimanan.. entah. perasaan sedih tak dpt nk digambarkan. tap, yang pergi tetap direlakan. Tuhan lebih sayangkan dia.


hidup ni tak lama. dosa-dosa kecil yang kita rasa endah tak endah lama2 menjurus ke arah maksiat dan perbuatan dosa besar. sedangkan aku sebagai umat, banyak membuat kesalahan. aku tak sempurna. apa yang aku buat, aku cakap kadang-kadang tak mampu nk puaskan hati semua pihak. sebagai seorang manusia, umat islam.. aku sentiasa berfikir kembali apa yang dulu, sekarang dan akan datang. semuanya sebagai pengajaran dan petunjuk. kita hidup kena ada pegangan. jangan terlalu bongkak. walaupun, dengan harta yang bergunung-gunung.. semua tu tak di bawa ke liang lahad. hanya amalan dipersoalkan. sama-sama kita berfikir tentang hidup kita.


sempat berblog ni walaupun penat dengan kenduri tahlil.arwah selamat dikebumi lepas asar.menunggu adik bongsu dan anak-anak yang dtg dr jauh..hurrm..tiada apa yang dapat aku cakap lagi nak digambarkan kesedihan aku.serius.
al-fatihah
semoga rohmu dicucuri rahmat
Amin