Wednesday, January 26, 2011

mari bersenam

bersenam. jangan tak percaya ok? aku mmg bersenam. jogging. kalau menjaga budak kembar yang nakal ni kat taman permainan pun di kira bersenam, sebab peluh keluar kadar sama dengan jogging bulatan Taman Dato Keramat, depan LRT Jelatek tu. seriously. Bila bawak budak kembar bersenam kena plan, sbb kalau tak memang huru hara. Pegi pagi-pagi buta dgn sepupu a.k.a mama diorang la. 1st part, is bawak ke playground. Bila mereka da leka, terus ke track utk jogging dalam 2 round. 2nd part, mama dia pulak jogging. 3rd part, bawak semua berjalan pusing on track. part yang ke 4, terus ke tempat untuk senaman dan macam-macam equipment. exercise penting utk mereka berdua ialah sit up. HAHAHA. budak 2 tahun buat sit up. mengancam siot. kalau aku, semua bantai asalkan dapat rasa setiap satu equipment kt situ. yelah, ramai orang nak guna dan takes turn. lepas penat lelah, keluar peluh. JOM breakfast. ku ingatkan breakfast simple, rupenye BRUNCH. rugi je peluh yang keluar dan lemak yang pecah masa tad. HEHE. konon la. sekali bantai roti canai, nasi lemak, kuih muih, teh tarik. terbaek! ah, cukup. mari lihat gambar kanak-kanak ini.

Lokasi: Taman Dato Keramat, Depan LRT Jelatek.

wawa: penakut naik buaian. keras je. nak suh hayun badan, mmg takkan la. penakut.

jaja: ini budak banyak berani oo. sampai sentap. die sesuka hati naik buaian, hayun badan sesedap rasa. pastu main suke-suke turun. nasib tak tersembam.


bila suruh pandang kamera, pandang seminit je. bila nampak budak lalu lalang, terus hilang panduan. haish. senang betul distract!


masa jalan pusing track nk jogging. mak dia dgn jaja. aku dgn wawa. macam ni la. dia ke depan kita ke belakang. penat weyh.

naik jongkang-jongkit. gambar ni tak de kualiti, tapi sebabkan mereka pandang kamera. maka, ia mahal sedikit.
jaja: hai!
wawa: tgk tuu....
p/s: sekarang 2 kali dalam weekdays ke gym kt office. kalau weekends free, jogging time!

1 comment:

ZoOLhEaLmE said...

shomelnye ..............