Thursday, August 30, 2012

Lepas 3 hari


Lepas tiga hari
Saya baru nak kembali semangat bekerja.
Selepas seminggu cuti.
Hati lemau je.

Feeling kerja dengan sungguh-sungguh baru nak ada. Baru nak take responsible reply email. Kalau tak biarkan je, serah kat orang lain. Ishk. Ishk.
Maka, mari semangat kembali.



My long lost mp3. Murah.Love it.





p/s: Kembali semangat bila esok Public Hols. HIHI. Esok Mummy come to town :)


Wednesday, August 29, 2012

Pretend


Pretender
yes. Maybe I am.
I just trying hard to hide my pain with my happy faces and trying to getting deeper in Islam.


Abaikan hidung merah.
Lepas nangis.

Being alone in someone office sometimes can makes me nuts. Seriously. Tapi, ditemani dengan MP3. Bacaan dan ilmiah dalam internet. Alhamdulillah, ada pengisian. Ok. Back to the topic. Pretend? Yes,I am. Semua simpan dalam hati. Saya dah tekad saya nak berubah tapi saya tahu Tuhan takkan bagi senang wenang untuk berubah, Dia akan bagi kita ujian satu persatu. Saya mengaku, saya hidup nak senang je tapi sekarang semua dah lain. Saya kene susah. Kene belajar dari bawah. Kene mula dari bawah. Saya sedang cuba. Sokongan? Paling penting diri sendiri. Ulang kali cakap, "Hati kene kental". Ya, Benar! Saya diuji dengan macam-macam jenis perkara. Dari segi fizikal atau dari segi Psikologi. Serius. Saya simpan dalam hati. Saya adu pada Tuhan. Saya cuba untuk melakukan sesuatu yang saya dapat petunjuk dari Allah s.w.t. Saya lakukan semua bukan ikut nafsu atau emosi. Saya dah usaha. Saya dah solat. Say berdoa. Saya harap petunjuk ini akan bawa saya  ke Jannah.


Selangkah ke alam itu, saya sudah lepas. Beberapa langkah saya perlu hadapi. Ini masanya. InsyaAllah..Perkara baik insyaAllah Tuhan akan bantu. Murahkan rezeki ku. Permudahkan urusan kami.  InsyaAllah. Jangan henti usaha, doa dan tawakal. Memang nampak mudah tapi sebenarnya kita ni yang malas. Saya mengaku, kalau saya lalai mmg saya lupa. Bila dah tergadai baru nak beringat. Astaga. Perkara yang lepas jangan diungkit, jadikan pengajaran. Jangan pandang ke belakang, hidup ni ke hadapan. Terus maju ke masa depan. Kene ada pendirian. Apa yang kita nak buat. Apa misi kita. Doa banyak-banyak. Jangan doa yang tidak elok, sebab semua tu point kat kita balik satu hari nanti. Nampak remeh, tapi kita tatau apa yang jadi masa depan. Apa yang Allah tulis untuk kita.

Mawar Khayalan.

Sebenarnya kesedihan dalam hati ni lagi banyak dari kegembiraan. Entah la. Saya bersyukur dengan kehidupan sekarang. Abaikan sedih. Hidup perlu dinikmati. Yang penting jangan lari dari syariat Islam. Ingat. Saya syukur ditemukan dengan dia. Adakah dia Jodoh saya? InsyaAllah... Amin..Dia, mengajar saya erti kehidupan yang mula dari bawah. Kesusahan. Rezeki. Agama. Saya belajar dari dia. Saya tak kisah hidup susah asalkan saya pegang dengan agama. Biar saya menangis. Saya pernah silap satu masa dulu. Biarkan saya menangis sebab saya nak berubah.

Doakan saya. Amin ya rabbal alamin.



p/s: Semoga urusan dipermudahkan.



Simple Eid



Salam Syawal 1433 H

Ampunkan salah silap.
Halalkan makan minum
Zahir dan batin




Rendang ayam.Dendeng.Lodeh.
Alhamdulillah.


Kek wajib setiap tahun.
Yang ni khas di pos dari Sarawak.
Sedap.


Tahun ni raya berempat.
Giliran Sarah balik Segamat.



p/s: Thankful!


Innalillah



Al-Fatihah

Mungkin dia orang lain. Dia orang baru yang aku kenal.tapi, saudara Islam. Dia mesti sedih. His beloved wife just pass away a day before Eid.

Al-fatihah
Wife En.Azmi
Kanser Perut


Hari-hari tengok muka dia, tetap senyum macam biasa. Semoga anda tabah dan kuat.




Tuesday, August 14, 2012

Tat Nasi Ayam




24 Ramadhan 1433H


Supposedly on Tuesday, but they just reschedule due to most of them is working in shift. So, I'm okay je.
Location? Tat Nasi Ayam, Sri Rampai. Nearest Wahab Cendol ( Quite Famous). However before we went there, we pleasuring ourself at Bazar Ramadhan Wangsa Maju. Bought some cream puff, Takoyaki<--my all time favourite! Hii. Then, we move to the restaurant. Already reserved. So, its okay. Managed to get the table la kan. Around 6.45pm, people are start filling all the tables. Memang dapat sambutan la kan? 

Order? Nasi ayam special. Apa yang special? Just an extra rice. Dayah order Nasi Itik. Yummy. Drink? Mostly juices.

Activity?  Just talking. After meal, we stop by at Bazar nearest. They buy dresses, shirt and etc. Ok la. Murah dan lawa. Me? None. Pokai. HAHAHA




Me. Kepenatan.



Food and drinks. Yummy.


Kami.
Zahrah. Juni.Dayah. Me.
Semuanya TM.




p/s: Alhamdulillah.

Sunday, August 12, 2012

Hidup tak selalu indah

Hidup tak selalu indah.
Kita jangan expect lebih-lebih
orang cakap, BERSYUKUR
ya!
THANKFULL.

Kebaikan
biar kita yang simpan.
orang cakap, kita "Ya" kan aje.
salah atau benar
Tuhan aje yang tau
Biar dia yang MENGHUKUM kita
Baik dari segi hubungan dengan -Nya, hubungan sesama manusia, atau segala kurniaan rezeki Tuhan atas muka bumi ini.Semua itu hak dia. Dia Maha Kuasa.


Sungguh.
I just dont want to be regrets for the 2nd time and the rest of my life. I just crave for Allah's guidance. I hardly strive to get Allah's Jannah. I letting go all things that may lead to sin and 'lagha'. I know I am not perfect, tak sempurna, ilmu agama tak berapa sangat tapi saya usaha dan usaha saya biar Allah shj yang tahu.


Maafkan saya kepada masa lampau. 
Dulu saya terlalu murah, sehingga Ibu Ayah menanggung segala dosa saya tapi InsyaAllah lama-kelamaan saya akan berubah. InsyaAllah..


Saya tahu setiap penghijrahan manusia ke perkara yang baik, Tuhan tak kan simply giving the simplest way to the person. He will give a few circumstances and challenges in the life. Contoh, kita dulu biasa hidup senang. Tuhan mencabar kita bila kita ada masalah duit, kewangan, hasutan manusia dan mcm-mcm lagi. Saya berguru dgn seorang ustazah, Die berkata anggap itu semua dugaan dan cabaran. Hati kene kental bila kita nk berubah. Tuhan akan uji kita dengan mcm-mcm bentuk. Orang akan tuduh kita dengan macam-macam hal, saya tatau nk eloborate more pasal ini. Setiap insan akan hadapi segalanya. Kita jangan doakan orang lain, dengan perkara yang buruk. Doakan yang baik-baik, sebab sesungguhnya doa itu kita akan dapat juga. Indahkan?  Tuhan kan Maha Adil.Saya maafkan segala yang terjadi dengan niat untuk bersihkan hati.Walaupun perit, saya cuba. Mungkin satu dua perangai yang akan menyakitkan hati, tapi saya manusia biasa.. Alpa. Maka, tegurlah saya. Saya tanak pergaduhan, tapi cuma nasihat yang membangun. Ya, benar.


Dah nak abis Ramadhan, sedih sangat. Rindukan terawikh. Sangat. 


p/s: Kuatkan la imanku yaAllah!!!

UniMAP'ians


UniMAP'ians.
Tak semua la.
Hanya beberapa orang saja. 4 je.
Bestfriend for life.

Went out as early at 10.00 am, move to One Utama as Yantea wanted to buy stuff for her wedding. Hantaran! Woke up around 9.30 am, rush rush. Amik saja baju yang senang dan tudung yang senang. HIHI. Then, Yantea pick me up and move to pick up Alin pulak at Bahagia.  After that straight to One Utama.Tak ramai sangat orang. Privilege parking senang sbb guna One card Alin. :) Best.Best. Pusing-pusing masuk Charles & Keith. Aldo. Coach. Shu Uemura. Macam-macam la. Yang pasti Alin paling banyak beli. Ngeh Ngeh. As usual. :) Around 1.15 pm, we moved out from OU and planned to go direct to Mimiey house but it was changed at the middle sbb WAYANG. Hahaha. Alin punye plan. Then, terus ke Space U8. Terbaik. Luas. Best. Plan nak tengok Hantu Gangster tapi lambat, so tengok la Three STOOGERS. Lawak gila.  Of course la lawak bodo. HUHU. Zass. Abis movie around 4.45, moved to Bazar Ramadhan Stadium Shah Alam. Best. Beli karipap, air mangga, tebu. Yummy. Lepas tu, terus pegi rumah Mimiey si mak buyung. HEHE.

One Utama
Mostly kt Charles & Keith




Misi tercapai.

Mimiey Place


Amsyar, HERO!


Bersama ibu Mimiey.


Nasi Ayam. Mangga.Tebu. Kek Batik Tongkeng Ayam. Salad.


With Amsyar yang nakal.


Semuanya sibuk phone. Masa ni dalam kereta. :)



 This Ramadhan, yantea last single. Alin dah abis Master kt USM, now tgh cari kerja. Mimiey full time housewife setakat ni sebab due bulan 10. Nak meletop utk yang ke-dua. Wee. Me? Macam biasa. Hidup perlu diteruskan.What else I can say? Alhamdulillah. 





P/s: Sian Alida jauh!

Saturday, August 11, 2012

Last minute


It was last minute plan.
I was very stick to meet up after Terawikh.
Exactly 10.00 pm, Adhel text. 
"Weyh, ak kt depan umah kau"
HAHA.
memang baru jejak rumah dari surau.
Siap sepantas kilat.
Terus gerak ke nearby restaurant. Not so nearby la. 
Nz, in front of Wangsa Walk.

Talk.Talk.
Waiting for Dina and B.
Talk again.
Eat. Drink.
Gossip?!





Alhamdulillah.
Have my sahur also.



p/s: Lepas ni turn PJ plak. Jauh kot. :)

Friday, August 10, 2012

Pulang

Balik
Pulang
Kembali

Kembali ke pangkal jalan. Walaupun semua ini da diserapkan dalam diri dan tekad sejak 3 bulan yang lalu, tapi mengaku diri ini lemah. Masih ada yang tersasar jauh dari Allah s.w.t. Mengaku masih lalai lagi. Masih berlaku biadap. Masih tidak mengenal mana dosa, mana nafsu mana kepuasan hati. Ya Allah. Aku dah semakin jauh dari Mu Allah.

Bukan apa.
Cuma nak berkongsi. Jenis nak meluahkan perasaan. Memang hari-hari, setiap saat saya mengadu kat Allah. Tapi ini cuma nukilan perasaan.Tak salah kan sapa-sapa. Saya salahkan diri saya sendiri. 

Menangis. Menyesal dengan apa yang terjadi. Allahuakhbar. Semakin jauh dengan Allah. Sibuk mencari kepuasan hati di dunia, tapi dari segi jiwa rohani aku masih luntur. Masih rapuh. Ilmu yang ada tapi tidak digunakan. Terdetik malam Ramadhan ke 21, entah kenapa. Hati ini seolah tenang  bila menunaikan Terawikh. Sungguh. Sedih, menangis, kecewa dengan diri sendiri. Tak pandai menghargai ramadhan yang bukan selalu kita jumpa. Entah - entah tahun depan tak sempat Ramadhan. mana tau la kan? Itu semua kerja Tuhan.

Dah fikir masak-masak.Bukan lakukan sebab manusia tapi lakukan sebab Allah. Untuk diri sendiri. Tekad mencari keredhaan Allah. Lupakan segala dosa dan perkara yang lepas. Semua itu jadi pengajaran,....Taubat! Insaf! Tekad. Ya Allah..kuatkan lah imanku..biarlah diri ni susah. biarlah diri ini cukup sekadar dengan apa yang ada. Allahhhh!! Menangis buat entry ni sama seperti yang ak lakukan setiap malam. Malu. Setiap dosa setiap tu nak taubat.Malu denganmu ya Allah.....

Saya bersyukur sebab perasaan kesal dan keinsafan yang ada dalam diri setiap kali melakukan salah menunjukkan masih ada lagi cahaya iman kuat dalam diri.Saya syukur sangat. Kalaulah hati saya da hitam, memang saya takkan kesal dengan apa yang saya buat.. kan? Syukur!!!

Saya kongsikan sedikit ilmu.. Dosa kecil, dosa besar.. Kita taubat. Elok kita mencari makanan utk jiwa biar seimbang dengan makanan untuk fizikal.

Dan mereka yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat kepada Allah lalu memohon ampun dosa-dosa mereka – dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan (perbuatan buruk) yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya adalah keampunan dari Tuhan mereka, dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) mereka yang beramal” (Surah Ali ‘Imran: 135-136).

Azam untuk tidak mengulanginya.

Bila kita da insaf atau taubat, eloklah urusan tu di antara kita dan Allah s.w.t. Tak perlu kita jaja kepada sapa-sapa bilang yang kita ni dah berubah. Taubat yang lahir dari perasaan khusyuk tawaduk, insaf sehingga menyerap masuk ke setiap perasaan jiwa sambil  mengalirkan air mata keinsafan yang datang dari hati yang jujur. InsyaAllah Tuhan terima taubat nasuha kita. Penting, taubat yang kita lakukan bukan di buat-buat, bukan lakonan..ianya zahir dari hati. Biarkan kita tau apa yang kita buat, urusan ini biarkan kita dengan Tuhan. Apa orang lain nak cakap, kita biarkan. Semoga Tuhan beri hidayah untuknya kelak. Amin.



Mohon semoga dapat pindah ke state lain. Mula hidup baru. ya Allah perkenankanlahhh...

Wednesday, August 8, 2012

Kepercayaan kepada Tuhan



Percaya dengan rezeki Allah.
yakin dengan rezekinya.
InsyaAllah.. jika sumbernya halal, niatnya yang baik.. Maka, hasilnya pun baik.

Ya Allah.murahkan la rezekiku.
Permudahkan la urusan ku.


Bila selesai bayar sana-sini tengok balik balance mengucap dibuatnya. Astaghfirullahalazim....
 Terdetik. Ya Allah. cukupkah?

Raya menjelang tiba. Persiapan belum lagi dibuat.
Ya, kita sederhana je la. Jangan membazir. Masalahnya nak sederhana pun tak cukup ni. Ishk Ishk.
Allahuakhbar.


Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada raja dan negara
Keluhuran perlembagaan
Kedaulatan undang-undang
Kesopanan dan kesusilaan.





p/s: cinta kpd Allah lagi berkekalan.

Solat Dhuha

Cuma nak berkongsi. Tentang solat sunat dhuha. Solat sunat dhuha ni bak orang cakap solat buka rezeki, cahaya penenang, didekatkan rezeki dan menjauhkan kepapaan.. Ini kuasa Tuhan kan? Dengan solat sunat 2 rakaat pun, macam-macam dia bagi kt kita. Tapi, kita ada buat x?
"Tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada-Ku. (al-Dhariyat: 56)"
Solat Sunat Dhuha
Sangat mudah.
  • Hanya 2 rakaat. Tiga boleh. Empat boleh. Sehingga 12 rakaat pun boleh tapi jangan kurang dari 2 rakaat.
  • Waktu : anggaran jam 10.00 pagi hingga sebelum  jam 12 tghari. Lagi afdhal ketika matahari terbit atau sedang panas. Dah nama pun Dhuha yang bermaksud pagi. Memang waktunya pagi.
Berdasarkan sepotong hadis  Nabi s.a.w
  " Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya " 
  • Doa lepas solat pun sangat mudah. Boleh ikut nyanyi kumpulan nasyid UNIC. Senang hafal. Biasalah awal-awal tu susah, lama-lama jadi senang, bila da senang jadi da biasa. Kan?
Doanya ialah :
“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. 
” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”
Solat sunat dhuha ini dikira sebagai berehat sebentar. Kita kan penat bekerja, ambillah masa dalam 5 minit untuk persiapkan solat sunat. Hanya 2 rakaat. Tak salah pun. Tak dosa pun. Malah Tuhan bagi banyak ganjaran pahala. Disarankan sejenak untuk sujud kepada Allah sama ada kita di rumah atau di pejabat dengan syarat tidak mengenepikan perkara lain atau urusan lain yang wajib daripada yang sunat. Sifat solat sunat ini ringkas dan asalkan ia mudah dilakukan di mana-mana, bak di rumah atau di tempat kerja. Kalau dibudayakan lagi elok!
Kalau di google kelebihan solat ini, beribu sangat yang kita dapat cari. Tuhan kan Maha Pemurah. Sampai tak terbilang fadhilatnya. Sini mari kongsi sikit.
  • Allah memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.
  •  " Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).
  • Setiap amalan-amalan yang baik pasti memperoleh ganjaran dari Allah s.w.t. Tapi wajar di ingatkan setiap kebaikan dan amalan ini mesti disusuri dengan keinsafan diri bukan dengan niat yang tidak elok contohnya untuk menunjuk-nunjuk. Orang yang riak, Allah murka. Maka, sia-sialah ibadahnya. Maka dengan itu, setiap amalan ini dilakukan dengan keinsafan dan mengharap keredhaan dari Allah s.w.t. InsyaAllah Allah akan memberikan ganjaran kepada kita dari segala bagai bentuk dan rupa. 
  • Syukur kepada Allah s.w.t. dikurniakan atas segala rezeki atau muka bumi ini. 

Memang banyak ya Allah. Syukur kan kita sebagai umat Islam. Untung!  Jadi, mari kita budayakan solat dhuha ini. Ambil masa 5 minit. Kejap je. Lagi elok jika kita amalkan dan mewajibkan solat ini.

****

Thanks to C.Wea yang trigger kan Solat dhuha. Dulu jarang nak buat, sejak ada satu dua kejadian. Kepada Tuhanlah kita kembali, kepada Islam kita buat panduan. Alhamdulillah.




p/s: Alhamdulillah. Thanks to my sayang. :)
 I know God send you for me to guide more depth in Islamic way. 

Tuesday, August 7, 2012

Sob sob








07082012
9.59 am

Unwell
Tak berapa larat.
Kepala sakit
i thought it happen because of not getting much rest, but last night sleep after Isya' pray until 3.30 am but still not okay. Cold and cough. Badan agak panas.Mata merah. :(

Sahur awal.Tido balik.Take Subuh prayer and rush to work. Kuatkan diri, gagahkan diri berjalan ke kerja. 


Ya Allah.
Kuatkanlah hambamu ini.




p/s: Imissmyman.


Monday, August 6, 2012

Iftar with love

Dating!
Again.. Eh, again? 
We both very difficult to meet up as you know, long distance relationship.
Mission dating : Iftar together and mencari barang hantaran.
As expected, guys very la susah nak pilih barang. Nangis.:(
Mine stuff sekelip mata je dapat. HAHA. Part dia sampai sudah tak siap lagi. HAHA. 


Iftar. Late at Vivo. Satisfied? Yes, for togetherness but not with the service and food. But, Alhamdulillah.


I bought this cakes just for him and his requested. Nak vanilla la. Nak raspberry la. Walnuts la. Semua dari dia. Thanks K.beattey!





From Melaka heading to Muar. Next day, still looking for the stuff and choice of colour. Together with his mom. Hik hik. Penat sangat weyh. Ramai gila orang but alhamdulillah experience.



Muke senyum-senyum sebelum kereta mak and adik naik. Them we all have Iftar at Batu Pahat, seafood. The surprises is his mom treat us. Ala mak ni!! #Eh. Mak? Yes. Kene panggil.  lalala ~


InsyaAllah semuanya berjalan dgn lancar.
Thanks dear for sending me back to KL eventhough we take 8 hour from Muar to KL which very long than ordinary journey. Hihi. 
I miss you soo much.




p/s: Tgh buat entry ni. Si-dia tengah sambung shopping kat Jusco Melaka. 
Called him up saying " Ala, sayang xde. b tatau nk pilih ke tak"


I love u b!

Sunday, August 5, 2012

Iftar at Bora Asmara


14 Ramadhan 1433H
Friday
Actually, this time Iftar was plan but unfortunately we unable to get support from the team unit. Everyone has their own plan, kids, husband, wife and etc. So,redha je la kan.
Bora Asmara
RM50 nett
4 pax
Food: Super duper delicious
Very worth it!! like seriously. Tempat yang sangat cantik and classy lagi-lagi bila malam.
As the place is in Kg.Sg. Penchala, amik peluang order cake with Mrs. Beattey Buang. Rainbow kek filled raspberry and walnuts memang terbaik!



Bora Asmara
Kg.Sg.Penchala


Kek in Advance.
Rainbow Cake filled raspberry with walnuts.


Yummy 


Just arrived


Makan-makan.
Kambing golek


Makan-makan.


The place.
Syukur alhamdulillah walaupun tak ramai yang join. Everyone ada reason masing-masing kan? So, leave it  to themselves.


p/s: Dah brape ramadhan eh?



Friday, August 3, 2012

Iftar with Family

My 1st week of Ramadhan
Very last minute planning.
All i can say, it was awesome!
M-suites
2 day 1 night.
Actually, celebrating Asyraaf 1 year on 23rd July.
( ok, sebenarnye lambat update)


Apartment 3 bilik.
Best. Luas. 
Paling puas hati is Asyraaf sebab lapang, die berkuasa ke mana-mana saja. :)


Ada dapur.Sangat convenient.


Asyraaf in the bath tub. All time faveret. :)


Masa sahur. 4.30 pagi.
Makanan dia.. Hurm ok la. but not so much choices. Sapa la nak melantak pepagi buta kan? :)


Asyraaf pun bangun.
Kene duduk dalam stroller sambil mengacau semua makan.
Sebab die segar semacam. HAHA

Asyraaf dah 1 tahun.

be a good boy sayang!



p/s: ohsem.