Thursday, May 14, 2009

aku bukan hati batu. ini cuma bebelan separuh panjang.

sekeras keras hati seseorang tu mesti ade terselit sedikit kelembutan dalam hati seseorang itu. kenyataan ini terlalu umum, tak kisah lelaki atau perempuan. tap, kebanyakkan kenyataan ini lebih kepada kaum adam. jika ia berlaku kpd kaum hawa, ia terlalu sedikit jumlahnya kalau nk dibandingkan dengan lelaki sebab semulajadi kaum hawa mmg seorang yang berhati lembut. hal-hal keras hati ini mungkin berlaku pd aku. jika di awal mereka memahami aku seorang yang keras hati, pemarah atau bahasa yang mereka fahami ialah emo, tetapi sebenarnya aku bukanlah seperti yang mereka sangkakan. aku cuma lain. tidak yang mereka sangka. serius.

perangai yang lama, aku cuba nk tinggalkan. aku nk tinggalkan yang buruk-buruk.segalanya aku mahukan serba baru. bukan perlu shopping, tapi cuma perlukan keyakinan diri yang mendalam dan usaha yang tak putus-putus. aku rasakan perubahan aku dari dulu sehingga sekarang. aku dapat rasakan sendiri. bukan dr segi luaran atau penampilan, tapi dalaman dan mentaliti aku yang aku rasakan berubah. perasaan seorang wanita. menitiskan air mata tika meninggalkan rakan2 selama 4 tahun terlalu berat bg aku. susah rasanya nk menitiskan air mata walaupun setitik. perasaan sayang kepada mereka terlalu yang amat. aku bukan ego seperti yang disangkakan hanya kerana aku tidak show off the real aku sendiri. aku bukan hati batu yang mereka disangkakan. aku cuma manusia biasa yang sebak dan sedih dengan habisnya perjuangan 4 tahun dan melangkah ke alam yang baru yang tak dijangka dan aku hanya tidak mampu menonjolkan kesedihan itu.

kawan-kawan yang aku sayang. aku tinggalkan sampai di sini. kehidupan bersama. gaduh bersama. tidur sama-sama. tgk movie sama-sama. jogging dan senamrobik bersama. berusaha utk kurus bersama. mandi bukit air sama-sama. segalanya bersama hanya smpai di sini sahaja. terima kasih utk segalanya. menjadi kawan smpai ke akhir dan bertahan dgn ke'emo'an aku. bersabar dgn perangai aku yang penuh dengan api semata-mata. tima kasih utk segalanya. segala pertolongan dan bantuan, sgt aku hargai. terima kasih segala-galanya. sedih sgt tgk semua pergi meninggalkan perlis. mula dengan alida, syida dan mimi. perginya seorang demi seorang kawan-kawan aku. seterusnya, aku sendiri meninggalkan mereka. melambai dr dalam bas ke arah yanti, alin dan meen. makin lama makin hilang kelibat mereka bertiga. serius sedih.

dalam tak sedar. aku merenung jauh ke luar bas. termenung jauh. banyak yang aku pikirkan. tiba-tiba, terasa basah kat pipi. setitik demi setitik. terlalu banyak memori yang aku ingat bersama korang. kawan-kawan, korang memang HEBAT.
at the end. aku cuma seorang wanita.
aku menangis.

thanks for being the greatest friends ever!

notakaki: i'm a girl, ok?! i'm crying too. LOL

3 comments:

Kapten Luffy said...

lepas ni susah dah nak jumpa

ada yg lebih 10 thn br jumpa :)

Si_KuduS™ said...

cess.... komen laa skali name ak... buhsan dowh... hahhaa

мyΞ'™ said...

si kudus: komen skalio name ko?? bosan? dgn entri aku?? emm....x kesah la..huhuh... merepek je byk..