Friday, May 29, 2009

intebiu yang suwey. haish T_T

lame tak update blog. aku ketandusan idea. duduk rumah. makan. tido. mengemas. perlu ke cerita detail psl sume bende merepek tu? hurmm.

pagi tadi. selesai aku pergi interview. interview tu biasa je. kene ckp english. dalam bilik tu, ade sorg je yg jadi judge and ade 3 yg dtg interview. teh judge is a woman. sorg yg genit n kecil but sgt petah ckp. kagum oo dgn dia. semua candidate masuk sekali. ishk. sebenarnya, dlm otak aku. if letak sekali semua candidate dlm satu bilik, akan nampak compete antara candidate. yela, semua nak tunjuk hebat. aku bukan suke sgt keadaan mcmni. bukan apa, aku nk goreng bende2 mengarut kalau sorg dlm bilik interview tu baru best. HAHAH. blagak plak. tap, ape aku kesah. goreng je la ms interview. diorg bukan kenal aku pon. aku pelik. soalan aku je yang lain macam dan complicated. soalan 2 lagi tu, basic. apelah suwey sgt aku.aku ckp pun jadi gagap. pening pening. dahla aku lupa bwk IC. mmg suwey. nasib org tu percaye aku ni mmg org malaysia. final result pon aku tak dpt lagi. malang betul. kalau tak dpt result final, mmg tak dpt la aku. ishk. suwey suwey.
kisah sebelum interview. tgh excited gosok baju. ter'on iron maximum. maka, koyak la sikit. nasib baik kt area bahu. boleh cover dgn tudung. dalam on the way nk pegi tempat tu, boleh plak ayah silap masuk jalan. maka, kene pusing balik. haish. jauh. mase otw nk bjalan, kasut ayah tecabut. nasib baik ade tukang jahit kasut kt situ. stok2 tepi jalan. singgah jap, bpeluh2 aku. tgu kasut siap jahit. macam2 hal jadi. pelik.pelik.

wutever pon, interview aku ok. <-buat conclusion sendiri. hihihi.
notakaki: sedang bertungkus lumus menghantar resume bersepah-sepah. harap2 ada yg sangkut. amin~

Monday, May 18, 2009

ending or it just begin?

tajuk entri yang banyak spekulasi. konpius sama ada semua dah berakhir atau hanya baru nk bermula?
dah lama tak update blog. terlalu sakit hati dgn server internet di hostel yang EXTRAVAGANZA lembap buat aku mls nk on9. online di rumah bahagia sikit. pakai wireless. tgh berak pon boleh online. sangat bahagia, ok? cuba lah. HAHA . hari ni, baru saja lepak di rumah. semalam tengahari aku smpai rumah. tak pernah2 selama ni, sampai rumah tghari sbb mesti gerak dr perlis malam, smpai jb pagi2 buta. first time pecah rekod. ni semua kerja budak songkok tinggi. saja buat surprise hantar direct ke rumah. puas pikir ayat seswai goreng dgn parents ape alasan. last -last, semua settle. sampai2 rumah, call mak "mak, adik punye bas ni terus hantar depan rumah la.. " sgt cm bodo ttbe ckp cmtu. hurm, takpelah. semua da lepas. budak songkok tinggi, at least da penah dtg rumah. W00t!
ok, balik semua kpd tajuk.
ending or it just begin??
1. berakhirnya kehidupan aku sbg seorang pelajar emm, up sikit sbg mahasiswa. ya, aku da habis belajar. akhirnya, 4 tahun belajar dah berlalu. serius. pejam celik, tgk-tgk da habis. mcm tak percaye je. perangai mcm budak2 lagi. dressing tak mcm umo 23. tak pasal2 kene tanye dgn budak lain.. "dik, tahun 1 ke??" bodo sial. aku mcm tahun 1. boleh bayang la. life kat universiti. tak ade orang nk kontrol hidup aku. pakai ikut keselesaan. so, mcm budak tahun 1. SELEKEH. ya, betul! tapi, ape kesah. semua dah habis.
2. bermulanya kehidupan aku sebagai penganggur terhormat.banyak bende nk buat sebenarnya. kalau nk list, mmg tak larat. tapi, yang penting ialah KERJA. dapat duet sendiri, mmg best oo. tap, mak suruh smbung MASTER. aku bukan malas, tapi nanti lah. tak sampai seru. AMIK LESEN. tu yang penting. nk kerja tapi dalam column 'Possess own transport - NO'. rasa-rasa ade tak syarikat nk pandang resume aku? nk kerja, tapi takde lesen. mcm-mane nk travelling? KAHWIN. satu bende yang sgt tak terpikir nk buat. serius, aku tipu. perasaan tu mmg ada. tapi, terlalu awal. akak aku pun belum tunang pun. aku plak terhegeh-hegeh nk kahwin. langkah bendul. mampus nk kene carik serba satu 2 set. gila! mane nk carik duet?
aku punyalah sakan pikir macam-macam apa nk buat lepas habis belajar ni. padehal, org lain rileks je. ni semua sebab ayah ckp "habis belajar, putus duet. " huhu. rasa-rasa aku nk hidup cmne, takde duet? haish. sakit kepala. mak suruh part time jadi 'GURU sandaran'. astaga, GURU? aku tak nak kutuk apa-apa psl . baik aku diam. yang penting, aku tak nak jadi GURU. ok?
ada satu bende penting dari semua ni. sumpah aku tak teringat langsung. aku rasa aku kene pertimbangkan semua yang aku tulis kat atas tu sebab bende ni lah. bende ni lah, aku rasa masa depan aku jadi haru biru. ape nk buat?
aku kene pegi PLKN. celaka!

notakaki: banyak sgt option, tatau nk pilih mane satu. boleh x kalau duduk rumah, tapi duet masuk je. kan best? hurm :)

Thursday, May 14, 2009

aku bukan hati batu. ini cuma bebelan separuh panjang.

sekeras keras hati seseorang tu mesti ade terselit sedikit kelembutan dalam hati seseorang itu. kenyataan ini terlalu umum, tak kisah lelaki atau perempuan. tap, kebanyakkan kenyataan ini lebih kepada kaum adam. jika ia berlaku kpd kaum hawa, ia terlalu sedikit jumlahnya kalau nk dibandingkan dengan lelaki sebab semulajadi kaum hawa mmg seorang yang berhati lembut. hal-hal keras hati ini mungkin berlaku pd aku. jika di awal mereka memahami aku seorang yang keras hati, pemarah atau bahasa yang mereka fahami ialah emo, tetapi sebenarnya aku bukanlah seperti yang mereka sangkakan. aku cuma lain. tidak yang mereka sangka. serius.

perangai yang lama, aku cuba nk tinggalkan. aku nk tinggalkan yang buruk-buruk.segalanya aku mahukan serba baru. bukan perlu shopping, tapi cuma perlukan keyakinan diri yang mendalam dan usaha yang tak putus-putus. aku rasakan perubahan aku dari dulu sehingga sekarang. aku dapat rasakan sendiri. bukan dr segi luaran atau penampilan, tapi dalaman dan mentaliti aku yang aku rasakan berubah. perasaan seorang wanita. menitiskan air mata tika meninggalkan rakan2 selama 4 tahun terlalu berat bg aku. susah rasanya nk menitiskan air mata walaupun setitik. perasaan sayang kepada mereka terlalu yang amat. aku bukan ego seperti yang disangkakan hanya kerana aku tidak show off the real aku sendiri. aku bukan hati batu yang mereka disangkakan. aku cuma manusia biasa yang sebak dan sedih dengan habisnya perjuangan 4 tahun dan melangkah ke alam yang baru yang tak dijangka dan aku hanya tidak mampu menonjolkan kesedihan itu.

kawan-kawan yang aku sayang. aku tinggalkan sampai di sini. kehidupan bersama. gaduh bersama. tidur sama-sama. tgk movie sama-sama. jogging dan senamrobik bersama. berusaha utk kurus bersama. mandi bukit air sama-sama. segalanya bersama hanya smpai di sini sahaja. terima kasih utk segalanya. menjadi kawan smpai ke akhir dan bertahan dgn ke'emo'an aku. bersabar dgn perangai aku yang penuh dengan api semata-mata. tima kasih utk segalanya. segala pertolongan dan bantuan, sgt aku hargai. terima kasih segala-galanya. sedih sgt tgk semua pergi meninggalkan perlis. mula dengan alida, syida dan mimi. perginya seorang demi seorang kawan-kawan aku. seterusnya, aku sendiri meninggalkan mereka. melambai dr dalam bas ke arah yanti, alin dan meen. makin lama makin hilang kelibat mereka bertiga. serius sedih.

dalam tak sedar. aku merenung jauh ke luar bas. termenung jauh. banyak yang aku pikirkan. tiba-tiba, terasa basah kat pipi. setitik demi setitik. terlalu banyak memori yang aku ingat bersama korang. kawan-kawan, korang memang HEBAT.
at the end. aku cuma seorang wanita.
aku menangis.

thanks for being the greatest friends ever!

notakaki: i'm a girl, ok?! i'm crying too. LOL

Sunday, May 3, 2009

nama aku mai, bukan ana. ok?

khusyuk menelaah pelajaran utk subjek yang terakhir di semester yg terakhir.

esok exam yang terakhir jam 9.00 pagi.

tiba-tiba,

one message received

9.30 p.m

"nak pic ana jugak. nak jugak.nak jugak..urrmmmh"

aku maizura. kawan-kawan panggil mai. ana? tak de dlm suku kata nama aku langsung.
siapa ana??

feel nk study trus mati. nota-nota yang susah payah dibuat beberapa hari sebelum exam aku letak tepi. aku pandang ke luar blok. mengeluh. termenung. berusaha utk tidak memikirkan tentang bende remeh tu tap, aku kalah.
aku kalah dgn mesej yg remeh tu. kalah dgn bermacam-macam cara. aku pasrah.menangis.emo.
tapi, ke-egoan lelaki. aku menang.
yes! biar aku je yang tau, ape yang aku menang dgn dia.
bukan aku nak sgt kemenangan tu. aku tak raikan dgn apa2 pun. cuma kejujuran dia yang aku nak. itu je. jujur tu kan penting dalam hubungan. kan? kan? malas nk merepek bende jiwang-jiwang ni. haish. siapa ana tu. aku bukan kesah. mmg aku jeles. itu hakikat seorang wanita. tap, dia bukan ada hubungan yang sah dgn aku lagi. siapa aku nk kongkong hidup dia.
yang penting , pandai berkapel pandai la tangung risiko. ye tak?



notakaki : berkapel bukan utk keseronokan atau main-main. bukan utk harta-benda. tap, untuk apa? sendiri mau pikir lah! sebab tu la aku jeles.

jawa babies

ezani nur najwa a.k.a wawa


ezani nur najihah a.k.a jaja


baby ni bukan org jawa pun. tak de kaitan langsung dalam hidup budak kecik 8 bulan ni. nama 'jawa babies' terhasil sebab combination jaja and wawa equals to jawa. the easiest way to call both of them. hehehe. ckp kembar, so name pun kene combined la. ye tak ye?

notakaki : saya rindu bau mereka berdua. bau 'baby' memang best. hihihi