dulu-dulu, zaman hingus thn pertama mmg lawak. first day pegi kelas pakai baju kurung siap dgn kasut bertutup. kalau yg lelaki, siap kemeja dan tali leher.. teringat senior yg nampak, mesti gelak besar. sgtlah skema dulu. setiap kali aktiviti, mesti pegi tanpa byk tanya. takut kne marah..aku tak tipu. sebab dulu aku kene duduk hostel dgn student tahun 4. mmg kene ikut kate la. mase ni, perangai sekolah sebagai seorang 'rebeler' mmg tak terlintas langsung dlm pale otak.sungguh! byk cite aku tahun satu.pegi mati la nk cite kat kau. bukan kau nk hargai pon ape aku cite. kan? ah, lantak lah.yang penting isu yg kne ingat mase ni ialah 'friendship'. kau paham x friendship? kapal kawan. biasenye kedengaran setiap tahun pade 5 Ogos. 'happy friendship day'!. tap,itu bukan isu yg aku nk bicarakan sama kau! (uih,bicara?)..
begini,aku mahu cerita kronologi kisah org yang aku berkawan. tap, sebelum itu. aku harap tiada siapa yg terasa hati sebab kisah ini sgt dah old-skool. Mcm org byk ckp 'let by gone, be by gone'. ok? maka, aku mintak maaf dr hujung rambut smpai hujung kaki. maaf ya.
- kawan sejati.mcm org dulu2 ckp.susah bersama senang pon bersama.biasa la, baru2 je kenal.setahun dua mmg kamceng.awal2 ni baru nk kenal perangai kawan2 sekeliling.ade yang emo, ade yg sensitip, ade je yang suke buat hal sndri, ade yg jad pak lawak (alida..), ade yg macam ketua, ade perangai mcm 'drama queen'. kesimpulannya, mcm2 la. aku tak larat nk cerita, kwn satu kos ade dlm lebih kurang 120 org. pegi mati la aku nk cite semua.
- kawan makan kawan.ha, ni tipikal statement yg bila kau dah kawan dgn org tu.konon2 ko da kamceng abes dgn die, kau pijak kepale die..kau suke2 hati kontrol life kawan kau. bila sorg anggap 'bestfriend', sorg lagi hanya anggap 'sahabat'. kan da ade konflik antara 2 org tu. susahkan? KMK.ringkasan bg kawan makan kawan. aku tak tau aku penah kene ke tak dulu. kadang2 aku tak sedar ape org buat kt aku.yeke? ok, fine.kalau ade org yg tolong sedarkan tu, itu bukan org yg baik menolong. bukan! anda silap konsep. mereka ialah org yg 'busybody' atau penyibuk tepi kain org, ok? atau org ckp mcm 'firestone' atau batu api. aku tak nk ckp lebih2, aku tak nk kisah dulu jadi lagi.senanglah aku pesan siap2, kalau ade org mcm ni yg cuba hasut kau, sila buat bodo! tolong la. ok?
- eh, kau kawan aku ke? bila kau da hebat atau terer. kau akan tengok, dlm satu geng tu dari ahli 6 org tibe2 jadi 4 org. 2 org lagi kne buang geng.(mcm celaka,ok?) aku tak penah kne walaupun aku ni sedikit bodo dan kwn2 aku selalu dapat result yg sgt hebat.tap, diorg tak penah pinggirkan aku.thnx eh! begini, dalam peringkat ni kau akan lihat mcm ahli geng ni akan berubah wajah. contohnya, si satu dulu geng A skang sudah berada di geng B.. tap, aku jamin kejadian mcm ni selalu jadi pd golongan XX. aku tak tipu.
- kawan main mesin tikam. 'backstabber' tu bila omputih panggil la. kawan kau dah jadi org yg terkenal dan terhebat dalam satu komuniti tu, ade je yg kau tak puas hati. lepas tu, mula adegan tikam belakang ni. depan mcm puteri syurga. belakang mcm puteri jahanam. padehal kau dua orang mmg baik mcm belangkas walaupun kau dua org tu sejenis. aku bukannya apa, bila perangai aku ni yang jenis emo bila tak puas hati. ade je yg tak tahan dgn perangai aku. kadang-kadang aku boleh bertukar jadi spesies mcm ni. aku tak tipu. aku mengaku.ok.
aku rasa kronologi ni sgt huru hara. aku mengikut tajuk yang buat sendiri.kronologi huru hara.ok.kau jgn pertikaikan apa-apa.aku terajang kang. (gimik je..eh, tap aku buat gak kalau kau kacau mood aku.aku tak tipu.) kronologi yg aku buat ni berdasarkan aku yg aku rasa dan aku perhatikan sekeliling aku. tap, kronologi tu boleh berubah2. ade yang mula2 dari main mesin tikam pastu jadi kwn sejati. aku tak nk kau percaya bulat2 dgn kronologi tu. kau org kan dah hidup lebih dr 20 tahun. kau kan byk kawan. kau mesti jumpa kwn yg mcm2 spesies. tak ada org dlm dunia ni yg sempurna. percayalah. aku tak tipu.kalau kau sempurna, kau bukan manusia.
mye :)
1 comment:
aku kwn ko yg mcm mana mye? ;D
zlhlm.blogspot.com
Post a Comment