Tuesday, December 1, 2009

Tribute triplet condolence T_T



Tribute

Al-Fatihah

Noorhayatee Samsudin

Muhammad Nor Azhar
Abdul Salam

mereka tiada ikatan langsung.tapi, cuma saudara se-Islam.mereka muda lagi.tak sempat menyelami segala nikmat di dunia ini. tapi, Allah lebih menyayangi mereka.Mereka, umat Islam yang telah dipilih oleh Tuhan untuk menghadapnya. Pergi ke alam yang hanya mereka sahaja yang tahu dan Allah Maha Besar yang lagi mengetahui segala yang akan terjadi selepas kematian kita.

Kali ni, betul-betul speechless. bila dapat news, aku termenung jauh. tunduk ke muka bumi. terfikir yang hidup kita ni tak lama. bila-bila je nyawa kita ni ditarik oleh malaikat maut. Nikmat kat dunia suma di tarik. Harta benda, orang yang kita sayang dan segala nikmat duniawi semua hilang sekelip mata. Yang membantu kita cuma amalan-amalan kita.

Cukupkah solat ku? cukupkah amalanku? cukupkah segala keberkatan dari Tuhan dan ibu bapaku? berfikir sejenak. kadang-kadang kita pandang remeh psl bende2 cmni. terlalu mengejar kebendaan. 'cool'. kemewahan dan kemasyhuran. Semua tu tak akan menolong kita langsung bila saat nyawa kita dicabut oleh malaikat maut. Hanya amalan kita, anggota badan kita dan hidupan di dunia ini yang akan berkata-kata sebagai saksi kita selepas kita mati.

hamba Allah yang berkaitan dgn ku semua pergi meninggalkan ku sekelip mata.tanpa tanda atau petunjuk.mereka pergi begitu saja. terkejut.terkedu.dah tak tau nak cakap apa dgn perasaan yang terlalu sedih. Yatee, kawan baikku di sekolah rendah. ke mana saja berdua. ingat lagi, tebalkan muka pegi kutip derma untuk ape tah dekat area taman kat rumah aku. pegi dua org je.ketuk semua pintu rumah, mintak derma. malu tapi macam best bila tgk hasil banyak. Argh! memori lame buat aku sedih! ktorg pegi tusyen english pon bersama. sampai darjah 6 masih sama, bersaing nak dptkan result UPSR yang hebat. kami berjaya. tiba di skolah menengah, arwah ke skolah sains dan aku skolah di JB. Arwah bertukar skolah di Kota Tinggi masa Form 4. Saat itu, dia menjadi anak murid ibuku di skolah di sana. Putus hubungan saat itu, tapi still contact guna friendster. Masa lepas SPM, setiap hari telefon die pakai public. Masa tu, aku kt Matriks dan die di Uitm. Lepas saat tu, kami mmg lost contact. serious. cari dia. puas call n msg guna fon lame. tapi, hampa. sekian lama, tahun 2005 sampai sekarang. 30/11/2009, berita yang menyedihkan. akhirnya, dapat juga berita dr die yang sudah menjadi arwah. dia terlibat dgn kemalangan antara kancil dan myvi yang hanya meragut nyawa dia dan yang lain masih di ICU dan cedera ringan. terkilan sgt. dah lama tak dgr cerita, last-last dgr die dah takde. terkilan sgt.speechless.

insan terpilih.mohd nor azhar.arwah merupakan fasilitator ku masa aku baru masuk universiti kat perlis. mase tu, die paling baik and best kalao compare dgn fasi lain, sume stok2 senioriti n garang. HOHO walaupon die kecik, tapi die superb lincah. bila bab poco-poco, mmg best. kalao msg, mesti at the end of the msg tulis ~AYANBAIK~. itu trademark die. ayanbaik. 29/9/2009. dia pulang ke rahmatullah. terlibat dgn kemalangan.berseorangan ke kerja, akhirnya pulang dgn hanya sekujur tubuh yang tak benyawa. Innalillah. aku speechless.

sepupuku yang ku rapat.Abdul Salam. dari kecik kami suke bergaduh. walaupon aku lagi tua 5 tahun dr die, tapi yang slalu nangis adalah aku. mmg dr kecik, die kebal. gagah. kalao bantai mane, die tak melalak. cuma bahan yang aku slalu buat die nangis, sbb he's adopted. dlu2 mase kecik, aku kejam. haih.bila da besar, and he already know about it. die jadi pendiam siket. cuma, aku je yang menyakat dia. sbb die hensem pastu gagah. HAHAH. serious, die rajin. he's into breakdance and body builder. sbb body die superb hot.haih. terkilan. last jumpa dia, mase my sister engagement. sedih sgt. 28/8/2009, berita yang mengejutkan.terlibat dlm kemalangan yang disebabkan salah pemandu lori tu. jahanam betul. geram. pemandu lori yang durjana. sepupuku pulang ke rahmatullah lepas beberapa jam di ICU. terkilan.sedih sgt.

kita tak akan tahu bila nyawa kita akan ditarik.tak boleh nk estimate pon.melainkan insan yang beriman, akan diberi petanda dan petunjuk. haih.manusia bila da tahu sakit, baru la nk insaf. kita kene beringat.kita ni hidup sementara. menumpang je atas muka bumi ni. adekah kamu punya solat.amalan baik.sedekah.rukun islam. perkara wajib. cukup untuk hari mendatang? fikirlah. kita kene beringat selagi kita hidup dan bernafas di muka bumi yang nyata. ajal maut di tangan Tuhan. insaflah.

.dear Yatee.Ayan.Salam.
You'll be miss and remembered forever in our heart and soul. Semoga roh kalian dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan hamba-Nya yang beriman dan soleh. Amin~


“Setiap yang bernyawa itu pasti akan mengalami kematian.”
(QS. Ali ‘Imran: 185)






1 comment:

miza rahman said...

urm..
aku pon speechless, masih lagi tergamam..last wed, mak sedara angkat aku dipanggilNYA.Aku sendiri jenguk ke dlm liang lahad, tgok tanah2 tu menutup jenazah.Insaf.seriously..aku takut gile saat tuh, membayangkan setiap yg bernyawa pasti mati.oh, menitis air mata bila teringatkan amalan yg cuma sejemput.huhuhu.