Petanda
wahyde ada tego " orang tu lately ni status die asyik sedih je"
me : *senyum je*
senyum tu membawa seribu makna.memang benar.minggu lalu minggu yang sedih bagiku.memang benar. aku diselubungi dengan kesedihan walaupun tiada apa yang terjadi, tapi dalam hati ini seperti tidak sedap.susah hati. tapi, aku pendamkan saja. ku gagahkan diri untuk senyum demi menyembunyikan segala yang tersirat dalam hati ini.tidak ku percaya dengan khurafat dan segala petanda menggunakan mitos-mitos tradisional, tapi aku percaya dengan ketentuan Tuhan. barangkali itu semua petanda. Barangkali.
bermulanya hari isnin lalu.aku jatuh sakit.batuk ku makin kronik dan aku tidak mampu utk telan makanan malah telan air liur juga aku lemah.ku gagahi ke klinik dan doktor memarahiku kerna sakit ku, tonsil ku makin kritikal. pembedahan yang disarankan. tonsil yang mulanya utk menapis kuman dan menjadi pelindung diri, tapi akhirnya menjadi punca dan memakan diri sendiri.aku pasrah. pembedahan? Nantilah dulu.
Jam dua pagi esok harinya. Aku tersentap dari tidur. Makcik ku jatuh dari katil tingkat dua. Ku terus kejut dia supaya die tidak terus pengsan. Ak buntu lalu ak kejut anak bongsunya. Ak dan dia angkat. Ya Allah. Banyaknya darah. Ku lihat darah mengalir laju dri belakang kepalanya. Kami terus menjerit. Pantas mengejut menantunya. Lalu aku menyuruh mereka membawa ke hospital dan biarkan aku menjaga anak-anaknya. Pilihan ku dilihat senang tapi mencabar mental. Si kecil dua bulan seperti memahami, kurang karenahnya. Hanya mahu susu beberapa kali. Aku masih lagi membatu didalam bilik mereka, seriau utk balik ke bilikku yg penuh darah. Bila si kecil tidur, aku gagahi juga. Membasuh dan terus membasuh. Aduh. Masih lagi berdarah. AKu hampir loya pening dan muntah-muntah. Sampai ke pagi, petang aku basuh. Aku buntu, lalu aku gunting karpet dan terus buang. Tak mampu lagi melihat darah yang banyak itu. Aku tak mampu nk tidur dengan nyenyak. seperti ada sesuatu berlaku. ya Allah.
Jam 2.15 pagi seterusnya. Aku terkejut.
"Syg, abh B dah tak ada. Meninggal 2.15 pagi tadi."
aku terkedu. Pagi itu aku seperti tidak senang hati. aku terus bersiap dan ke tempat kerja. tapi, ak seperti tidak ada di sana. Pemikiran ku hanya teringat dia. Aku sampaikan berita itu kpd semua kawan2 yang mengenalinya. Seorang hamba Allah. Seperti abangku sendiri.Mengajak utk ke Muar melawat dia. Aku terima. Ak gerak dari KL dan sampai jam 3.30ptg. Ak lihat dia keletihan. ak mengambil cuti. Alasan saudara meninggal. Ya, saudara. Saudara Se-ISlam.aku berehat di sana. Jam 7 ptg aku pulang. Singgah melawat Affa di Muar, dia bekerja di sana. Ya Allah. sepanjang perjalanan. hanya ingat Syg sy saja. Aku ucap terima kasih kpd abangku. Banyak berkorban demi aku. ya Allah..murahkanlah rezekinya.
Harini. Hari ke 4. Aku baru boleh bekerja dengan tenang. Aku harap. AKu pasrah dan redha dengan apa yang berlaku. Itu semua kerja Tuhan. Dugaan dalam bentuk ini yang diberi.Aku terima dengan hati yang terbuka.
ya Allah. kuatkanlah imanku. tabahkan lah aku dengan segala dugaanmu. Lindungilah aku dan umatmu dari segala bala bencana buruk, godaan syaitan ketika aku masih celik dan tatkala aku sedang tidur. Amin ya Rabbal'Alamin.
p/s: My aunt received 6 stitches and his father is died peacefully in sleep.
No comments:
Post a Comment