Wednesday, June 16, 2010

macam drama melayu. malu!

kenang budi ke tak?


selalu tgk drama melayu. kisah-kisah, keluarga yang bermasalah. berebut harta la. ikot bini, ikot laki. macam-macam. selalu fikir, bende mcm tu berlaku realiti ke tak? entahlah. itu dulu punya pemikiran. sekarang, hal-hal macam tu berlaku depan mata. tak paham betol harap je da besar, cakap mcm YB. Tapi, habuk pon takde. tak mengenang lgsung usaha manusia sekeliling yang mahukan hubungan kekeluargaan ini still kukuh. tapi, manusia itu. menjual ikan di pasar. selfish!. Tsk. sejak arwah nenek takde, sejak itulah semua berlaku.drama melayu rancak! kalau buat drama betol-betol mesti menang anugerah! kisah si anak yang tak mahu balik rumah, alasan tiada harta di wariskan. Haih. manusia dgn kebendaan! tatau la apa nk jadi.kisah bila kahwin dgn bini lagi tua, mase itulah si laki seperti lembu dicucuk hidung. malu! kesian pd si laki itu lah, pakcik yang jadi mangsa keadaan! kesian! Tsk. malu!


bukan memalukan, tapi sekadar meluahkan perasaan yang terbuku sbg cucu dan anak sedara saja. ada juga yg setaraf sepupu punye pemikiran macam ni. sibuk ikut bini, anak liar mcm nk kene sepak terajang. Sabar..sabar...walhal dalam rumah kampung, boleh membincangkan betapa remehnye keluarga ini pd pandangan dia. Malu! depan baik, belakang macam smpah!. luahan hati yang kalau ikut real nk luah ni mau bergegar rumah kampung tu. nasib masa kejadian, diri ni senyap aje.


manusia skang jgn terpengaruh dgn luaran,kopiah la..songkok la. tapi, hati..busuk!


p/s: kisah benar. Tsk

No comments: