Friday, September 4, 2009

makin hari makin benci


(hanya gambar semata-mata)



(hanya gambar semata-mata)

dulu setiap kali di atas jalan raya, melihatkan kenderaan yg besar mcm ni tak ade perasaan langsung. macam tak amik kisah ape yang pemandu nk buat. walhal, dalam berita dan suratkhabar dah penuh cerita dgn pemandu lori yang bawa laju dan merbahaya hingga melibatkan kemalangan jiwa dan kematian. semua hal-hal ni dulu, aku takat amik lepas mata je. atas alasan, tiada kaitan dalam hidup aku. tap, itu semua dulu. sekarang, bila dalam kereta aku mesti berperasaan emo dan dendam melihat lori yang ada. tak kira lori pasir, lori trailer atau segala macam jenis lori. aku jadi EMO.

kenape ek?

arwah sepupu kesayangan aku. pergi meninggalkan dunia ini sebabkan kenderaan atau menatang besar tu. arwah dalam perjalanan menuntut ilmu di melaka. tanpa semena-mena, lori durjana buat pusingan U lantas melibas arwah yang menaiki motosikal. kejadian berlaku sekelip mata. sehingga kini, aku masih tak boleh menerima kehilangan dia. walaupun luaran, aku mcm 'ok' tap hati ni menahan sebak setiap kali teringat dia. kemalangan itu bukan sampai situ je, walaupun berlaku bulan puasa di mana sepatutnya umat melakukan kebaikan tetapi pemandu lori yg durjana ini tiada muhasabah diri langsung. dek melepaskan diri takut di kenakan tindakan dan takut, pemandu lori mengalihkan kedudukan motosikal arwah seolah-olah kemalangan tu seperti arwah yang terbabas melanggar lori tu. Nasib rakan-rakan yang ada disekeliling mengambil gmbar pemandu lori yg sgt bodoh itu. Ya ALLAH, perasaan marah yg tersemat dalam hati hanya Tuhan yang tahu. itu baru aku sbg sepupu, bayangkan perasaan keluarganya. bila anak kesayangan diperlakukan begitu. bayangkan lah!

dulu hanya memandang tanpa perasaan kpd lori-lori begini, tapi sekarang. makin hari makin benci. tak sangka apa yang digembar-gemburkan dalam suratkhabar dan mulut manusia sekalian adalah realiti yang berlaku di atas dunia ni. Astagfirullahal'azim.

geram kan.

1 comment:

Rantong said...

patut kena pergi kursus kesopanan jln raya utk pemandu2 lori.
_______________________
View Profile: Rantong™