Friday, July 24, 2009

the best thing


orange.biru.purple.hijau. kaler bangunan tempat aku training skang. rase mcm kindergarden. padehal tu warna rasmi IRDA. iskandar regional developement authorities. the real thing is now we are not kids. we are train to be CEO. wah wah.tinggi harapan betul. takde ape nk bising pon sebenarnye. waktu nk berblog pon da terhad. ptg2 begini sepatutnya lagi nikmat kalau tido. tap, sebab ade komitmen lain. kene la korbankan masa. waktu tido semakin hari, semakin kurang. kalau awal2 dulu, 8 jam. makin lama tinggal 3 jam je. masuk kelas pagi, sekor2 jadi zombie. hoho. sekarang, dah hampir sebulan tinggal di so-called apartment. dah 4 modul yang dah settle. best! GEMS Programme Batch 09 best!
professional grooming.problem solving.time management.project coordination. semua 4 modul settle dgn jayanya. hahahaha. ye la tu! padehal setiap kali kelas, the word 'GOSH.BOSAN!' selalu sgt dgr. entahlah. tap, dlm kemalasan pon semua tu kene concentrate and learn. sebab kalau kira-kira semua modul macam tu bukan free. mahal plak tu. so, kat sini ..bende free, kene guna semua dengan efektif! hahaha. makan free. air cond free. semua free.. makan tanggung, berak cangkung, best kan? rugi oo tak join!
kelas DUA. opps. tiada istilah kelas di sini atau kumpulan. semua kat sini panggil office, company. even ketua we called as CEO! hebat! rasa diri tu sgt2 besar. at least merasa gak la title CEO! aku ke CEO? tu semestinya tak!! mane layak. hidup dlm company, hanya sbg personal assistant yang sexy! ahah..ok, tu tak logik. tap, realiti. aku as PA saje. bukannye PA betul2. CEO aku pon dah ade bini.. tak kan nk kacau kot? please. sorry! aku setia pd yg satu ok? HAHAHAHAHA :D "oh, budak hensem company __ " hiiiiiii.opppss :P
kawan gila satu kepala. mereka gila, maka aku pon gila. hahaha. memang best bila join dgn member yang satu kepala. dulu kehidupan dengan manusia yang background engineering. skang, linguistik psikologi. finance. sains aktuari. risk management. aquaculture. macam2. economic finance. banyak sgt la course yg aku tak pernah dgr. tap, seriously. best gila! *ingat nk upload gambar, tap server sini slow tahap cipan.nanti la* kawan-kawan gila. bukan sengaja panggil gila. tapi, seriously. kawan-kawan yg ni je buat aku bersemangat kt sini. kenape ek? diorg best.best sgt2. actually ade kisah yg terjadi. nanti lah. life sgt complicated kalau dealing dgn manusia yg close minded dan stupid. buang mase ok, stop here. kang tak pasal2 aku EMO. hahaha. actually, banyak sgt bende nk cerita psl kt sini. but, overall best la eventhough baru je sebulan. tap, ade satu yang aku sgt2 happy with my own achievement.. HUHUHUH
the best achievement is aku dah tak EMO mcm dlu!! dah bleh control!! thats awesome! alhamdulilah~
notakaki: nk pegi dinner. mencari mcd yang momo belikan. :)

Sunday, July 19, 2009

2 tahun sudah


The 2nd anniversary of our love
It's the anniversary of the happiest day of my life.

Till death do us apart

Love you much

:)

Thursday, July 9, 2009

al-fatihah

al-fatihah tuju kepada arwah mak long ku yang telah kembali ke rahmatullah 7 julai 2009.



kadang-kadang apa yang berlaku di dunia ni semua tak terjangka. sekelip mata, nyawa kita hilang begitu shj. kita tak boleh nk predict bila kita nk pergi. hidup ni sementara. apa yang kita buat duniawi, ada batasnya. apa yang kita buat di dunia, ada balasannya. sama ada kita di atas, tinggi mana pangkatnya, banyak mana gajinya.. akhirnya, kita semua berada di tempat yang sama. tanah juga kita dikembalikan. kehilangan seorang lagi, adik beradik ayah selepas arwah pakcik meninggal beberapa tahun lepas. peritnya ayah melihat seorang demi seorang pergi meninggalkan dia. air mata ayah mmg susah nk dijangka. tap, bila menitis.. sehingga aku dan seluruh keluarga akan menangis melihat ayah.


berita kematian di pagi 7 julai, masa aku tgh buat english test. terdiam kejap dan aku mula menangis yang tentu pasal. seminggu sebelum tu, aku bru je melawat dia di hospital. walau perit, die tetap senyum melihat akak aku yg baru saje dirisik org a.k.a bakal pengantin la. sedih. memang sedih. mak long ku, mana saja majlis kenduri dia tetap ada. sebagai seorang kakak, die tetap penuhkan apa saja permintaan adik beradiknya. mak long ku. pernah diberi anugerah Tokoh Guru.. mak long ku dulu sebagai seorang guru besar sekolah agama. beliau pulang ke rahmatullah dengan wajah seorang ustazah..wajah yang penuh dengan cahaya yang menyejukkan hati dan keimanan.. entah. perasaan sedih tak dpt nk digambarkan. tap, yang pergi tetap direlakan. Tuhan lebih sayangkan dia.


hidup ni tak lama. dosa-dosa kecil yang kita rasa endah tak endah lama2 menjurus ke arah maksiat dan perbuatan dosa besar. sedangkan aku sebagai umat, banyak membuat kesalahan. aku tak sempurna. apa yang aku buat, aku cakap kadang-kadang tak mampu nk puaskan hati semua pihak. sebagai seorang manusia, umat islam.. aku sentiasa berfikir kembali apa yang dulu, sekarang dan akan datang. semuanya sebagai pengajaran dan petunjuk. kita hidup kena ada pegangan. jangan terlalu bongkak. walaupun, dengan harta yang bergunung-gunung.. semua tu tak di bawa ke liang lahad. hanya amalan dipersoalkan. sama-sama kita berfikir tentang hidup kita.


sempat berblog ni walaupun penat dengan kenduri tahlil.arwah selamat dikebumi lepas asar.menunggu adik bongsu dan anak-anak yang dtg dr jauh..hurrm..tiada apa yang dapat aku cakap lagi nak digambarkan kesedihan aku.serius.
al-fatihah
semoga rohmu dicucuri rahmat
Amin