Monday, February 18, 2013

Permulaan


Langkah ini yang rapuh
Tak berapa kukuh agaknya
Sudah dicuba untuk setia
Allahu akhbar

Disetiap pelosok ku mencari segala ilmiah
tapi kebanyakan semuanya di laman sosial
kerana
itu saja yang mudah bagiku
itu saja yang mampu bagiku

Langkah ini rapuh
seperti tidak setia kepadamu
apa yang aku telah lakukan?
ya Allah

ak tidak mahu ianya terlalu pantas
terlalu mendadak
sehinggakan aku tidak ikhlas melakukannya
aku tak mahu
aku mahu ikhlas kepadanya
biar ak selesa melakukan

aku mulakan dengan apa yang ada
penampilan
pakaian
yang kita perlu menutup aurat
MENUTUP
bukan membaluti aurat

allahuakhbar
sambil menyelak didalam almari
apa yang aku ada selama ini
ku asingkan yang tidak perlu
ak berikan kepada sesiapa yang mahu
percuma?
ya

sedikit-sedikit ku gagahkan diri
tak jauh mana
cuma kaki dan tangan
dari anggota badan yang ada
aku belek

Allahukhbar
ini kah yang terdedah 
inikan bahagian yang ak x pernah kisah
aku hadiahkan mereka dengan stokin kaki
stokin lengan
kekok?
awalnya

lama kelamaan ia seperti kewajipan.

seronok.
tak banyak yang ak mampu
tapi ak usaha untuk berdikit-dikit dahulu
yang mana aku boleh lakukan.

selepas segalanya
aku pandang ke cermin
melihat diri ini
melihat mulutku sendiri

yang dahulu lantang bersuara
bercakap apa saja
tanpa segan silu
tanpa fikirkan hati orang lain
aduh! 
MALU!

aku cuba
mencekalkan hati ini supaya tidak cepat melatah
tidak selalu marah
tidak selalu emo
yang aku mampu
diamkan saja
batukan diri saja
simpan saja dalam hati
agar Tuhan hapuskan semua itu
dan aku boleh lupa
tiada dendam
tiada apa yang ak dapat fikirkan

itu semua dugaan yang Tuhan beri kepadaku.
Allahukakhbar

ini semua permulaan
dari tadika,
aku lalai

ke sekolah rendah
aku bersuka ria

ke sekolah menengah
mengenal dunia

ke alam universiti
aku lagha

sehingga alam pekerjaan
waktu tahun ke-3

Allah petikkan didalam hati ini.
Terima Kasih Allah

Aku mengerti tidak banyak yang aku mampu, tapi aku sedang cuba mencari keredhaanmu...



p/s : :) Allah s.w.t



2 comments:

Si KuduS said...

Alhamdulillah.
Istiqamah di dalam menjadi hamba terbaik disisi-Nya.

InsyaAllah

мyΞ'™ said...

thanks Hadi..

aminn