Monday, February 18, 2013

Permulaan


Langkah ini yang rapuh
Tak berapa kukuh agaknya
Sudah dicuba untuk setia
Allahu akhbar

Disetiap pelosok ku mencari segala ilmiah
tapi kebanyakan semuanya di laman sosial
kerana
itu saja yang mudah bagiku
itu saja yang mampu bagiku

Langkah ini rapuh
seperti tidak setia kepadamu
apa yang aku telah lakukan?
ya Allah

ak tidak mahu ianya terlalu pantas
terlalu mendadak
sehinggakan aku tidak ikhlas melakukannya
aku tak mahu
aku mahu ikhlas kepadanya
biar ak selesa melakukan

aku mulakan dengan apa yang ada
penampilan
pakaian
yang kita perlu menutup aurat
MENUTUP
bukan membaluti aurat

allahuakhbar
sambil menyelak didalam almari
apa yang aku ada selama ini
ku asingkan yang tidak perlu
ak berikan kepada sesiapa yang mahu
percuma?
ya

sedikit-sedikit ku gagahkan diri
tak jauh mana
cuma kaki dan tangan
dari anggota badan yang ada
aku belek

Allahukhbar
ini kah yang terdedah 
inikan bahagian yang ak x pernah kisah
aku hadiahkan mereka dengan stokin kaki
stokin lengan
kekok?
awalnya

lama kelamaan ia seperti kewajipan.

seronok.
tak banyak yang ak mampu
tapi ak usaha untuk berdikit-dikit dahulu
yang mana aku boleh lakukan.

selepas segalanya
aku pandang ke cermin
melihat diri ini
melihat mulutku sendiri

yang dahulu lantang bersuara
bercakap apa saja
tanpa segan silu
tanpa fikirkan hati orang lain
aduh! 
MALU!

aku cuba
mencekalkan hati ini supaya tidak cepat melatah
tidak selalu marah
tidak selalu emo
yang aku mampu
diamkan saja
batukan diri saja
simpan saja dalam hati
agar Tuhan hapuskan semua itu
dan aku boleh lupa
tiada dendam
tiada apa yang ak dapat fikirkan

itu semua dugaan yang Tuhan beri kepadaku.
Allahukakhbar

ini semua permulaan
dari tadika,
aku lalai

ke sekolah rendah
aku bersuka ria

ke sekolah menengah
mengenal dunia

ke alam universiti
aku lagha

sehingga alam pekerjaan
waktu tahun ke-3

Allah petikkan didalam hati ini.
Terima Kasih Allah

Aku mengerti tidak banyak yang aku mampu, tapi aku sedang cuba mencari keredhaanmu...



p/s : :) Allah s.w.t



Wednesday, January 9, 2013

Twins Of Faith


Tiada penyesalan
Sekali sekala perlaburan ke arah yang lebih baik, In Shaa Allah akan diberkati oleh Allah s.w.t.

Twins of Faith.
Syukur that I've meet this people.
Thanks to sahabat, Che Nab, Aina, Syazni, Ejat for all this new experience for me.


Twins of Faith.
Family Festival.
For the Love of GOD

"As Ibn al-Qayyim ( rahimmullah) said ; " The heart, in its journey to Allah, Majestic is He, is like that of a bird; love is its head and hope and fear are its two wings. Everything that we do is based on having sound knowledge that we can act upon through our worship, our living, our dying and our sacrifice, purely for the sake of our CREATOR, ALLAH s.w.t.
"
Saya petik dari mr. Tawfique Chowdhury, Chairman MERCY Mission

In this festival, very Islamic environment. Seriously. Yang saya tak pernah nak rasa. Melihat kehulur kehilir dengan Jubah, purdah, Niqab dan Subhanallah sungguh cantik. Ya Allah. Tiba satu perasaan yang tenang, yang aman damai dan akhirnya saya mengalirkan air mata. Di sini, untuk pertama kalinya saya menyertai acara sebegini, bercampur dengan sahabat yang jarang saya nak rapat. Saya korban kan masa, sedikit wang untuk ke sini. WORTH it? YES! 


Dalam Festival ini, ada workshop, speakers yang from around the world, Artist Zone, Sister-only room, Mother's only room, Bazaars, educational fun and games, soulful nasheeds, poetry and much more. Susah nak cakap. You have to join it  and experience it. Seriously.Antara tajuk dibincangkan,  What is love? What can you give for the Love of God? A day in Paradise. For the Love of Allah alone. Banyak lagi tajuk. Itu baru di Main Programme. Workshop, ada Sunnah Diet. Gain the Love of God. What is Success. Festival ini ada Marriage Corner, tajuk yang dibincangkan Free, Single and Available, 4 Wedding and The MOther in Laws and My Big Fat Sunnah Wedding. Untuk counselling regarding marriage issue, match making pun ada dalam event ini. Menarik!

Banyak sangat tajuk yang menarik dan saya tak pasti nak ke mana. Alhamdulillah, sahabat ni da biasa ke acara sebegini maka diorang ada memberikan cadangan berkenaan tajuk dan speakers mana yang hebat dan mana yang sesuai untuk dengar. Saya tertarik dengan speakers Sh Daood Butt. He's a canadian. Blessful husband with a daughter ( if not mistaken) cara penyampaian ceramah yang bersahaja, penuh dengan hadith dan contoh yang bernas. Di samping, ada gelak tawa untuk menceriakan suasana. He's stay in KL, Malaysia. Syukran! BEST! 

Sis Raya Shokatfard, untuk tajuk Gain the Love of God. Beliau menceritakan apa yang dalam dunia ini, yang kita boleh mencari keredhaan Allah s.w.t. Kesucian minda, badan dan mental dengan syariah Islam perlu dicapai untuk mencapai cinta kepad Allah s.w.t.. ( Ini yang sahabat cerita kt saya, kalao x silap.) Ada juga kisah beliau sendiri, yang dilahirkan Islam pada awalnya tapi tidak mengamalkan kehidupan Islam.Semua agama dia belajar tapi menemu jalan buntu, akhirnya dia terasa ketenangan bila saat Al-Quran dibacakan. Akhirnya, dia kembali ke Islam. Sekarang, dia duduk di Langkawi, Malaysia...



Banyak sangat. Subhanallah. Saya tak tahu nak cerita macam mana seronok saya dua hari ini. Walaupun penat berulang dari Keramat ke Putrajaya. Fuh.Fuh. Saya doa yang semua ini demi keberkatan dan mencari keredhaan Alllah s.w.t. This is the best ever in my life! ENDING 2012 yang terbaik!!  Di samping , ceramah dan sebagainya, ada juga entertainment. Nasheed's. Muadz Dzulkefly, dari Kuala Lumpur. Laungan azan menyentuh ke dalam hati. Nangis! Omar Reagan, the 2nd Chris Tucker, convert Islam dan selesai menunaikan Hajj 2007. He's stand up comedian, a motivators and TERBAIK. Muslim Belal, spoken word, revert Islam 2002. His talent is on his poetry. Akan terkesima dengan poetry dia. Uncle Jawad! Very energetic! Segala apa yang dilakukan sangat bertenaga!! Subhanallah. Untungnya manusia ini. Tidak dilahirkan Islam, tapi masuk Islam umpama bayi yang baru lahir dan mereka bersungguh mendalami Islam dan pengetahuan lagi bagus dari kita yang dilahirkan Islam ini.Fuh, Terasa. But saya sangat bersyukur meet this ppl. Sharing their knowledge and experience. THANKFUL! 


 We SUPPORT PALESTIN!


2nd Day - Aina, Syazni and Me


Mr. Tawfique Chowdhury
Chairman MERCY


Sh. Abdurraheem Green.

 

Omar Reagan
Standup Comedian


2nd Day
Nabilah. Ejat. Aina. Syazni


1st Day
Between this two days, hanya Allah s.w.t yang tahu betapa seronoknya saya, hati saya, fizikal saya, mental saya yang dah lama mengidamkan perkara macam ini. Bahagianya Allah sahaja yang tahu.Memang tgk muka macam xde perasaan, tapi hanya Allah shj yang tahu apa dalam hati ini... Cuma nak pesan pada sahabat sekalian, lets do the Da'wah walau hanya dengan 1 perkataan In Shaa Allah ( Che nab punye wording) 

Semoga Berjumpa lagi TOF 2013.
In Shaa Allah


For Sharing.
Copy from Sh Daood Butt FB

"The lover loves that which his beloved loves, and hates what is hated by the beloved. He supports whomever is supported by his beloved and the enemy of the beloved is his enemy. The pleasure of the beloved is also his pleasure, and so too is their anger shared. What his beloved requires he also requires, he forbids what his beloved forbids, for they are, in all things, agreed."

Shaykh Muhammad Saeed Al-Qahtaani



 P/s: Fahami dan selamat beramal.

Salam 2013



Subhanallah.
Allahukhbar
Assalammualaikum semua

Selamat Tahun baru 2013.
Dah lambat 9 hari, tapi moga-moga sahabat sekalian berada dalam keadaan yang baik.


There's nothing much i cud say. Just want to share 1 lyric ; Nasyeed group. Hayati liriknya dari segi Islam. 

Aidil feat Hafiz Hamidun

Yang ku panggil kasih
Ku kenang selalu
Riuh atau sepi
Rinduku padamu

Dalam kesibukan
Dalam kelapangan
Tiada ku lekang
Ingatan yang suci

Tertumpu mendambakan
Disatukan denganmu

Di hari yang indah
Ku yakin berlaku
Kita bertemu di jambatan kasih
Setelah dipisah lama

Di hari yang indah
Tiada sedetik
Akan terlewat mahupun tercepat
Kutatap wajahmu duhai kekasihku

Garisan pemula
Jauh kutinggalkan
Semangat ku sama
Mencapai impian

Kau ku panggil kasih
Dulu dan selamanya
Tidakkan berubah
Perasaan ini


"Dengan nama Allah. Dengan nama Allah. Dengan nama Allah.
Ak berlindung dengan kemuliaan dan kekuasaanMu daripada segala kejahatan yang aku alami dan takuti."

Amin.



# Salam Rabu. 

Nak berkongsi.

3  wasiat Nabi Muhammad s.a.w 
#Puasa 3 hari sebulan
#Solat Dhuha Dua rakaat
#Solat Witir Sebelum tidur.