Wednesday, March 21, 2012

bukan mudah


bukan mudah

kehidupan saya bukan mudah macam orang lain.
walaupun perjalanan pembelajaran saya mudah, bila sampai di tahap ni saya jadi tak mudah dan agak susah dengan cabaran.cabaran dari permainan duniawi dan syaitan durjana..

saya.

hanya hidup dengan hasil usaha hari-hari pergi kerja.korek tabung.korek ASB.mungkin dulu saya nakal.super duper nakal.yang tau perangai lama saya hanya Allah s.w.t.hari-hari saya menagih kasih ampun maaf dari-Nya. kalau nak cerita hal-hal lama, saya dah lama buang.saya sendiri janji saya tak akan ulang kisah lama.sebab sekarang segala apa yang berlaku saya cuma ada Allah s.w.t.


bila hati saya kosong, sy ingat yang SATU.

bila hati saya gundah gulana, sy ingat yg SATU.

bila tidur sy tak nyenyak, saya bangun menghadap yang SATU.

bila saya susah hati, saya ingat yang SATU.

hanya SATU yang mampu memberikan keajaiban utk saya.

insyaAllah saya tenang. saya cuba untuk focus dengan apa yang realiti sekarang.kerja. kerja.keluarga. mencari rezeki. terima kasih untuk awak sebab selalu suruh saya ingatkan Allah.belajar bersabar.belajar menghargai.belajar menerima.belajar segalanya. dulu.mulut ini kumat kamit dengan maki.sekarang, bila keluar sikit saya jadi serba salah.berdebar hati.menggeletar kerana salah.





ya Allah.
bukakanlah pintu hatiku.berikanlah aku kekuatan hati, iman, fizikal dan mental.ampunkanlah segala dosa-dosaku. Permudahkan urusan ku ya Allah. Lembutkan lah hati kedua ibu bapa ku.



Amin.




No comments: