Showing posts with label trust yourself. Show all posts
Showing posts with label trust yourself. Show all posts

Friday, January 23, 2015

apa yang terbuku dalam hati.


saya ada perasan.
Perasaan yang rasanya perlu simpan dalam hati.
Jauhhh dalam hati.
apa yang rasa dan apa yang dialami.
saya dah lama simpan.

bersediakah nak cerita?
entah.
biarkan Tuhan saja tahu.
mungkin ini cebisan dugaan saja.
tapi, inilah kehidupan.

*****

we've been in longdistancerelationship for almost 8yrs and longdistancemarried for 1yr and half.
memang banyak dugaan berliku-liku.

kawan?

tanak komen.
bila kita susah, harap la pd keluarga.
kawan.sedara atau seangkatan dengannya boleh gak tapi jangan depends sgt.
saya takde kawan?
TAKLAH.
saya ada kawan, tapi xnak susahkan diorang sgt plus kalao lagi dirayu kang nmpak mcm menagih kasih.
biarlah simpan dalam hati.
bila ckp psl keluarga.
aku duk dekat dgn family ke?
answer is NO!
i was in KL, Husband in Muar and Family in Kota Tinggi.
so, lone ranger.
faham-faham je lah.

kalao rasa sakit, jalan kaki ke klinik lebih kurang 1km.
kalao xlarat di pagi hari, telefon cab. no car no work no money.
kalao ada masalah, cerita dalam fon je la.
kalao ada masalah, simpan dalam hati.
kalao sakit, makan ubat tido.
kalao dah tak boleh tahan dgn masalah, 
hampar sejadah, hadap la kt Dia.
mengadu la puas-puas.


kewangan?

memang memanjang puasa. nak save duit.
kalao x puasa, makan catu.
kdg2 ada opismate yg bermurah hati. Makan berjemaah.
duit?
save duit balik kampung, setiap minggu.
simpan duit.
bayar apa yang wajib setiap bulan.
balik keje, naik train n naik bas.
hari-hari.
setiap ari jumaat, naik bas ulang alik KL-MUR.
jangan ingat weekends boleh spent masa, rehat2 di rumah.
its NO!

awal pagi, pergi pasar beli barang kedai.
jaga kedai.
kemas kedai.
pegi kebun sawit.
menyawit.
kemas kebun.
tanam nenas kt sekeliling rumah.
racun rumput.
basuh baju.sidai.lipat.masak2.
makan huru-hara.
kalao sempat makan, makanlah.
kalao x, x makan.
jamah roti2 kt kedai sampai la mual.
kdg2 solat mandi sume kt kdai.
jaga kedai sampai 12tgh malam.
modal pusing utk esok pagi beli barang pasar.
itu kehidupan.
jgn ingat kedai yg besar2.
ini cuma kedai yang diamanahkan oleh arwah FIL, abah.
meneruskan legasi Arwah Abah.


kdg2, rasa x perlu cerita kesusahan ini.
orang lain LDR, tapi keje masing2 oil& gas, keje offshore and gaji mashuk2.
kalao suami  jauh, isteri kt sini masih boleh mampu uruskan dgn kewangan yang ada dan lebih2.
kalao aku?

syukur apa ada skang.
gaji utk meneruskan kehidupan.
gaji backup suami.
sang suami menguruskan kehidupan disebelah sana.
uruskan Mak.Adik yg masih blajar di Poli. Urus Kedai & rumah.
memang xnak kacau segala, cuma nafkah setiap minggu yang sikit2 yg wajib itu saja.

its hard to tell what ive been face for all this years.
ada sorang kawan mempertikaikan setiap kali kalao sy gagal pegi mana2 gathering, pegi wedding.
sampai wedding saya, alasan si-dia cakap sbb saya tak pegi wedding orang.
haih.
perasaan tatau kecewa ke apa.
saya jadi malas nk layan.
saya jadi pikir.
baru sy tahu, siapa KAWAN siapa LAWAN.
susah nk puaskan hati orang ramai.
kita susah, orang tatau.
kita senang, semua datang dan tegur sapa.
susah nk jaga hati orang, hati sendiri pun merana-rana.
saya serik sejak kejadian majlis sy setahun lepas.
saya okay semuanya.
takde masalah.
saya redha.

saya dihimpit dgn majlis perkahwinan yg diurus sndri.
sendiri.
sebelah lelaki, pun urus sendiri memandangkan arwah abah dah takde.
semua serah pada kami berdua.
dihimpit dgn sakit yang tak ada siapa tahu.
im bleeding more than 2 weeks sepanjang majlis.
ini bahagian saya.
macam-macam jadi sepanjang itu, tapi saya syukurkan n redhakan semuanya.
tapi, si-dia boleh cakap macam-macam.
nak kecik ati?
entah.
si-dia lelaki.
nanti dia kawin, dia tahu lah apa itu tanggungjawab.
semoga Tuhan buka hati dan jalan yg lurus pd dia.


masa sakit, syukur sgt ada kawan-kawan yg datang melawat.
sedara mara dan semua-semua.
apa yg jadi ada hikmah.
been married on 26oct, proceed surgery on 18nov.
tak sampai sebulan dugaan Allah bagi.
dengan kekangan kewangan dan banyak faktor.
tapi pesan suami.

" sabar. rezeki masing-masing. ini dugaan kita. masa akan datang kita tatau. kita kene redha, 
layan, syukur dgn semua ini. jgn risau dan jgn banyak pikir sgt"

yg menjadi kekuatan masa tu, suami & family.
serius.
tak tipu.

Allah tak akan duga umatnya di luar kemampuannya.
Itu janji dia.




Semoga saya kuat meneruskan kehidupan.
demi Allah s.w.t, demi nyawa dalam kandungan ini.



ini lah NYAWA saya.
Panjangkan lah umur mereka dan permudahkan rezeki mereka.
AMIN.




p/s: :)



Tuesday, December 16, 2014

Wont' u stay with me?


Halo!
its been a while tak menjenguk blog.
its not much but its worth for myself and for the future.
kan?
nak tulis apa?
lots of things happen lately.
Nak cerita banyak bende.
tapi, layan dulu lagu ni la.
EH?



by Sam smith- Stay with me.


Guess it's true, I'm not good at a one-night stand
But I still need love 'cause I'm just a man
These nights never seem to go to plan
I don't want you to leave, will you hold my hand?

Oh, won't you stay with me?
'Cause you're all I need
This ain't love it's clear to see
But darling, stay with me


Why am I so emotional?
No it's not a good look, gain some self control
And deep down I know this never works
But you can lay with me so it doesn't hurt
Oh, won't you stay with me?
'Cause you're all I need
This ain't love it's clear to see
But darling, stay with me






#28wks #missinghusband #longdistancemarriage #staywithmesayang #tilldeathdousapart



Wednesday, January 9, 2013

Twins Of Faith


Tiada penyesalan
Sekali sekala perlaburan ke arah yang lebih baik, In Shaa Allah akan diberkati oleh Allah s.w.t.

Twins of Faith.
Syukur that I've meet this people.
Thanks to sahabat, Che Nab, Aina, Syazni, Ejat for all this new experience for me.


Twins of Faith.
Family Festival.
For the Love of GOD

"As Ibn al-Qayyim ( rahimmullah) said ; " The heart, in its journey to Allah, Majestic is He, is like that of a bird; love is its head and hope and fear are its two wings. Everything that we do is based on having sound knowledge that we can act upon through our worship, our living, our dying and our sacrifice, purely for the sake of our CREATOR, ALLAH s.w.t.
"
Saya petik dari mr. Tawfique Chowdhury, Chairman MERCY Mission

In this festival, very Islamic environment. Seriously. Yang saya tak pernah nak rasa. Melihat kehulur kehilir dengan Jubah, purdah, Niqab dan Subhanallah sungguh cantik. Ya Allah. Tiba satu perasaan yang tenang, yang aman damai dan akhirnya saya mengalirkan air mata. Di sini, untuk pertama kalinya saya menyertai acara sebegini, bercampur dengan sahabat yang jarang saya nak rapat. Saya korban kan masa, sedikit wang untuk ke sini. WORTH it? YES! 


Dalam Festival ini, ada workshop, speakers yang from around the world, Artist Zone, Sister-only room, Mother's only room, Bazaars, educational fun and games, soulful nasheeds, poetry and much more. Susah nak cakap. You have to join it  and experience it. Seriously.Antara tajuk dibincangkan,  What is love? What can you give for the Love of God? A day in Paradise. For the Love of Allah alone. Banyak lagi tajuk. Itu baru di Main Programme. Workshop, ada Sunnah Diet. Gain the Love of God. What is Success. Festival ini ada Marriage Corner, tajuk yang dibincangkan Free, Single and Available, 4 Wedding and The MOther in Laws and My Big Fat Sunnah Wedding. Untuk counselling regarding marriage issue, match making pun ada dalam event ini. Menarik!

Banyak sangat tajuk yang menarik dan saya tak pasti nak ke mana. Alhamdulillah, sahabat ni da biasa ke acara sebegini maka diorang ada memberikan cadangan berkenaan tajuk dan speakers mana yang hebat dan mana yang sesuai untuk dengar. Saya tertarik dengan speakers Sh Daood Butt. He's a canadian. Blessful husband with a daughter ( if not mistaken) cara penyampaian ceramah yang bersahaja, penuh dengan hadith dan contoh yang bernas. Di samping, ada gelak tawa untuk menceriakan suasana. He's stay in KL, Malaysia. Syukran! BEST! 

Sis Raya Shokatfard, untuk tajuk Gain the Love of God. Beliau menceritakan apa yang dalam dunia ini, yang kita boleh mencari keredhaan Allah s.w.t. Kesucian minda, badan dan mental dengan syariah Islam perlu dicapai untuk mencapai cinta kepad Allah s.w.t.. ( Ini yang sahabat cerita kt saya, kalao x silap.) Ada juga kisah beliau sendiri, yang dilahirkan Islam pada awalnya tapi tidak mengamalkan kehidupan Islam.Semua agama dia belajar tapi menemu jalan buntu, akhirnya dia terasa ketenangan bila saat Al-Quran dibacakan. Akhirnya, dia kembali ke Islam. Sekarang, dia duduk di Langkawi, Malaysia...



Banyak sangat. Subhanallah. Saya tak tahu nak cerita macam mana seronok saya dua hari ini. Walaupun penat berulang dari Keramat ke Putrajaya. Fuh.Fuh. Saya doa yang semua ini demi keberkatan dan mencari keredhaan Alllah s.w.t. This is the best ever in my life! ENDING 2012 yang terbaik!!  Di samping , ceramah dan sebagainya, ada juga entertainment. Nasheed's. Muadz Dzulkefly, dari Kuala Lumpur. Laungan azan menyentuh ke dalam hati. Nangis! Omar Reagan, the 2nd Chris Tucker, convert Islam dan selesai menunaikan Hajj 2007. He's stand up comedian, a motivators and TERBAIK. Muslim Belal, spoken word, revert Islam 2002. His talent is on his poetry. Akan terkesima dengan poetry dia. Uncle Jawad! Very energetic! Segala apa yang dilakukan sangat bertenaga!! Subhanallah. Untungnya manusia ini. Tidak dilahirkan Islam, tapi masuk Islam umpama bayi yang baru lahir dan mereka bersungguh mendalami Islam dan pengetahuan lagi bagus dari kita yang dilahirkan Islam ini.Fuh, Terasa. But saya sangat bersyukur meet this ppl. Sharing their knowledge and experience. THANKFUL! 


 We SUPPORT PALESTIN!


2nd Day - Aina, Syazni and Me


Mr. Tawfique Chowdhury
Chairman MERCY


Sh. Abdurraheem Green.

 

Omar Reagan
Standup Comedian


2nd Day
Nabilah. Ejat. Aina. Syazni


1st Day
Between this two days, hanya Allah s.w.t yang tahu betapa seronoknya saya, hati saya, fizikal saya, mental saya yang dah lama mengidamkan perkara macam ini. Bahagianya Allah sahaja yang tahu.Memang tgk muka macam xde perasaan, tapi hanya Allah shj yang tahu apa dalam hati ini... Cuma nak pesan pada sahabat sekalian, lets do the Da'wah walau hanya dengan 1 perkataan In Shaa Allah ( Che nab punye wording) 

Semoga Berjumpa lagi TOF 2013.
In Shaa Allah


For Sharing.
Copy from Sh Daood Butt FB

"The lover loves that which his beloved loves, and hates what is hated by the beloved. He supports whomever is supported by his beloved and the enemy of the beloved is his enemy. The pleasure of the beloved is also his pleasure, and so too is their anger shared. What his beloved requires he also requires, he forbids what his beloved forbids, for they are, in all things, agreed."

Shaykh Muhammad Saeed Al-Qahtaani



 P/s: Fahami dan selamat beramal.

Salam 2013



Subhanallah.
Allahukhbar
Assalammualaikum semua

Selamat Tahun baru 2013.
Dah lambat 9 hari, tapi moga-moga sahabat sekalian berada dalam keadaan yang baik.


There's nothing much i cud say. Just want to share 1 lyric ; Nasyeed group. Hayati liriknya dari segi Islam. 

Aidil feat Hafiz Hamidun

Yang ku panggil kasih
Ku kenang selalu
Riuh atau sepi
Rinduku padamu

Dalam kesibukan
Dalam kelapangan
Tiada ku lekang
Ingatan yang suci

Tertumpu mendambakan
Disatukan denganmu

Di hari yang indah
Ku yakin berlaku
Kita bertemu di jambatan kasih
Setelah dipisah lama

Di hari yang indah
Tiada sedetik
Akan terlewat mahupun tercepat
Kutatap wajahmu duhai kekasihku

Garisan pemula
Jauh kutinggalkan
Semangat ku sama
Mencapai impian

Kau ku panggil kasih
Dulu dan selamanya
Tidakkan berubah
Perasaan ini


"Dengan nama Allah. Dengan nama Allah. Dengan nama Allah.
Ak berlindung dengan kemuliaan dan kekuasaanMu daripada segala kejahatan yang aku alami dan takuti."

Amin.



# Salam Rabu. 

Nak berkongsi.

3  wasiat Nabi Muhammad s.a.w 
#Puasa 3 hari sebulan
#Solat Dhuha Dua rakaat
#Solat Witir Sebelum tidur.



Wednesday, November 21, 2012

Ajari Aku


Ajari aku tuk bisa
Menjadi yang engkau cinta
Agar ku bisa memiliki rasa
Yang luar biasa untukku dan untukmu

Ku harap engkau mengerti
Akan semua yang ku pinta
Karna kau cahaya hidupku malamku
Tuk terangi jalan ku yang berliku

Hanya engkau yang bisa
Hanya engkau yang tahu
Hanya engkau yang mengerti
Semua inginku
Mungkinkah semua akan terjadi pada diriku

Hanya engkau yang bisa mencintaiku
Hanya engkau yang bisa
Hanya engkau yang tahu
Hanya engkau yang mengerti
Semua inginku

Hanya engkau yang tahu
Hanya engkau yang mengerti
Semua inginku



P/s: Ok.Jiwang......


Monday, September 24, 2012

You become part of me





As i look at my phone
All my whatsApp chatting
I look back at the bracelet
I just don't believe
That we already become a something
'Fiance'
One step closer
That we both dream of about 5 years back then...
It just feel good.


The time we spent together 
I know very often.
Could count
Long distance rite?
yet,
Only precious time we get
Plan or unplanned
It left print on my heart and soul
I feel your presence deep inside
When our distance take it toll.


You've become a part of me
In so much I do
I can't imagine who'd I be
If I had not meet you
Your Faith in me has sprouted wings
It just keep grow
You've made me special
In your way
Silent way
Mysterious Way


Your support has meant so much to me
Seriously
Its the rock on which I lean
When the world becomes a frightful place
You make me peaceful and serene
O Allah, I'm so thankful


You’ve shared your words of wisdom
All the motivation
All the words and advice
As we both getting to depth more in Islam
And all that you hold dear
You’ve helped to light my darkened path
When the sun would not appear
Alhamdulillah.


Its the little things that you gave me
Precious
Very little but wonderful
That i will always treasure
All the memories
Will never fade
Till death do us apart.
InsyaAllah.



p/s: InsyaAllah.Amin.



Sunday, September 9, 2012

Trust




Kinda frustrated.
Seriously.
Tapi apakan daya, kita merancang Tuhan menentukan.


(*_*)


O Allah, Please forgive my sin. Please make be better person and stronger to go through all this that happen in my life. Insya Allah.








Friday, September 7, 2012

Sabar la duhai hati


Sabar



Berulang kali pujuk hati. Entah kenapa.
Macam tak sedap hati.
Entah.
Disaat saya memerlukan, disaat itu la sunyi sepi.
Disaat saya tagihkan, saat itu la yang tiada. 
Mungkin ini dugaan bagi saya. 
Pengajaran yang TERBESAR untuk saya. 


Susah hati.
Tak apa.
Mungkin ada sebab lain.
Mungkin.
Pujuk hati.
Tak mengapalah.
Ada hal agaknya.


Hati ni ya Allah, maafkan lah segala dosa dan silap. 
Berikanlah hidayah dan keinsafan. 
Semoga kami semua beroleh keberkatan. 
Jika dia untukku, dekatkan lah hati kami. 
Jika bukan, tunjukkan lah jalan kebenaran bagi kami.
InsyaAllah...
Amin ya Rabbalalamin.





p/s: Sape suh hilangkan kunci rumah pastu tinggal fon dalam rumah. 
Kan da rindu membuak-buak. Love u! hihi...




Thursday, September 6, 2012

i don't love you


Ya.
Saya tak cintakan awak.


Saya tak cintakan maksiat.
Saya tak cintakan penipuan.
Saya tak cintakan kecurangan
Saya tak cintakan mengejar harta benda, sebab saya percaya rezeki itu dari Tuhan tapi kita kene berusaha.
Saya tak cintakan manusia yang mengarah saya ke arah kejahatan.
Saya tak cintakan rasuah.
Saya tak cintakan untuk memutuskan silaturrahim
Saya tak cintakan masa lampau tapi saya anggap itu satu pengajaran bagi saya.
Saya tak cintakan perkara yang lagha.


. Niat kene betul.


"Well, when you go
Don't ever think I'll make you try to stay
And maybe when you get back 
I'll be off to find another way

And after all this time that you still owe 
You're still the good-for-nothing I don't know
So take your gloves and get out
Better get out 
While you can"



Lirik lagu boleh maksud macam-macam tau. Dulu lagu ni masa putus cinta. PUIH. Tapi kita interpret skang sebagai perkara yang lampau yang lepas yang mostly brings most nightmare in my life. Saya pasti takkan cintakan yang itu.



"Respect yourself enough to walk away from anyone or anything that no longer serves you, grows you or makes you happy."





Wednesday, August 29, 2012

Pretend


Pretender
yes. Maybe I am.
I just trying hard to hide my pain with my happy faces and trying to getting deeper in Islam.


Abaikan hidung merah.
Lepas nangis.

Being alone in someone office sometimes can makes me nuts. Seriously. Tapi, ditemani dengan MP3. Bacaan dan ilmiah dalam internet. Alhamdulillah, ada pengisian. Ok. Back to the topic. Pretend? Yes,I am. Semua simpan dalam hati. Saya dah tekad saya nak berubah tapi saya tahu Tuhan takkan bagi senang wenang untuk berubah, Dia akan bagi kita ujian satu persatu. Saya mengaku, saya hidup nak senang je tapi sekarang semua dah lain. Saya kene susah. Kene belajar dari bawah. Kene mula dari bawah. Saya sedang cuba. Sokongan? Paling penting diri sendiri. Ulang kali cakap, "Hati kene kental". Ya, Benar! Saya diuji dengan macam-macam jenis perkara. Dari segi fizikal atau dari segi Psikologi. Serius. Saya simpan dalam hati. Saya adu pada Tuhan. Saya cuba untuk melakukan sesuatu yang saya dapat petunjuk dari Allah s.w.t. Saya lakukan semua bukan ikut nafsu atau emosi. Saya dah usaha. Saya dah solat. Say berdoa. Saya harap petunjuk ini akan bawa saya  ke Jannah.


Selangkah ke alam itu, saya sudah lepas. Beberapa langkah saya perlu hadapi. Ini masanya. InsyaAllah..Perkara baik insyaAllah Tuhan akan bantu. Murahkan rezeki ku. Permudahkan urusan kami.  InsyaAllah. Jangan henti usaha, doa dan tawakal. Memang nampak mudah tapi sebenarnya kita ni yang malas. Saya mengaku, kalau saya lalai mmg saya lupa. Bila dah tergadai baru nak beringat. Astaga. Perkara yang lepas jangan diungkit, jadikan pengajaran. Jangan pandang ke belakang, hidup ni ke hadapan. Terus maju ke masa depan. Kene ada pendirian. Apa yang kita nak buat. Apa misi kita. Doa banyak-banyak. Jangan doa yang tidak elok, sebab semua tu point kat kita balik satu hari nanti. Nampak remeh, tapi kita tatau apa yang jadi masa depan. Apa yang Allah tulis untuk kita.

Mawar Khayalan.

Sebenarnya kesedihan dalam hati ni lagi banyak dari kegembiraan. Entah la. Saya bersyukur dengan kehidupan sekarang. Abaikan sedih. Hidup perlu dinikmati. Yang penting jangan lari dari syariat Islam. Ingat. Saya syukur ditemukan dengan dia. Adakah dia Jodoh saya? InsyaAllah... Amin..Dia, mengajar saya erti kehidupan yang mula dari bawah. Kesusahan. Rezeki. Agama. Saya belajar dari dia. Saya tak kisah hidup susah asalkan saya pegang dengan agama. Biar saya menangis. Saya pernah silap satu masa dulu. Biarkan saya menangis sebab saya nak berubah.

Doakan saya. Amin ya rabbal alamin.



p/s: Semoga urusan dipermudahkan.



Sunday, August 12, 2012

Hidup tak selalu indah

Hidup tak selalu indah.
Kita jangan expect lebih-lebih
orang cakap, BERSYUKUR
ya!
THANKFULL.

Kebaikan
biar kita yang simpan.
orang cakap, kita "Ya" kan aje.
salah atau benar
Tuhan aje yang tau
Biar dia yang MENGHUKUM kita
Baik dari segi hubungan dengan -Nya, hubungan sesama manusia, atau segala kurniaan rezeki Tuhan atas muka bumi ini.Semua itu hak dia. Dia Maha Kuasa.


Sungguh.
I just dont want to be regrets for the 2nd time and the rest of my life. I just crave for Allah's guidance. I hardly strive to get Allah's Jannah. I letting go all things that may lead to sin and 'lagha'. I know I am not perfect, tak sempurna, ilmu agama tak berapa sangat tapi saya usaha dan usaha saya biar Allah shj yang tahu.


Maafkan saya kepada masa lampau. 
Dulu saya terlalu murah, sehingga Ibu Ayah menanggung segala dosa saya tapi InsyaAllah lama-kelamaan saya akan berubah. InsyaAllah..


Saya tahu setiap penghijrahan manusia ke perkara yang baik, Tuhan tak kan simply giving the simplest way to the person. He will give a few circumstances and challenges in the life. Contoh, kita dulu biasa hidup senang. Tuhan mencabar kita bila kita ada masalah duit, kewangan, hasutan manusia dan mcm-mcm lagi. Saya berguru dgn seorang ustazah, Die berkata anggap itu semua dugaan dan cabaran. Hati kene kental bila kita nk berubah. Tuhan akan uji kita dengan mcm-mcm bentuk. Orang akan tuduh kita dengan macam-macam hal, saya tatau nk eloborate more pasal ini. Setiap insan akan hadapi segalanya. Kita jangan doakan orang lain, dengan perkara yang buruk. Doakan yang baik-baik, sebab sesungguhnya doa itu kita akan dapat juga. Indahkan?  Tuhan kan Maha Adil.Saya maafkan segala yang terjadi dengan niat untuk bersihkan hati.Walaupun perit, saya cuba. Mungkin satu dua perangai yang akan menyakitkan hati, tapi saya manusia biasa.. Alpa. Maka, tegurlah saya. Saya tanak pergaduhan, tapi cuma nasihat yang membangun. Ya, benar.


Dah nak abis Ramadhan, sedih sangat. Rindukan terawikh. Sangat. 


p/s: Kuatkan la imanku yaAllah!!!

Friday, August 10, 2012

Pulang

Balik
Pulang
Kembali

Kembali ke pangkal jalan. Walaupun semua ini da diserapkan dalam diri dan tekad sejak 3 bulan yang lalu, tapi mengaku diri ini lemah. Masih ada yang tersasar jauh dari Allah s.w.t. Mengaku masih lalai lagi. Masih berlaku biadap. Masih tidak mengenal mana dosa, mana nafsu mana kepuasan hati. Ya Allah. Aku dah semakin jauh dari Mu Allah.

Bukan apa.
Cuma nak berkongsi. Jenis nak meluahkan perasaan. Memang hari-hari, setiap saat saya mengadu kat Allah. Tapi ini cuma nukilan perasaan.Tak salah kan sapa-sapa. Saya salahkan diri saya sendiri. 

Menangis. Menyesal dengan apa yang terjadi. Allahuakhbar. Semakin jauh dengan Allah. Sibuk mencari kepuasan hati di dunia, tapi dari segi jiwa rohani aku masih luntur. Masih rapuh. Ilmu yang ada tapi tidak digunakan. Terdetik malam Ramadhan ke 21, entah kenapa. Hati ini seolah tenang  bila menunaikan Terawikh. Sungguh. Sedih, menangis, kecewa dengan diri sendiri. Tak pandai menghargai ramadhan yang bukan selalu kita jumpa. Entah - entah tahun depan tak sempat Ramadhan. mana tau la kan? Itu semua kerja Tuhan.

Dah fikir masak-masak.Bukan lakukan sebab manusia tapi lakukan sebab Allah. Untuk diri sendiri. Tekad mencari keredhaan Allah. Lupakan segala dosa dan perkara yang lepas. Semua itu jadi pengajaran,....Taubat! Insaf! Tekad. Ya Allah..kuatkan lah imanku..biarlah diri ni susah. biarlah diri ini cukup sekadar dengan apa yang ada. Allahhhh!! Menangis buat entry ni sama seperti yang ak lakukan setiap malam. Malu. Setiap dosa setiap tu nak taubat.Malu denganmu ya Allah.....

Saya bersyukur sebab perasaan kesal dan keinsafan yang ada dalam diri setiap kali melakukan salah menunjukkan masih ada lagi cahaya iman kuat dalam diri.Saya syukur sangat. Kalaulah hati saya da hitam, memang saya takkan kesal dengan apa yang saya buat.. kan? Syukur!!!

Saya kongsikan sedikit ilmu.. Dosa kecil, dosa besar.. Kita taubat. Elok kita mencari makanan utk jiwa biar seimbang dengan makanan untuk fizikal.

Dan mereka yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat kepada Allah lalu memohon ampun dosa-dosa mereka – dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan (perbuatan buruk) yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya adalah keampunan dari Tuhan mereka, dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) mereka yang beramal” (Surah Ali ‘Imran: 135-136).

Azam untuk tidak mengulanginya.

Bila kita da insaf atau taubat, eloklah urusan tu di antara kita dan Allah s.w.t. Tak perlu kita jaja kepada sapa-sapa bilang yang kita ni dah berubah. Taubat yang lahir dari perasaan khusyuk tawaduk, insaf sehingga menyerap masuk ke setiap perasaan jiwa sambil  mengalirkan air mata keinsafan yang datang dari hati yang jujur. InsyaAllah Tuhan terima taubat nasuha kita. Penting, taubat yang kita lakukan bukan di buat-buat, bukan lakonan..ianya zahir dari hati. Biarkan kita tau apa yang kita buat, urusan ini biarkan kita dengan Tuhan. Apa orang lain nak cakap, kita biarkan. Semoga Tuhan beri hidayah untuknya kelak. Amin.



Mohon semoga dapat pindah ke state lain. Mula hidup baru. ya Allah perkenankanlahhh...

Wednesday, August 8, 2012

Kepercayaan kepada Tuhan



Percaya dengan rezeki Allah.
yakin dengan rezekinya.
InsyaAllah.. jika sumbernya halal, niatnya yang baik.. Maka, hasilnya pun baik.

Ya Allah.murahkan la rezekiku.
Permudahkan la urusan ku.


Bila selesai bayar sana-sini tengok balik balance mengucap dibuatnya. Astaghfirullahalazim....
 Terdetik. Ya Allah. cukupkah?

Raya menjelang tiba. Persiapan belum lagi dibuat.
Ya, kita sederhana je la. Jangan membazir. Masalahnya nak sederhana pun tak cukup ni. Ishk Ishk.
Allahuakhbar.


Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada raja dan negara
Keluhuran perlembagaan
Kedaulatan undang-undang
Kesopanan dan kesusilaan.





p/s: cinta kpd Allah lagi berkekalan.

Solat Dhuha

Cuma nak berkongsi. Tentang solat sunat dhuha. Solat sunat dhuha ni bak orang cakap solat buka rezeki, cahaya penenang, didekatkan rezeki dan menjauhkan kepapaan.. Ini kuasa Tuhan kan? Dengan solat sunat 2 rakaat pun, macam-macam dia bagi kt kita. Tapi, kita ada buat x?
"Tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada-Ku. (al-Dhariyat: 56)"
Solat Sunat Dhuha
Sangat mudah.
  • Hanya 2 rakaat. Tiga boleh. Empat boleh. Sehingga 12 rakaat pun boleh tapi jangan kurang dari 2 rakaat.
  • Waktu : anggaran jam 10.00 pagi hingga sebelum  jam 12 tghari. Lagi afdhal ketika matahari terbit atau sedang panas. Dah nama pun Dhuha yang bermaksud pagi. Memang waktunya pagi.
Berdasarkan sepotong hadis  Nabi s.a.w
  " Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya " 
  • Doa lepas solat pun sangat mudah. Boleh ikut nyanyi kumpulan nasyid UNIC. Senang hafal. Biasalah awal-awal tu susah, lama-lama jadi senang, bila da senang jadi da biasa. Kan?
Doanya ialah :
“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. 
” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”
Solat sunat dhuha ini dikira sebagai berehat sebentar. Kita kan penat bekerja, ambillah masa dalam 5 minit untuk persiapkan solat sunat. Hanya 2 rakaat. Tak salah pun. Tak dosa pun. Malah Tuhan bagi banyak ganjaran pahala. Disarankan sejenak untuk sujud kepada Allah sama ada kita di rumah atau di pejabat dengan syarat tidak mengenepikan perkara lain atau urusan lain yang wajib daripada yang sunat. Sifat solat sunat ini ringkas dan asalkan ia mudah dilakukan di mana-mana, bak di rumah atau di tempat kerja. Kalau dibudayakan lagi elok!
Kalau di google kelebihan solat ini, beribu sangat yang kita dapat cari. Tuhan kan Maha Pemurah. Sampai tak terbilang fadhilatnya. Sini mari kongsi sikit.
  • Allah memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.
  •  " Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).
  • Setiap amalan-amalan yang baik pasti memperoleh ganjaran dari Allah s.w.t. Tapi wajar di ingatkan setiap kebaikan dan amalan ini mesti disusuri dengan keinsafan diri bukan dengan niat yang tidak elok contohnya untuk menunjuk-nunjuk. Orang yang riak, Allah murka. Maka, sia-sialah ibadahnya. Maka dengan itu, setiap amalan ini dilakukan dengan keinsafan dan mengharap keredhaan dari Allah s.w.t. InsyaAllah Allah akan memberikan ganjaran kepada kita dari segala bagai bentuk dan rupa. 
  • Syukur kepada Allah s.w.t. dikurniakan atas segala rezeki atau muka bumi ini. 

Memang banyak ya Allah. Syukur kan kita sebagai umat Islam. Untung!  Jadi, mari kita budayakan solat dhuha ini. Ambil masa 5 minit. Kejap je. Lagi elok jika kita amalkan dan mewajibkan solat ini.

****

Thanks to C.Wea yang trigger kan Solat dhuha. Dulu jarang nak buat, sejak ada satu dua kejadian. Kepada Tuhanlah kita kembali, kepada Islam kita buat panduan. Alhamdulillah.




p/s: Alhamdulillah. Thanks to my sayang. :)
 I know God send you for me to guide more depth in Islamic way. 

Monday, July 30, 2012

I am no strong




I am no strong


8.06 am.

Safely arrive KL yesterday sharp 8.00pm. Breaking fast in the bus with bread, kurma and drinking water. I keep thinking about someone that quite far away from me. orr maybe i need to stop thinking about him..rite? Naa. Biar la. Let it play off in my head and let it dancing happily even though I quite suffered enough for everything that happen. Hurm.Hurm.I think i am soo exhausted and very tiring or am i just to emotional? On my way back home, something had happen and it out of control. ITS EMOTIONAL! YES! i am! I am soo exhausted, tiring and very starving. It just came out from the mouth. I am seriously apology. From that since, the tears just never stop. Hurm. I am restless. Alone.Starving.Tiring. Feels like no one can help. Talk to 'him', he ask me to calm down. AHH. 

I am no strong.
Woke up at 4.45 am, get my sahur and prepare to work. Off to Train around 6.30 am by bus. Still the tears flow without mercy. My mind keep thinking of had happen yesterday, it involving my close people. Family and relatives. AGAIN. The relatives keep messing with my life, feels like to move out from the house. SERIOUSLY. I can't take it anymore. I need my life. I'm already 26 and i know what I'm doing. I know my limits. I do no wrong now. I feel very pissed off when someone just accuse me of thing that I never do!!! I am no strong to control my anger, my temper and my emotional. Yes. 


I am no strong.
ya Allah, kuatkanlah hambamu ini.Siapa lagi ak mahu berserah. hanya padamu ya Allah. :'((







Mak,
Maafkan la adik.  You know i miss you so much.






Tuesday, July 24, 2012

Masalah itu problem




Masalah itu problem.
Betul la tu.

Pening.Hal sana sini. Nak settle macam-mana.. Bukan ada kereta lelaju nak kesana kemari. Dengan kisah-kisah yang da jadi sebelum ni, jadi mcm sooo lazyyyy nak seek for help. Better alone. Jalan sana sini. Usha barang sorang je la. Aduh. Memang senak.#Abaikan. itu masalah diri sendiri  a.k.a dugaan hidup.

Sapa yang cakap diri ni bahagia di sini, you are definitely wrong la. U never know what i face. U never know my journey. Eventhough i makes a mistakes here and there, but Alhamdulillah I manage to take everything.. Kan? Survive gak. Syukur.


Image courtesy : Google


Sapa yang fitnah diri ini mcm-mcm. Sapa yang berani? U never know what i've been through doh!! Seriously. Penat. Takkan nk jaja n explain segala bagai kisah hidup. Simpan dalam hati sudah la. I know myself. I know my limit. I know myself in the previous day, but now. I am change.


Kita kalau nk jadi jahat memang sekelip mata, kalau nak jadi baik macam-macam dugaan melanda..


Image courtesy : FB





p/s:Renung-renungkan dan selamat beramal. Eh, Salam Ramadhan!!


Monday, July 23, 2012

Tonsil






Tonsil

Klik gambar untuk tumbesaran.

Ini lah penyakit yang dihadapi sejak sekian lama. HUHU. Tonsil je pun. Tapi effect die, fuhh kemain. Kejap demam, kejap selsema, kejap batuk.. Apa lagi. Kekadang tak leh telan makanan, nk telan air liur pun susah weyh. Sadis.

Paling stress bila sakit masa tgh malam atau nak subuh. Mesti asthma. Mesti  terbangun. Tidur dengkur tu takyah cakap la. Dasat. Ngeee. Sakit kepala apa lagi. Memang sikit-skit. Tapi yang sikit dikumpul tu la jadi suffer gila. Dapat da surat refer ENT, tapi tak pegi pun. Masalahnye tak de transport. Nak g dengan apa pun susah. Ampang puteri bukan ada train. Jauh pulak tu. Haih. Sadis betul tengok diri sendiri. 

Maka, dengan itu redha je la. 

No ice
No oily food
Makan pantang
If berjalan, kene pakai mask.

Pendek cita, tonsil senang dapat infection. Kene je la jaga diri sendiri.
Ayah da bagi green light, Mak pulak tak bagi. Camne ni.







p/s: Life must goes on..




Monday, July 16, 2012

My kezen wedding





I don't know how to describe for this wedding. Few things happen a week before this wedding, that is between me and the relative. Kinda SUCKS. seriously. I dont know what else to say. So, stick to my parents advice.
" Biar kita mengalah, biar kita yang berubah, tanamkan diri kita sabar walaupun kita di pihak yang salah dan dah meminta maaf. Orang lain kalau pentingkan diri sendiri memang macam tu. Tanak anggap diri tu salah."

Orang cakap aib orang lain kita simpan.. buruk orang lain kita diam-diam je. kan? Kan? Sabar je kot. Malas nak layan. Nak puasa dah ni. Sabar je la. Memang salah sendiri tapi sapa atas dunia ni yang SEMPURNA? Tell me! HUH!

#ah. Lari topic.

Wedding.
Actually malas nak g.Sumpah. Dengan bebanan kerja arrangement baru, training menimbun. Masalah keluarga yang mcm tah pape. Buat hati jadi lemau je nak jejak ke Melaka. Setelah di pujuk oleh si Dia, mengalah je la. kan? Sempat gak jumpa si dia. *love*love*

Aby and Mie
Sepupu ak si Aby ni. Muda setahun. Si Mie ni my age. My batch during battle Kadet in Johor. SDARY. Dok pusing-pusing tu je la. Kekawan dia yang datang, Ezam tunang si Meeza. STF. Kecik je dunia. 
 
Tema: Merah & Hitam.Bomba.
( Mentang-mentang ayah bomba, segala props sume barang bomba..Style)
Cuaca: Panas & Hujan
Makanan : Ak tak amik port sangat. Main belasah. Last-last end up cirit birit 3 hari. Memang kalah lauk kenduri ni. Haish.



Clockwise : Mak Pengantin. Adik Pengantin a.k.a Ex-Pengantin lelaki (HAHA), Pengantin, Guestbook, Geng Kompang


Clockwise : Makan beradab, Hantaran Pihak Perempuan, Kek, Hantaran Pihak Laki


Clockwise : Pelamin, Bilik Pengantin, Deco kt meja Makan beradab, Pelamin.


Clockwise : Pengantin, Masa Nikah ( Si Kecil tu Wawa, My kezen ( Sister Surya, K.ween, Nana, Jaja and Wawa)






Apa-apa pun yang jadi, majlis dah selesai dah. Kan? Alhamdulillah.




p/s: Lepas ni turn sapa? lalala.....

Thursday, June 28, 2012

Textgram



Kegilaan manusia zaman sekarang.
Android.
Iphone.
Blackberry.

Termasuk aku. 
Ngee



20June2012
8.17pm

*Bila teringat kat Mak* 


21June2012
2.07am

*Tengah sakit tapi gagahkan diri untuk berpuasa. 1 Syaaban*


21June2012
8.09pm

*Buka puasa. Sorang-sorang kt McD Masjid Jamek.sob sob*
(sedih sebab tanak fastfood)


21June2012
8.19pm

*Dalam train otw balik rumah. Rushing balik solat. Dalam train pun ada drama. #pening*


22June2012
8.16 am

*Mentang-mentang hari jumaat. Kemain Najwa Latiff ye. *



#Eh.Ini Instagram.
Lain topic

25June2012
9.08am

Klinik Idzham, Melawati.
*Dah otw pegi keje, tapi sebab pitam patah balik rumah. Sob sob.*


26June2012
11.36am

*Feel like losing hope and grip.Seriously in pain. Demam 39.1C yang berulang-ulang. MC lagi. Klinik pegi sampai dua kali. Batuk. Selsema yang bleeding. :(*





p/s: I seriously need my MOMMY.