Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Wednesday, January 9, 2013

Twins Of Faith


Tiada penyesalan
Sekali sekala perlaburan ke arah yang lebih baik, In Shaa Allah akan diberkati oleh Allah s.w.t.

Twins of Faith.
Syukur that I've meet this people.
Thanks to sahabat, Che Nab, Aina, Syazni, Ejat for all this new experience for me.


Twins of Faith.
Family Festival.
For the Love of GOD

"As Ibn al-Qayyim ( rahimmullah) said ; " The heart, in its journey to Allah, Majestic is He, is like that of a bird; love is its head and hope and fear are its two wings. Everything that we do is based on having sound knowledge that we can act upon through our worship, our living, our dying and our sacrifice, purely for the sake of our CREATOR, ALLAH s.w.t.
"
Saya petik dari mr. Tawfique Chowdhury, Chairman MERCY Mission

In this festival, very Islamic environment. Seriously. Yang saya tak pernah nak rasa. Melihat kehulur kehilir dengan Jubah, purdah, Niqab dan Subhanallah sungguh cantik. Ya Allah. Tiba satu perasaan yang tenang, yang aman damai dan akhirnya saya mengalirkan air mata. Di sini, untuk pertama kalinya saya menyertai acara sebegini, bercampur dengan sahabat yang jarang saya nak rapat. Saya korban kan masa, sedikit wang untuk ke sini. WORTH it? YES! 


Dalam Festival ini, ada workshop, speakers yang from around the world, Artist Zone, Sister-only room, Mother's only room, Bazaars, educational fun and games, soulful nasheeds, poetry and much more. Susah nak cakap. You have to join it  and experience it. Seriously.Antara tajuk dibincangkan,  What is love? What can you give for the Love of God? A day in Paradise. For the Love of Allah alone. Banyak lagi tajuk. Itu baru di Main Programme. Workshop, ada Sunnah Diet. Gain the Love of God. What is Success. Festival ini ada Marriage Corner, tajuk yang dibincangkan Free, Single and Available, 4 Wedding and The MOther in Laws and My Big Fat Sunnah Wedding. Untuk counselling regarding marriage issue, match making pun ada dalam event ini. Menarik!

Banyak sangat tajuk yang menarik dan saya tak pasti nak ke mana. Alhamdulillah, sahabat ni da biasa ke acara sebegini maka diorang ada memberikan cadangan berkenaan tajuk dan speakers mana yang hebat dan mana yang sesuai untuk dengar. Saya tertarik dengan speakers Sh Daood Butt. He's a canadian. Blessful husband with a daughter ( if not mistaken) cara penyampaian ceramah yang bersahaja, penuh dengan hadith dan contoh yang bernas. Di samping, ada gelak tawa untuk menceriakan suasana. He's stay in KL, Malaysia. Syukran! BEST! 

Sis Raya Shokatfard, untuk tajuk Gain the Love of God. Beliau menceritakan apa yang dalam dunia ini, yang kita boleh mencari keredhaan Allah s.w.t. Kesucian minda, badan dan mental dengan syariah Islam perlu dicapai untuk mencapai cinta kepad Allah s.w.t.. ( Ini yang sahabat cerita kt saya, kalao x silap.) Ada juga kisah beliau sendiri, yang dilahirkan Islam pada awalnya tapi tidak mengamalkan kehidupan Islam.Semua agama dia belajar tapi menemu jalan buntu, akhirnya dia terasa ketenangan bila saat Al-Quran dibacakan. Akhirnya, dia kembali ke Islam. Sekarang, dia duduk di Langkawi, Malaysia...



Banyak sangat. Subhanallah. Saya tak tahu nak cerita macam mana seronok saya dua hari ini. Walaupun penat berulang dari Keramat ke Putrajaya. Fuh.Fuh. Saya doa yang semua ini demi keberkatan dan mencari keredhaan Alllah s.w.t. This is the best ever in my life! ENDING 2012 yang terbaik!!  Di samping , ceramah dan sebagainya, ada juga entertainment. Nasheed's. Muadz Dzulkefly, dari Kuala Lumpur. Laungan azan menyentuh ke dalam hati. Nangis! Omar Reagan, the 2nd Chris Tucker, convert Islam dan selesai menunaikan Hajj 2007. He's stand up comedian, a motivators and TERBAIK. Muslim Belal, spoken word, revert Islam 2002. His talent is on his poetry. Akan terkesima dengan poetry dia. Uncle Jawad! Very energetic! Segala apa yang dilakukan sangat bertenaga!! Subhanallah. Untungnya manusia ini. Tidak dilahirkan Islam, tapi masuk Islam umpama bayi yang baru lahir dan mereka bersungguh mendalami Islam dan pengetahuan lagi bagus dari kita yang dilahirkan Islam ini.Fuh, Terasa. But saya sangat bersyukur meet this ppl. Sharing their knowledge and experience. THANKFUL! 


 We SUPPORT PALESTIN!


2nd Day - Aina, Syazni and Me


Mr. Tawfique Chowdhury
Chairman MERCY


Sh. Abdurraheem Green.

 

Omar Reagan
Standup Comedian


2nd Day
Nabilah. Ejat. Aina. Syazni


1st Day
Between this two days, hanya Allah s.w.t yang tahu betapa seronoknya saya, hati saya, fizikal saya, mental saya yang dah lama mengidamkan perkara macam ini. Bahagianya Allah sahaja yang tahu.Memang tgk muka macam xde perasaan, tapi hanya Allah shj yang tahu apa dalam hati ini... Cuma nak pesan pada sahabat sekalian, lets do the Da'wah walau hanya dengan 1 perkataan In Shaa Allah ( Che nab punye wording) 

Semoga Berjumpa lagi TOF 2013.
In Shaa Allah


For Sharing.
Copy from Sh Daood Butt FB

"The lover loves that which his beloved loves, and hates what is hated by the beloved. He supports whomever is supported by his beloved and the enemy of the beloved is his enemy. The pleasure of the beloved is also his pleasure, and so too is their anger shared. What his beloved requires he also requires, he forbids what his beloved forbids, for they are, in all things, agreed."

Shaykh Muhammad Saeed Al-Qahtaani



 P/s: Fahami dan selamat beramal.

Wednesday, August 8, 2012

Solat Dhuha

Cuma nak berkongsi. Tentang solat sunat dhuha. Solat sunat dhuha ni bak orang cakap solat buka rezeki, cahaya penenang, didekatkan rezeki dan menjauhkan kepapaan.. Ini kuasa Tuhan kan? Dengan solat sunat 2 rakaat pun, macam-macam dia bagi kt kita. Tapi, kita ada buat x?
"Tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada-Ku. (al-Dhariyat: 56)"
Solat Sunat Dhuha
Sangat mudah.
  • Hanya 2 rakaat. Tiga boleh. Empat boleh. Sehingga 12 rakaat pun boleh tapi jangan kurang dari 2 rakaat.
  • Waktu : anggaran jam 10.00 pagi hingga sebelum  jam 12 tghari. Lagi afdhal ketika matahari terbit atau sedang panas. Dah nama pun Dhuha yang bermaksud pagi. Memang waktunya pagi.
Berdasarkan sepotong hadis  Nabi s.a.w
  " Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya " 
  • Doa lepas solat pun sangat mudah. Boleh ikut nyanyi kumpulan nasyid UNIC. Senang hafal. Biasalah awal-awal tu susah, lama-lama jadi senang, bila da senang jadi da biasa. Kan?
Doanya ialah :
“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. 
” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”
Solat sunat dhuha ini dikira sebagai berehat sebentar. Kita kan penat bekerja, ambillah masa dalam 5 minit untuk persiapkan solat sunat. Hanya 2 rakaat. Tak salah pun. Tak dosa pun. Malah Tuhan bagi banyak ganjaran pahala. Disarankan sejenak untuk sujud kepada Allah sama ada kita di rumah atau di pejabat dengan syarat tidak mengenepikan perkara lain atau urusan lain yang wajib daripada yang sunat. Sifat solat sunat ini ringkas dan asalkan ia mudah dilakukan di mana-mana, bak di rumah atau di tempat kerja. Kalau dibudayakan lagi elok!
Kalau di google kelebihan solat ini, beribu sangat yang kita dapat cari. Tuhan kan Maha Pemurah. Sampai tak terbilang fadhilatnya. Sini mari kongsi sikit.
  • Allah memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.
  •  " Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).
  • Setiap amalan-amalan yang baik pasti memperoleh ganjaran dari Allah s.w.t. Tapi wajar di ingatkan setiap kebaikan dan amalan ini mesti disusuri dengan keinsafan diri bukan dengan niat yang tidak elok contohnya untuk menunjuk-nunjuk. Orang yang riak, Allah murka. Maka, sia-sialah ibadahnya. Maka dengan itu, setiap amalan ini dilakukan dengan keinsafan dan mengharap keredhaan dari Allah s.w.t. InsyaAllah Allah akan memberikan ganjaran kepada kita dari segala bagai bentuk dan rupa. 
  • Syukur kepada Allah s.w.t. dikurniakan atas segala rezeki atau muka bumi ini. 

Memang banyak ya Allah. Syukur kan kita sebagai umat Islam. Untung!  Jadi, mari kita budayakan solat dhuha ini. Ambil masa 5 minit. Kejap je. Lagi elok jika kita amalkan dan mewajibkan solat ini.

****

Thanks to C.Wea yang trigger kan Solat dhuha. Dulu jarang nak buat, sejak ada satu dua kejadian. Kepada Tuhanlah kita kembali, kepada Islam kita buat panduan. Alhamdulillah.




p/s: Alhamdulillah. Thanks to my sayang. :)
 I know God send you for me to guide more depth in Islamic way. 

Tuesday, July 24, 2012

Masalah itu problem




Masalah itu problem.
Betul la tu.

Pening.Hal sana sini. Nak settle macam-mana.. Bukan ada kereta lelaju nak kesana kemari. Dengan kisah-kisah yang da jadi sebelum ni, jadi mcm sooo lazyyyy nak seek for help. Better alone. Jalan sana sini. Usha barang sorang je la. Aduh. Memang senak.#Abaikan. itu masalah diri sendiri  a.k.a dugaan hidup.

Sapa yang cakap diri ni bahagia di sini, you are definitely wrong la. U never know what i face. U never know my journey. Eventhough i makes a mistakes here and there, but Alhamdulillah I manage to take everything.. Kan? Survive gak. Syukur.


Image courtesy : Google


Sapa yang fitnah diri ini mcm-mcm. Sapa yang berani? U never know what i've been through doh!! Seriously. Penat. Takkan nk jaja n explain segala bagai kisah hidup. Simpan dalam hati sudah la. I know myself. I know my limit. I know myself in the previous day, but now. I am change.


Kita kalau nk jadi jahat memang sekelip mata, kalau nak jadi baik macam-macam dugaan melanda..


Image courtesy : FB





p/s:Renung-renungkan dan selamat beramal. Eh, Salam Ramadhan!!


Goodies




Goodies.
Doorgift.

Punye la loghat.
Padahal event kecil je. Biasala kalau dah campur tangan dua negeri memang begini. Itu tak ok la.Ini tak oklah. Tapi last-last decide sendiri secara senyap-senyap. HAHA. dasar kepala batu.

Yang ni DIY pon boleh je sebenarnye. Tapi, komitmen takde. Maka order sudeyh.



image courtesy: Google


apa isi dalamnya? 
Entah.
Mini Jar fulfilled with Joy. 
HAHAHA.


contoh : Marshmallow


Jelly beans.


Chocs.

Macam budak-budak.Maybe candies. chocs. Mineral Water.
Rasa macam masa skolah STF. DIY. Deco-deco.Tulisan mess.HAHA.cute what! Takyah formal sangat la kan. Simple sudah.
 

CraftPotion
Cari kt FB lagi details.

KhamJoe
Terbaik.Lawa.Costly sikit but worth it.


Hope it worth it.
Simple dan save money yang penting.





p/s: Yang ni dah settle.Apa nak jadi, jadilah. Lalala~


Monday, July 23, 2012

Tonsil






Tonsil

Klik gambar untuk tumbesaran.

Ini lah penyakit yang dihadapi sejak sekian lama. HUHU. Tonsil je pun. Tapi effect die, fuhh kemain. Kejap demam, kejap selsema, kejap batuk.. Apa lagi. Kekadang tak leh telan makanan, nk telan air liur pun susah weyh. Sadis.

Paling stress bila sakit masa tgh malam atau nak subuh. Mesti asthma. Mesti  terbangun. Tidur dengkur tu takyah cakap la. Dasat. Ngeee. Sakit kepala apa lagi. Memang sikit-skit. Tapi yang sikit dikumpul tu la jadi suffer gila. Dapat da surat refer ENT, tapi tak pegi pun. Masalahnye tak de transport. Nak g dengan apa pun susah. Ampang puteri bukan ada train. Jauh pulak tu. Haih. Sadis betul tengok diri sendiri. 

Maka, dengan itu redha je la. 

No ice
No oily food
Makan pantang
If berjalan, kene pakai mask.

Pendek cita, tonsil senang dapat infection. Kene je la jaga diri sendiri.
Ayah da bagi green light, Mak pulak tak bagi. Camne ni.







p/s: Life must goes on..




Thursday, May 24, 2012

Sabar








" Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar"
Al-Baqarah : 153


Sabar dalam ketaatan
Sabar dalam menghadapi kemaksiatan
Sabar dalam mengingati perbuatan berdosa
Sabar dalam menghadapi kesulitan.


Banyak perkara yang kita perlu sabar. Aku kene tanamkan sifat sabar dengan lebih lagi dalam diri ini. Ya Allah. Kadang-kadang aku teringat kisah-kisah lama ku yang penuh dosa dan penyesalan. Jadikanlah aku umat yang sabar mengingati kesemua itu. Jadikanlah aku umat yang sabar menghadapi kesusahan dari segi kewangan dan lain lagi. Ak percaya dengan rezeki-Mu ya Allah. Jadikanlah aku manusia yang sabar dan taat dengan perintah Mu ya Allah. Jadikanlah aku umat yang sabar dan jauh dari perkara yang lagha dan tidak baik. Amin Ya Rabbal alamin. 


"Dan sungguh akan Kami berikan cobban kepadamu dengan ketakutan, kelaparan, kekurangan dalam harta, jiwa dan buah-buahan. Maka berikanlah berita gembira kepada orang orang-orang sabar, yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan 'Inna lilllahi wa inna ilaihi raji'un' , mereka itulah yang mendapat keberkatan sempurna dan rahmat dari Tuhannya dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk " ( QS. Al-Baqarah : 155 - 157)



courtesy info from Anneahira


p/s: :)


Elakkan Sifat ini!


Mefitnah. Mengumpat , Dengki 

elakkan!!


Info dari sini

Elakkan Sifat-sifat ini dalam diri anda.

Melihat suasana duniawi zaman sekarang. Perkara-perkara yang  dimurkai Allah makin lama, makin ligat manusia sekarang buat. Mefitnah. Mengumpat , Dengki dan semua sewaktu dengannya. Tak payah jauh-jauh, jiran, saudara mara, even rakan karib apatah lagi teman sekerja. Perasaan sebegini bermula dari hati. Hati yang hitam akan menghasilkan perkara sebegini. 

Mari kita renung-renungkan. 

Kadang-kadang kita tak sedar kita bercerita tentang orang lain, dihadapan ataupun dibelakang.. Mengumpat jika ianya Benar. Fitnah jika ianya tidak benar. Hukumnya tetap berdosa.Kita manusia hanya menilai , biar Allah s.w.t yang menghukum. 

Copy from blog MutiaraIslam.

Mudah difahami.

Kenapa fitnah dimurkai Allah.?



Fitnah?


Zaman teknologi sekarang, manusia menggunakan pelbagai kaedah untuk mefitnah, dengki kepada orang lain.



Dalam Islam, ia sangat berat. Banyak benda akan beri kesan.



Usaha kita, umat Islam..langkah-langkah mengelakkan perkara ini berlaku.





" Jika kita cerita keburukan orang tetapi cerita tersebut tidak benar, ia dinamakan FITNAH. Membuat fitnah adalah berdosa.

Jika kita cerita keburukan orang lain dan cerita tersebut memang benar, ia dinamakan  Ghibah (Mengumpat). Mengumpat pun berdosa." 

So?


Jaga tingkah laku. Jaga tutur kata. Tanamkan sifat sabar dalam diri. Kuatkan Iman.
Rajinkan solat di awal waktu. Rajinkan membaca Al-Quran. 




P/s: Renung-renungkan dan selamat beramal.



Tuesday, March 17, 2009

TP45


Pusing kiri kanan.kosong.rak penuh buku. kerusi kosong. meja kosong.cuma, ade makcik cleaner.rajin menyapu smpah yang tidak kelihatan langsung di library ni. student pon takde. bosan. haish, makcik ni. asyik sapu area aku je. ingat aku buat sampah ke? shuuhh..shuhhh.ok, die dah blah..tenang kembali.fuhh
intro tak de kaitan dgn topik nk dibincangkan. cume saje nk bgtau aku kat library.wtf!
aku cume wakil dgn apa yg terjadi. kemalangan kecil. yang terlibat ade lima org dara pingitan. ceh. aku tak ada di tempat kejadian. sibuk di library membelek buku dan seronok ber-facebook. ok, tersasar dr topik. kisah kemalangan ni kodiang, perlis ke kedah tah?!.aku rase kodiang, kedah. aku rase la. sebab aku sendiri confuse mane satu jajahan perlis, mane satu jajahan kedah. sumpah.aku confuse.
dlm perjalanan balik dr jitra. kereta ke van entah, buat u-turn mengejut. make, diorg ni pon brek mengejut. penumpang semua bertali pinggang belakang melainkan ade 2. maka, yang 2 ni agak ter-kejut dan hampir melanggar tempat duduk depan. tipikal seorang perempuan yang terkejut dalam kemalangan berlaku. ya, diorg menangis.

kereta jenama proton. buatan malaysia. kalau tak di tanjung malim, kat shah alam pun ade. kat seksyen 27. kot. satu edisi lame, 15 tahun lepas. silap-silap 20 tahun lepas. tengok no plat pun tau. kira mcm satu dalam seribu. limited edition. ok, bukan kereta aku. kereta satu lagi aku tak tahu menahu langsung. usha-usha no plat. kira-kira dalam 5 tahun lepas, silap-silap 10 tahun lepas bru die nak keluar.

(kereta yang melanggar)

pakcik ni cool gile. siap ckp "pakcik ni mmg selalu la accident.tatau la kenape.takpelah, nk jadi nk buat mcmane..haish *mengeluh*"



(kereta yang dilanggar)
lima org dlm ni. kereta old-skool. mmg kuat dan gagah perkasa *poyo*

bezakan? kereta yang melanggar lagi teruk dari yang dilanggar. walhal, kedua2 kereta buatan malaysia.kereta buatan m'sia sememangnya di-ketahui ramai dengan kualitinya. haish.bile nk maju ni wahai proton? tak pe lah. satu hari aku nk keje sane, aku nk buat kereta se-kuat kereta kebal. (bercita-cita tinggi, hebat!) aku tak perasaan sampai tuan punya kereta explain kat aku. sekarang, die tgh tgu mase sesuai nk explain kt tuan besar iaitu ayahanda ter-chenta..

notakaki: sabar ye mimi. kwn yg terlibat. semuanya dah selamat! alhamdulilah. kepada hero-hero, thanks a million!

mye :)