Showing posts with label sayur-campur language. Show all posts
Showing posts with label sayur-campur language. Show all posts

Tuesday, August 7, 2012

Sob sob








07082012
9.59 am

Unwell
Tak berapa larat.
Kepala sakit
i thought it happen because of not getting much rest, but last night sleep after Isya' pray until 3.30 am but still not okay. Cold and cough. Badan agak panas.Mata merah. :(

Sahur awal.Tido balik.Take Subuh prayer and rush to work. Kuatkan diri, gagahkan diri berjalan ke kerja. 


Ya Allah.
Kuatkanlah hambamu ini.




p/s: Imissmyman.


Monday, July 16, 2012

My kezen wedding





I don't know how to describe for this wedding. Few things happen a week before this wedding, that is between me and the relative. Kinda SUCKS. seriously. I dont know what else to say. So, stick to my parents advice.
" Biar kita mengalah, biar kita yang berubah, tanamkan diri kita sabar walaupun kita di pihak yang salah dan dah meminta maaf. Orang lain kalau pentingkan diri sendiri memang macam tu. Tanak anggap diri tu salah."

Orang cakap aib orang lain kita simpan.. buruk orang lain kita diam-diam je. kan? Kan? Sabar je kot. Malas nak layan. Nak puasa dah ni. Sabar je la. Memang salah sendiri tapi sapa atas dunia ni yang SEMPURNA? Tell me! HUH!

#ah. Lari topic.

Wedding.
Actually malas nak g.Sumpah. Dengan bebanan kerja arrangement baru, training menimbun. Masalah keluarga yang mcm tah pape. Buat hati jadi lemau je nak jejak ke Melaka. Setelah di pujuk oleh si Dia, mengalah je la. kan? Sempat gak jumpa si dia. *love*love*

Aby and Mie
Sepupu ak si Aby ni. Muda setahun. Si Mie ni my age. My batch during battle Kadet in Johor. SDARY. Dok pusing-pusing tu je la. Kekawan dia yang datang, Ezam tunang si Meeza. STF. Kecik je dunia. 
 
Tema: Merah & Hitam.Bomba.
( Mentang-mentang ayah bomba, segala props sume barang bomba..Style)
Cuaca: Panas & Hujan
Makanan : Ak tak amik port sangat. Main belasah. Last-last end up cirit birit 3 hari. Memang kalah lauk kenduri ni. Haish.



Clockwise : Mak Pengantin. Adik Pengantin a.k.a Ex-Pengantin lelaki (HAHA), Pengantin, Guestbook, Geng Kompang


Clockwise : Makan beradab, Hantaran Pihak Perempuan, Kek, Hantaran Pihak Laki


Clockwise : Pelamin, Bilik Pengantin, Deco kt meja Makan beradab, Pelamin.


Clockwise : Pengantin, Masa Nikah ( Si Kecil tu Wawa, My kezen ( Sister Surya, K.ween, Nana, Jaja and Wawa)






Apa-apa pun yang jadi, majlis dah selesai dah. Kan? Alhamdulillah.




p/s: Lepas ni turn sapa? lalala.....

Sunday, October 2, 2011

Life Beginssss.......



" I've been working hard so long
seems like pain has been my only friend
My fragile heart's been done so wrong
I wondered if I'd ever heal again"


Yes. I admit. This is what i feel now. Pain. I guess i work so hard for the past few weeks and unfortunately all the real colleague didn't see at ALL what i have been work hard for. They might listen from my voice, saw from the email replied and the phone calls that I made but they still don't have any idea what i FACE everyday. NO IDEA i guess. They might imagine but still can't see it on real. Bukan nak pertikai on this. I admit this is my job. As a resident engineer, I MUST entertain customer 1st. Thats for real and important. Penat okay. Tiring and exhausted. Whatever bebelan and complaints pon, I still kene buat , which sometimes i don't have a time for rest, time to lunch, manage my things and been rushing for my zohor and asar prayer. pathetic kan? sedih. I do need a life guys!


Ok. For the past almost 2 years before, I've been a hypocrite and such person. Like seriously. I don't want to talk much about my career and job scope or wutsoever because I think no ones will understand. So, please be in my shoes. One day is enough i guess. However thanks to Zaman as he keep saying that RE is only kambing hitam. Thanks, u are soo dont-know-what-to-say. For all i know, i work hard. I do my job. I try to satisfied all everyone, internal and external. I know its hard and difficult, but i try my best. The very very best!. I think. InsyaAllah. Semoga Tuhan tahu segala pengorbanan ku. Amin.


For the time moves, i try to be an optimist and positive. Yes. Matter of career, love, relatioship, financial and life. Think positively. Wutever happens in life is always for a reason. The most important things is that God is love me, he give me obstacle and challenge in my life. He want to see how i face that stuff by myself. I am very thankful for that. Alhamdulillah.


" Yesterday has come and gone
and I've learnt how to leave it where it is
And I see that I was wrong
for ever doubting I could win

Life's too short to have regrets
so I'm learning now to leave it in the past,
and try to forget
Only have one life to live
so you better make the best of it"



"Today my Life begins"





notakaki: whoever thought a day gone so wrong would be so lovely.

Monday, November 1, 2010

when happiness is just temporary....

when happiness is just temporary..then, goes my feet turn blue..

its true when ppl say, jgn seronok sangat kang ade la bende suwey jadi.YA!!!


weekends aritu mmg bahagia je.jumaat malam, free dinner TGI Friday and movie. mmg bahagia. lagi-lagi bila ada orang belanja. birthday claim actually. worth it la kan. he just like my secret admirer ( gila perasan x? but betul weyh! haha) TGI Friday ni pon dr FB, sbb die tau all the update from FB. Thats y, end up dinner at here. sweet kan. gentleman and best sgt ok!. no controversy ok? he just a friend who is too nice. weekh. then, goes saturday. i'm out with a friend. friend kah? scandal? nah!. it just an infatuation or confirm its not a love! yes. he just too good and all the compliments, so sweet of u. bahagia. walk and talk. movie marathon. awesome. i just feel the happiness. A few ppl keep saying bad things about him ok ,most of it..i just think that he just being honest and not a pretender. die ok la. :) i like! ok, dasar flirty yang membuatkan aku happy. tak salah kan kalau happy? happy ke menggedik ke? wutever la. i just love it! .on saturday night, just rest at home and keep smile on bed thinking back what had happen past 2 days.dream on baby!


sunday is the day.lazy bum. mmg superb malas. bangun pagi,just kemas bilik and continue snorring back.petang, just continue with online training and melepak dan merayau-rayau dari living room ke dapur. bosan but i just dont know why i was that happy by doing those silly things. haish! then, bila petang.. play around with the babies. ok, kemuncak.


those twins main belon.i'm just join and make them laugh. bila start belon tu ditendang-tendang, maka the aunty also tendang. but, unfortunately tertendang or tersepak dinding. bila kena, terus terduduk dan masuk bilik and menjerit nak gila.ok, sakit. tapi, jeritan diselang-seli dgn ketawa. sbb, OH DEM! stupid me! silly me! how come boleh tendang dinding. but when the time, im suffer on bed holding the feet. the babies keep around me saying "mii, atit..duuhh "means, mami, sakit..aduh.. haha. there goes the scenery smpai tengah malam.. looking back the feet, sudah kembang mcam belon. get some ice and put it on and afterwhile terus tido. when wake up in the morning, there goes big scream!! OMG! its turning blue!!!!


my feet just turn blue.blue.blue.


still working today, ignore the feet and just concentrate on work smpai macam nauseous gila sbb the feet keep on disturbing me. denyut-denyut and blue thingy. haish.ade possibility tak nk retak? entah. need to check with docs tmorow.


moral of the story: behave when u play with kids. dont act like kids when u r already an adult. WTF!!


p/s: he call me mye baby. ( alasan, sbb mcm baby.main belon..) LOL

Monday, May 10, 2010

astaga. bwk mengucap mai!


buat kerja gila.

budak bunga ros tu dah sound.suh piker elok2. jangan ulang kesilapan yang dulu. hidup asyik nk main-mainkan lelaki. ciss. statement mcm teruk sgt. tapi, what had happen yesterday is like sumthing unplanned. started with simple sms then i dun expect that he will show up. OMG.

im not into flirting situation but i'm just a victim *alasan* he already have gf n his matured face made me think he already married *ohh,melt*. OMG. he's so romantic n sooo gentleman..seriously. HAHAHA. ok ok. itu cuma perasaan 10 minit sahaje. 10 minit je ok? no extra time-feelings given. ok? harap2 harry tak touching, sbb ni cuma nafsu semata-mata. cuma pada harry-ku, hanya lelaki gay yg suka kt die. alasan, sbb muke die jambu. huh. tensen je dgr.
ishk.
p/s: saje nk so-called ceriakan hari isnin yg org slalu komplen mls g keje.

Tuesday, April 27, 2010

mimpi

hampir mati dibunuh


hampir-hampir mati secara maya sebab dibunuh oleh jiran yang terlalu benci dgn aku. ni bukan realiti. tapi, cuma mimpi. minggu lepas, minggu yang mencabar. macam-macam jadi. akibat terlalu rasa beban dan tekanan, at last datang sakit yang terlalu dalam menusuk jiwa. jarang nk rasa tekanan mcm ni, bukan dgn kerja tapi dgn emm..paham2 la. kerja dgn orang. mcm ni la.. tekanan jiwa buat aku at last terbongkang tido waktu kerja dgn inhaler dan pil-pil di tepi katil. berpuluh2 kali pam dgn inhaler. rs sakit sgn dada ni. Tsk. bila malam, sbb asyik memikir. at last mimpi yang mengarut. dalam mimpi, masa tu pura-pura tido. tiba-tiba, ade jiran rumah tepi benci sgt dgn aku n adik (dlm mimpi saje.) pastu, ms tgh tertiarap tido. die datang tepi, smbil nk hayun parang. masa tu, terus jerit. in realiti pon jerit, smpai bibik pon rsnye tersedar aku ngigau. bgn2, terus amik air smbahyang dan akhirnya sakit datang kembali. entahlah. bila kerja mcm ni, tekanan itu mmg wajib. cuma tahan atau tak tahan je.emmmm

tekanan dan beban bila bekerja dgn org. nk lyan mcm-macam kerenah. bila die kene marah dgn customer, die pass kemarahan tu kt assistant die. mcm tu la lumrah hidup. bukan nk menghargai diri ni yang kene duduk dgn customer, tahan telinga je bila mcm-mcm kena and berpura-pura hati kering padehal aku ni sgtlah sensitip. Tsk. hidup.hidup. lepas meluahkan perasaan smbil meleleh air mata dgn hana dan baby. rs lega sket. harry ckp itu mainan syaitan, mmg la mimpi mainan syaitan. tapi,mungkin terlalu taksub dgn kerja.jadi mcm ni kot.

kerja.kerja.kena kerja la..mcm mane nk hidup kalau tak kerja?


p/s:sape volunteer nk byrkan ptptn aku?

Tuesday, November 24, 2009

hal chenta


hal chenta.boring.

satu hari dalam office.termenung.tengok dinding office sampai tembus. bila orang cakap, mcm tak dgr je. officemate dtg kt tempat nak borak, just senyum and say 'ha' 'yeke' 'owhh' 'laaa'. nak layan, tapi tak fokus. haish. distracted.

entahlah.susah nk buat cerita dan buat keputusan.nak pilih.ade kelebihan dan ade kekurangan. yang dekat dan yang jauh. yang memahami dan yang asyik nak gaduh je. yang bekereta dan yang hanya motor. yang dip dan yang degree. yang tak payah kluar cash dan yang slalu jadi banker. yang ego dan yang x berape ego sgt. yang hensem dan yang manis. camne?

ke-hulur ke-hilir dr tmpat kt office ke macam-macam tempat, pegi fax settlekan problem timesheet yang mcm haram, kluar masuk pantry utk makan wholemeal dan minum milo free. sejuk gila office asyik ke restroom je. mmg x fokus. teringat semua memory yang dua tahun lepas dan 5 bulan lepas. sumenye happy, indah, wonderful dan sgt memorable. siape sangka boleh jadi mcmni. perasaan mcm chipsmore.kejap ade, kejap xde. bodo.

kita tahu je berchenta.kdg-kdg kita berchenta bukan sbb ikhlas tapi sbb tgk org lain mcm belangkas, jadi kita pon nk couple. padehal, mentally tak ready. cuma nak seronok ade boifren or gurlfren. akal pendek terlalu fikirkan nafsu. bila mcm tu, cinta kejap je la. 2, 3 bulan, clash. Ishk. cuba kta cari apa makna cinta yang setulus dan menjamin masa depan. harta benda? kasih sayang? saling memahami? paras rupa? define yourself. aku pun tatao nak ckp cmne.

kdg-kdg kita tak sedar, yang selalu gaduh yang kita selalu jadi banker itu la jodoh kita. yang cuma ada motor tu la jodoh kta. yang tak hensem dan gemok tu la jodoh kita. kita tak nampak masa depan yang Tuhan tentukan dari segi kerjaya, jodoh dan semuanya. semua ditentukan oleh-Nya. jalan setiap manusia itu penuh liku-liku. tak ada siapa yang sempurna. trust me. banyak kali berfikir memikirkan hal ni. nampak remeh tapi sebenarnya kalau kita tak usaha, doa dan buat betul2, mostly akan destroykan future. serius. haish.

bebel psl chenta je lately ni.entah.tgk org kawin.tunang.maybe jadi memikir kot.gelojoh betul. HAHAH.sabar sabar.


sila abaikan potter tu, ok?







p/s: bosan aih kt office.sumpah.





Saturday, November 21, 2009

boring

ini along saya.ulang semula along.bukan ah-long atau along pengutip hutang.kakak sulung-ku.muke kami serupa.ramai yg ckp.yeke? entah.

hmm.nak buat ape ek?

belek-belek jam. eh, nak cakap thanks. pink poptone. matching pulak dgn tudung.hiii :)

jalan-jalan kat giant. sorry sarah. xnampak weirdo. gaya mulut mcm ni paling dibenci oleh ibu.serius.HODOH.

jalan-jalan kat fella design. cari kerusi baru. suka yang ni. tapi, mak tak suke. mcm kuda belang.

suka yang ni.tapi, mak tak suke jugak.

abaikan gamba saya. yang ni mak suka. tak nampak sangat bunga tu.tapi, kaler pink. tak suka.tapi, mak suka. isk.pink? haish.

abaikan gamba saya lagi. maaf-ye. yang corak english mcm ni. ibu suka. saya? biase je.ibu bayar, ape saje saya suka. :)

ayah tiba-tiba nak beli meja makan.tapi, banyak sgt pilihan.nampak sume mcm same je. bila da pening, ayah malas nak pilih.

banyak sangat cermin kt fella design tu.amik satu.reflection.konon.

amik lagi. terus tak suka. benci. aku da makin gemuk!



p/s:ini tahap WAJIB diet.sekian.





Thursday, November 19, 2009

empty


image cr : kimberlyster (deviantart)

tiba-tiba rasa mcm nak cari yang lain. im soo dissapointed dgn his behaviour.aku kecik ati sgt-sgt.geram sgt. tatao nak cakap ape. kosong. blank. jadi speechless. kalau ikot hati, mau je pegi kat dia pastu sepak terajang sampai mati. dulu penat ajak die tgk movie. punye lah paksa. kdg-kdg aku ikut je saja kemahuan die. bukan berkira.tapi, memahami. yeke? entah. syg punye psl lah kan?. kenape die mcmtu ek? kalau kawan, mcm kene sujud, kalau tak pun mcm nasi kangkang. kalau psl bini, mcm pandang sebelah mata. gila kecik ati. lantak lah kau. ok.enuff.

harini. pegi interview dkt bangunan msc cyberport. at last jumpe gak si ketot aryn. also si tunjang bini popeye muslimah. also sab, pekerja setia menunggu di receptionist dalam office sorang-sorang. also ahmad aspari yang masih kehulur kehilir dgn buku-buku ilmiah. ade juge amin, yang terpinga-pinga.yatt juge di level yang sama busy membuat kerja graphic. fuhh. macam2. interview 2.30, tapi lepas queue, third person masuk dlm bilik interview. interview dgn juniasia and representative from IRDA (Iskandar Regional Development Authority). bila mula interview session. dalam otak, tiba-tiba kosong. start bercakap tanpa perancangan. mula-lah berbuih-buih cakap omputeh. mata pulak leka tgk view kt tingkap yang menghadap 2nd link causeway that connect malaysia with singapore. stupid me. but lepas dalam 15 minit, habis-dah interview kene buat plak writting test. 'define success and the plan to have successful career'. haish. ape lagi. mengarut bukan-bukan sambil berfikir ala-ala Dr HM Tuah Iskandar. erk. eh, pape je la.

aritu janji nak cite psal interview yang dkt kluang tu. kt kluang tu, kilang manufacturing atap seramik. yang pastinya bukan major aku la. pegi interview dgn hazmi bebop yang lame gile tak jmpe. dah la convo pon x pegi.haish. mula-mula interview dgn process engineer, a female. she asks a lot!! mcm-mcm, but statement die tu like agak nak buat aku mcm kene kerja yang sgt-sgt kasar dan tough. dgn jwpan aku yg agak-agak meng-conviencekan die, then kene plak interview dgn boss besar from france. agak pening kepale nk paham die ckp ape. tapi, layan je. interview dgn die, mcm borak-borak kt oldtown, bergelak ketawa. lepas interview tu, die siap hantar sampai pintu. HAHA. ok.cukop.

rezeki interview. ini baru dua. sebenarnye, ada lagi interview yang terpakse let go. mcm-mcm alasan kene bagi. biarlah. kenape dimurahkan rezeki dgn interview. mungkin ade hikmahnya. kdg-kdg tahan telinga bila officemate ckp " eh, mai. brape byk interview kau ni. xde sangkut ke?" ok. yang kluang ni da sangkut, cuma aku je tak decide nak pegi ke tak. bukan apa. gaji kecik sgt. takde OT. takde elaun. mane tahan. rumah sewa lagi. transport lagi. x agak agak la. kenape aku demand gaji sgt? pk la sendiri.life expenses zaman sekarang dah meningkat. nak pegi toilet sakai pon 30 sen. beli tisu pon 30 sen. makan nasi sparuh, ayam goreng.itu pon dah 3.50. baloi ke dgn gaji kecik? lagi-lagi perempuan, extra expense needed! seriously! shopping!! HEHE sila-lah paham ok? perempuan ade 9 nafsu. *eh, ade kaitan ke?* ok, enuff.

sekarang aku nk fokus cari kerja yang bergaya dan berjaya. gaji yang best dan position yang selesa. walaupun byk interview, its OK! i'm searching for the best! no matter what they say, i'll do it! ok? yang senang, sape? aku gak kan. kawan-kawan gak best, ade la mase aku payung diorg. payung kt SS2, murni je la, ok? hihi .beli BB bold. beli kereta. bagi duet kt parents monthly or even to sisters. bayar hutang ptptn, cash! best. emm, berangan lebih ni. takpe-lah. sekarang mmg nak fokus mengejar masa depan, pasal budak songkok tinggi. entahlah. biarlah die. kalau die syg, die cari lah aku. kan? takkan perigi mencari timba? let everything go with the flow. enuff. malas nak pk psl relationship ni. penat. asyik aku je yang move. bukan berkira, tapi pk-lah sendiri.

.ok.fine.thank you.






Sunday, November 15, 2009

macam-macam lah


image cr : me :)

momo.
sape momo? dulu mase blaja kt U, ade sekor kucing tu panggil momo. tak suke pon kucing, tapi sbb housemate suke kucing smpai volunteer her bed jadi tempat berak kencing momo. itu bukan suke. itu obsessed about cat. ok. enuff.

kebosanan gila.melepak, berguling atas katil. dengan tilam empuk. mmg best. kalau duduk kl, tido sepah-sepah. tilam dah berlekuk-lekuk. dusty yang maha dashyat. najis-najis kecil dr si-baby, bersepah. mcm mane nak tido. lagi-lagi nak solat. hows? bile balik rumah, mmg bahagia dan selesa. amboi, demand! demand kah aku?

ordinary girl.
ok.aku mcm pompuan biase mcm korang. aku tak demand. aku cuma nak selesa dan bersih. sape tak nak bersih kan? cuba ckp sape yang suka pengotor dan bersepah-sepah? angkat! "0_o. Tsk. life at home, mmg berprotokol. apa saje kne ikot prosedur. serius. plus, dgn sakit aku bertambah-tambah teruk, lagi la. bersih is priority. macam 24/7 dgn sanitizer. aku je yg mcm tu. sbb aku tgh sakit. sakit ape? entah. susah nk define. kalau related dgn dusty, kau rs ape? pk la sendiri. 

aku cuma perempuan biasa. aku geram kalau ade guy tanye " eh, mai. takpe ke makan gerai tepi jalan ni? kotor2 sket ". amboi, ingat aku tak suke ke? makan-makan or lepaking kt stall tepi jalan. up sgt ke aku? kalau tgk dressing, mmg out. selekeh. aku bukan pakai heels, cuma pakai baju scarlet jaya jusco 19 hingget tu pon dpt diskaun pakai member card, kasut uptown 15 ringgit. tak de view langsung yang i am very up class person. so, not me. haish. tensen. bila org ckp, aku kaya. kaya dgn lemak, yes! kaya dgn duet? nope. biase je life aku. 

entah.
nak jadi ordinary girl pun susah. aku kdg-kdg segan bila tgk kwn-kwn sume up class person. dressing shantek. kurus. make up. speaking london. kasut jimmy choo. make up MAC, takpun secret or stage. makan kt up class restaurant. haish. segan. mmg tak dapat nk follow life mereka. eh, eh. entahlah. lain org lain cara hidup. kan? biarkan mereka bahagia. 

malang.
minggu ni aku pegi keje 2 hari je dalam sminggu. eh, satu hari setengah. silap. sebab aku pegi buat kad bank baru pasal atm aritu pegi telan kad aku.bangang betul. tgh kering kontang mcm ni boleh telan. mmg suwey. pastu dengan red flagnye. timing mmg salah. sabar je la. sejak beberape hari ni, nasib agak malang. mungkin terlalu kerap tinggal solat asar, sbb kejar bas. sampai rumah, trus azan maghrib. kene qada' asar. Tshk. x sanggup dah mcm ni. tinggal solat. takot. takot dgn azab akhirat and takot dengan balasan Tuhan bagi di dunia ni. mungkin dugaan atau kejadian malang mcm ni lah salah satu balasan-Nya. Insaflah wahai mim-alif-ya. bila kita terlalu mengejar duniawi macm ni la jadinya. tinggal solat sana sini. harap je tudung litup. tapi, solat tunggang langgang. astaghfirullah. insaf. 
tak reti nak ceramah agama.aku bukan baik sgt. ada kekurangan. tak ada manusia yang PERFECT. kdg-kdg budak songkok tinggi dah selalu pesan mcm-mcm.ceramah agama free dr dia. -_- *insaf* huhu. 

rezeki.
3 in a row.one week aku full dgn interview. alhamdulilah. rezeki. tapi, itu bru interview. permulaan. harap-harap dpt buat yang terbaik. interview dgn agensi and seterusnye ke direct client. IRDA. Iskandar Malaysia dan dgn investor. entahlah. mmg kene study ni. cuak. kene speaking. Tsk. next, on friday ade exam for pegawai tadbir kt UKM. dah 5 bulan mohon, bru dpt panggilan. exam kali ni kene study isu semasa, law dan mcm-mcm lagi.buntu and pening. mampukah aku nk buat semua ni dgn cemerlang? mama pesan, "adik, kamu harapan mak ayah." harapan? besar maknanya utk aku. mendalam. kali ni, tebal muka lagi, mintak leave dgn bos utk 2 hari lagi. mungkin, tebal muke aku ni ade nilainya.mungkin worth it. Tuhan dan tentukan yang terbaik untuk aku. atau mungkin, sebanyak mana interview aku pegi, aku akan balik semula kt TTDI dgn kerja ini. managed network services. mane tahu? Itu semua ketentuan Tuhan. kan? kita cuma boleh berdoa je utk yang terbaik. 

(: secret recipe cake.chocolate banana.  from hana :)

(:  baju chantek- rakbaju . from wanie :)

THANK YOU VERY MUCH

alhamdulilah

.Semoga dimurahkan rezeki dunia akhirat.

Amin~


p/s: suke sgt.





Saturday, November 14, 2009

bitter heart


Sun rays come down as seen when they hit the ground, 
Children spinning around till they fall down down down. 
I wait for you: it's been two hours now, 
You're still somewhere in town, 
Your dinners getting cold. 
I rest my case you are always this late, 
And you know how much I hate waiting around 'round 'round, 

Bitter heart, bitter heart tries to keep it all inside, 
Bitter heart, bitter heart shadows will help you try to hide, 
Bitter heart, my bitter heart is gettin' just a little fragile, 
Bitter heart, bitter heart of mine.

And then you come and tell me the same reason as you did yesterday, 
So tell me whats her name. 
Doo doo da dum, doo doo da dum, doo doo doo doo doo doo da da dum dum, da da da da dum, da da da da dum, da da da da dum. 
Bitter heart, bitter heart tries to keep it all inside 
Bitter heart, bitter heart shadows will help you try to hide, 
Bitter heart, my bitter heart is just getting a little fragile, 
Bitter heart, bitter heart of mine, of mine, of mine, of mine, of mine, of mine.


 image courtesy from deviantart (uploathe)

p/s: zee avi -bitter heart 




cry


sedang emo-ing in the corner of the room. wutever la. balik rumah terus menangis. touching? dgn sape? sape-sape je la. malas nk layan. aku ni unpredictable sket. even bende kecik pon, boleh melalak tak tentu pasal. hal-hal yang tiba-tiba berlaku pun, aku menangis. kdg-kdg hal yang buat aku tak nak kalah or ego, aku akan nangis. tah pape je kan? HAHAH. yes, that me. mim-alif-ya = mai. alin, yantea, alida, mimi and meen dah tao sgt perangai mase time blaja dulu. like hadi said " mye, the thing that i remember about you is every sem kau mesti gadoh dgn org. " mcm jahanam gak statement tu, but yes, thats me. previously. ok, cukop.

cry.yes. i'm crying.terlalu banyak bende nak difikirkan dalam hidup ni. kalau semua manusia sekeliling memahami ape yang aku nak, mungkin takkan jadi macam ni. tapi, the things is everyone around me seems like don't care and ignore me.so, i'm a little bit isolated. who cares? ok,mcm ni. menangis tentang ms depan yang still tak tau ape nak jadi. tak tao nk buat decision. byk option dlm life ni. bukan mereka tak care but i just don't feel like it. i, myself yang isolatekan diri sendiri. bile hal-hal berlaku, aku mesti start jad pendiam, xnak cite ape-ape, jadi speechless and bile bercakap aku merapu. Tsk. bile tah nak berubah ni.

lately ni asek ber-emo-ing je.layan perasaan.from the family matters and bf matters sampai la future punye hal. i'm thinking tooo much.seriously. bukan ape, i just  want the best. decision yang menyenangkan hati-aku, hati-dia dan yang penting hati-mama-ayah. baru fair kan? cakap mmg senang, tapi nak decide satu hal nak buat. pening. bile pk lagi, mesti aku menangis. tah pape je. also lately ni, my health is getting worst. kdg-kdg malam tak boleh tido. konon la msg kat die "i ngntokla..nyte" padehal, tak tido sgt pon.*sorry* tido mcm ayam. asek terbgn. sume psl environment rumah yang dusty buat aku kene telan  ubat setiap hari dan mengigil (side effect ubat) setiap pagi nak pegi kerja. tensen. plus, bile da rs berat ni semakin overload mulalah bdn sakit-sakit. so, kene diet. nasi? once a week. boleh saving. but, bile da tak mkn berat for meal everyday, mula-lah bila makan kluar balik. Tsk. bulimia? tak langsung. ape nak buat ni? kdg-kdg lapa, tapi bila mkn, kluar balik. Haish. tensen. T_T nangis lah. lapa. cmne nak mkn? pakai tiub bleh?


"the truth about girl is we are not ashamed to cry"

p/s: aku girl ok?




Thursday, November 12, 2009

buntu dan blur.

harini perasaan mendatar je.
sebenarnye aku buntu.


dari dulu dah bertekad nk kerja lepas graduate tapi melihat keadaan sekarang macam hampa. macam-macam apply dan ade yang dah pegi interview.tapi, hasilnya semua aku tak berapa nak yakin.bila aku tanye org sekeliling, diorg cakap pk mase panjang bukan masa sekarang je. mmg niat nak kerja dalam environment factory or the bestest way is engineer. ade 2 -3 offer yang macam telur hujung tanduk. tambah-tambah lagi mama tak bagi environment yang dusty as my health is getting worst. haish. T_T ape nak buat? ape yang kita buat, mesti dapat restu mama and ayah.  

kes pertama. beberapa hari lepas, email utk sambung MSc. peluang depan mata, lecturer tu nak dtg S.A arini dan esok, tapi aku nak pegi jumpa mcam mane? aku tgh kje. plus, die email mcm agak lambat. tapi, at least die dropkan phone number. boleh contact. tapi, aku jad mcm tak sure je nak sambung. the lecturer interested dgn tajuk aku. tapi, sekarang masalahnye bukan pd USM or lecturer tu. tapi, pd aku. ishk. entah. buntu. nak decide. tambah lagi, aku nak g holiday dgn kipas thn dpn. kang buatkan kne date tu dgn presentation or wutsoever related to MSc. mampus aku. aku pk macam-macam sgt. terlalu kedepan ke? aku mmg tak suka susah di kemudian hari, better susah sekarang. kan?

kes kedua. mama beriya suruh jadi teacher. bukan tak nak. tapi, x yakin. bile niat dah ade.offer tu xde.skang bila ade offer, aku plak yang tamau. now, mama yang excited ask her friend at government to get me into that field. teaching! oh,dem. then, my uncle work at putrajaya. so, mama want me to be there too. oh, saya bukan tamau mama. saya sedang cuba dgn usaha saya sendiri. saya tak reti mengajar plus saya garang. kang ade plak anak murid yang report kt parents, teacher garang sgt tak leh nk concentrate blaja. ishk. mati aku.
mmg sedare mara saya ramai juge yg government, so banyak la kabel. even petronas or wutsoever big compny, ade kabel. but, the problem is kalau dgn kabel. limited sgt nak buat ape2 and plus my movement n everything that i do is seems like catch all ppl eye. tak suka. saya lebih rela susah dgn usaha sy sendiri walaupun menangis air mata darah sekali pun. ceh. 

kes ketiga.saya buntu. saya nak kerja. tapi, saya memilih. salah ke? walaupun da apply mcm-mcm dan ade juge interview yang agak mengarut (nak pegi sangat..saje nk try), tapi atas desakan org sekeliling dan fam, sy tolak mentah-mentah dgn alasan basi. saya serius nak kerja. tapi, kenapa lately ni asyik tak bersemangat je. entahlah. buntu.

kes keempat.saya buntu nak cari duit kat mane. dah besar2 ni, semua dgn duet sndrik. dah tak nak mintak-mintak. segan nak mintak ayah mak unless mama phm n hulur2 sket2 :P beli ape2 pun, dgn sendrik punya keringat. terharu. walaupun, hanya dgn elaun. masih gagah bertahan smpai skang. mengenangkan si songkok tinggi yang jauh tu masih kecil lagi n kdg2 jadi banker pd die. letih juge. entahlah. mane la duet ni.cepat benor abes. ishk. sabar lah walletku dan kad-kad atm ku. 


dah separuh hari dalam office. kerja buat dalam mase 15 minit. pantas. sedang berusaha menaikkan semangat. semangat nak blaja dgn bende baru, tapi aku still blur. serius. plus, kenapa aku jadi segan-segan nak bertanya ni? bodo. aku serius nak sgt kerja ni. tapi, kenapa aku rs mcm aku tak buat ape2? perlukah bagitau semua org, yang aku buat keje? kenape org lain yang dpt compliment dgn ape yang aku buat? sedey. tapi, aku x kesah pun. *tipu* entahlah. lame-lame aku akan ignore la bende2 ni. aku rs aku terpinggir kt sini. walaupun syok ber'FB tapi, aku rs useless sgt.

perasaan mendatar betul arini. kalau nak senyum tu, rs mcm senyum tipu je. pura-pura suci? not me ok? i am very malas nak layan punye org. as work assigned to me, i'll work sunguh-sungguh2, but if pass-pass serius i can't understand wut i'm doing. :/

ya, Allah. bagilah petunjuk. sesungguhnya umatmu ini sgt buntu.



p/s: mcm nak balik sekarang. hati dah tiada di sini. mengape? -_-





Wednesday, November 11, 2009

thanks for ruining my life


thanks a million
you've just spoiled everything.
you've just ruined everything.

jgn berpura-pura suci ok?
annoying gila!
serius!
menyampah!
geli!
sampah!

harap kau bahagia dgn ape yang kau buat and bahagia dgn suku sakat masyarakat kaum kau tu.aku dah tak sanggup.

damn
mmg tgh emo
sorry



p/s: tiada kaitan yang masih hidup atau pun yang telah meninggal dunia.

Tuesday, November 10, 2009

syg lagi ke?

sorry la kalau ade yang bace entri kali ni akan kecik ati.tapi, bukan nak salahkan sape2.cume feeling ni macam da kurang. mmg la syg lagi, tapi entahlah. kalau die teruskan macam ni, aku akan buat like the relationship is just based on NAME. the reality its nothing. aku tak sanggup kene banyak kali macm ni, the same situation all over again. terseksa jiwa raga. kali ni aku betul2 berat hati, tak nak lepaskan segala-galanya lepas beberapa tahun ni. aku tak sampai hati. aku syg sepnuh hati mcm perasaan die kat aku dulu. 'syg sepenuh hati'.  aku serius tensen. tgh tulis entri blog ni, tibe-tibe plak nak menangis, nasib officemate dpn ni tak perasan. *malu* 

entahlah.aku syg lagi tapi kenape die lately ni different. atau aku yg semakin different? mane satu? tolonglah bagi petunjuk. aku byk bende nak pk lagi, nak hidup lagi, nak cari kerja lagi atau smbung blaja lagi. entahlah. aku rs macm nak pegi jauh-jauh. biarkan terseksa lagi mcm dulu. aku da tak sanggup and tahan lagi keadaan mcm ni. setiap masa pk, tak boleh nk fokus buat kerja. eventhough, im smile but inside im soooo painful.serius.

syg lagi ke?

p/s: syg gile! ok. tipu kalo tak syg!!

 

Saturday, November 7, 2009

kecik ati

die tepon banyak kali. guna fon office. tapi, tak sempat angkat. sibuk kemas rumah. lepas da settle, tepon balik. 

no.1 (tepon office)

me : hello

die: assalammualaikum, Al-wahida *xclear sgt*

me: wa'alaikumsalam..

die: sape ni

me: 'harry..i la ni

die: ok, tepon balik la.

 komen: ok, maybe die bz or boss die kt tepi die kot.

no.2 (tepon handphone)

me: hello?

die: hello?

me: hye!

die: sape ni (boleh plak? xde dlm phonebook ke? sedey gila )

me: mye la! 

die: oh ok,nanti tepon balik la.

 komen: maybe bz lagi kot.boss still ade kt sblah kot.

no.3:

takde.dah malas. malam sikit la tepon.

bukan mengongkong ke ape.tapi, sebab die miscall byk.so, i wonder maybe he got something to talk about or ask me plus he's sgt la susah nk call or miscall unless he's  got something goes up. that's why i'm very concern all the miscall or phone call. i caring ok? eh eh. i? biarlah.

just kecik ati je.bile die ckp dlm phone call tu macam tak kenal gf sndri. entah. boss ade ke? die ade ckp, boss takde arini. pastu, npe die macam tu? ade buat salah ke? kalau ade, bgtau la. kalau mcm ni. buat aku touching.seriously. kecik ati.

p/s: gf mane yg tak syg bf. *bodonye statement*

Friday, November 6, 2009

lukisan kebosanan


lukis-lukis guna paint jek. zaman bila tah lukis ni. mase tgh bosan. 

cantik x? colourful :)

p/s: cantik tengkorak dia. garisan senget-senget.malu btul.hodoh.

menjadi seorang perempuan yang lasak

aku rs sgt pening kepala memikirkan msg yg dpt dr miza a.k.a bisneswoman  dgn tagline *where health and beauty is combined* ecececeh. mesraaaa~ :)

ok. balik semula pd tajuk entri.

nak jadi perempuan yang lasak? lasak dr segi ape? msg dr miza agak menghantui pemikiran aku sampai terbawa-bawa ke tido n mimpi yang sgt mengarut. aku ingat mimpi tu tapi tak reti nak explain dan story. biarlah. 

lagi beberapa jam nak ke interview, sempat lagi online n blog. nak meluahkan perasaan kt ayah kt rumah ni, die bz ke hulur ke hilir menjadi seorang surirumah yang berjaya. mengemas rumah. membasuh baju. good job ayah! hehe (aku bukan pemalas, tapi sbb nk prepare for interview jadi tak kisah lgsung psl rumah *alasan*)

interview kali ni aku tatau kenape nk berdebar sgt. bakal diinterview bsame2 dgn faiq a.k.a coursemate mase kt perlis dulu. the best psl msg from her is, the panel want the candidate for this position to be like more active, 'lasak' and 'kental' (ayat miza). obkos la, dah factory. takkan nak lembut2 dan mengada-ngada plak. kan? kan? tapi, sebab dah stay kt kl and the environment sume mcm high class and office, how to adapt dgn factory punye environment ni? pening aku! sumpah. awkward. 

sedang bertungkus lumus membaca yang perlu psl factory ni. menyimpang jauh sikit dgn ape yang aku blaja dlu. seramik! blaja pun sket-sket je dulu. Tsk. T_T nk buat cmne ni. layan je la. google sane-sini. tulis notes. print cv. print notes. rase mcm student plak. rindu plak mase student. 

bosan.google jap. 'menjadi seorang perempuan lasak'.

"bukan tidak boleh melakukannya, cuma agak terbatas. Dan saya juga tidak kata mahasiswa wanita tidak boleh melaksanakan tugasan seperti lelaki. Boleh...tapi terhad."

dgr tu.terhad.bukan tak boleh. so, maizura. you can do it! ok?!

p/s: teringat body builder pompuan. macam tu lasak ke kental? konpius.

Thursday, November 5, 2009

testing

hari kamis.tapi, rs mcm hari jumaat. heheh. supposedly dress like usual, err i mean formal la.but, today, i'm in jeans. mmg suke2 buat mcm office sndrik. *bodo*bodo* bukan sengaje. serius. sbb i'm going straight back to johore after 5.30 pm. i'm going home. YAY! ade interview kt kluang, thats why im going back home. ticket nak balik, gamble je la. kan? asalkan balik johor. *berharap*

testing.

pagi-pagi dah bukak blog.mentang2 internet free. *cube bersyukur.sambil menadah tangan* . ingat nk update and bebel macam-macam, tapi tiba-tiba otak mati. turn off. shut down. black-out. trus, delete entry and sambung buat keje *adeke?* bila sampai tengahari macam ni. matahari dah atas kepala.walaupun, berada dlm bangunan tinggi tingkat 21. tapi, hati ni merasakan matahari atas kepala. eh, ape merepek ni. ok.ok.cukup. sebenarnye, officemate tgh ganbatte buat blog. seronok tgk die and the blog. cute. die ckp ade satu website utk background blog ni. tiba-tiba terpikir that my blog is totally black and white. macam dull gile. so, after lepas usha and copy paste html dalam blog. inilah hasilnya. hanya buat dlm mase 5 minit sbb pusing kiri kanan make sure line clear *hope boss tak lalu.sbb da byk kali kantoi bukak fb and main game.buduh* cmne nk diserapkan kerja kalau perangai macam ni. pakai jeans, main fb. *geleng kepala.nasib yang malang*.entahlah.apelah nak jadi ni.

eh.eh.kene paksa berhenti ni. *hati  yang paksa suruh stop*. ade  job nak buat. nak study untuk interview lagi. harap-harap berjaya. dipermudahkan jalan untuk interview. amin~

p/s: nanti cerita psl interview tu.takut nak interview tapi tak sabar nak menghadapi. always pray for the best! ganbatte!

Saturday, February 28, 2009

silly me

silly me.


careless ke silly or cuai? mane satu yg betul? ke semua tu same je.
ade ape2 komen?


ni sume kes pagi tad.bangun niat nk pegi library.everything were went fluently. pack the laptop. backpack full of books. then, walk ahead to the bus. half on the way. keep wondering. "apesal beg laptop ni mcm ringan?". and i "emm..xpelah".. few minutes then, "OMG.dem!!". bring the laptop, not the battery and plug.. that time, i was already half way to kangar. specifically to the library. keep wondering, whut shud i do? takkan nk balik hostel balik? quickly msg housemate. rembat plug from alin's laptop and thank God that, bying also nk pegi kangar. already at kangar at 10 a.m, few hours wait for the stuff start work at 11.30. uuh.. look.kinda waste lots of time. i guess. supposedly, i cud start my thesis early than that. aite? but, its already happen. i cudnt turn back or freeze the time. *wish i was HIRO NAKAMURA in girl version* commercial break :). wutever happen, thesis must goes on. :)

ok,look! again. silly me. i still got time to update the blog eventho the time is totally limited. got to at least finished one chapter today, cuz need to rush catch the bus today back to hostel. all the tuan-punye kereta went back to hometown. LOL. somehow, need to be independent rite? uh, i dun mind. seriously. sorry, this entri full of sayur-campur language. ok, malay plak. :P entri kali ni, tatau la. otak dalam ni mahu tulis melayu, tap di-sebabkan tgh buat thesis final year project yg dlm english. so, tangan menulis dalam 'english'..otak berkata 'melayu'. seriously. nampak mcm ade konflik antara otak dan anggota badan. ape nak jadi?
silly me.damnit.
notakaki: tgh buat chapter 3.methodology.aku nk buat cerita bohong psl fyp aku.baru dpt extra marks. wOot! *melompat gembira*